:D

Assalaamu'alaikum wr.

Afwan kerana tidak mengemaskinikan blog setelah.. nak masuk seminggu?heh.
Sejak 2 hari yang lepas, Qur banyak keluar.

2 hari lepas, Qur,ditemankan Az, pergi ke Suntec City untuk mengunjungi booth UIA di sana.
Yang jaga hari tu, adalah..er..Qur tak ingat sama ada dia pensyarah atau orang office. heh. Yang Qur ingat,dia adalah seorang muslim.hee.

Qur tanya tentang scholarship(al maklum,yuran UIA agak tinggi...cubaan dunia.insyaAllah kalau niat ikhlas lillahita'alaa,semuanya akan dipermudahkan. :) ) katanya, susah nak dapat scholarship...

Qur tanya tentang bilik dorm pula, katanya,ada satu mahallah di sana yang bayarannya agak tinggi (rm500/sem tak silap). Mahal kan?Tetapi, ada air-con dalam bilik.huhu..katanya benar. hmm.. kita lihat dahulu ya?

Ada lagi soalan yang Qur tanya, tapi rasanya,tak usahlah nak tulis semuanya di sini.heh.

Semalam pula, Qur ke Johor untuk ke kelas teori memandu. :D
Kelas ini agak intensif.. dari 8pagi hingga ke 5ptg.
Tapi,katanya sahaja mula pada jam 8...
jam 10 baru kelas bermula...

Ni yang sering dipanggil 'janji melayu'.
Kiranya, agak teruk tu hingga dapat label 'janji melayu'.
Dan bila dah kerap sangat dengan label tu, kita dah mula tidak menghiraukannya..
Tiap kali lambat, kita akan berkata, 'alah,biasalah tu...janji melayu...'

Kalau asyik begitu, tak hairanlah kalau masyarakat kita makin mundur... kan?
Maka, pembaca-pembaca yang disayangi, marilah mulakan dengan diri kita untuk menepati janji dan menanamkan sifat 'punctual' pada diri kami, insyaAllah. :)

Hari ini pula, Qur bersama mak dan bapak, pergi ke Irsyad untuk majlis Maulidurrasul.
Alhamdulillah, sempat dengar ceramah ringkas dari ustaz AaGym. Memang menusuk qalbu.

Alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan beberapa asatizah dan guru-guru di sana.
Ada yang sempat lihat je tapi tak sempat nak bertegur sapa.. tak mengapa...belum ada rezeki...
Ada juga bertegur sapa dengan adik-adik Irsyad. semoga semuanya sentiasa istiqamah dalam setiap perjuangan..

Terserempak juga dengan seniors dan beberapa rakan sedarjah.
Atiqah N, Farhanah, Najihah... er.itu sahaja agaknya.heh.

Dan akhirnya, Qur berpeluang melihat persembahan oleh adik, Taufiq, menyanyi dalam kumpulan Irsyadee. Kasihan dia penat.. sejak beberapa hari ini, tak cukup tidur.
Hmm... terkadang, kerana kerja, kita sanggup gadaikan kesihatan diri kita sendiri, dan kekadang, orang lain...kan?

Kalau Qur silap, betulkan lah.. tapi.. Badan dan kesihatan adalah pinjaman dari Allah.. bukankah kita disuruh untuk menjaganya dengan baik? Bukan bermaksud kita harus rehat terus.. tapi, berpada-padalah apabila bekerja.

Kerja penat-penat pun, kalau badan tak sihat, nikmat kesihatan ditarik, kita juga yang rugi- kan? Kalau nak kata itu adalah usaha, doa pun dikira usaha... usahalah sedaya upaya namun pada waktu yang sama, jangan sampai memudaratkan kesihatan...

Qur pasti, ada kekurangan dan cacat cela pada kata-kata Qur..tapi ini hanyalah pendapat Qur semata-mata..

Dan kini, Qur sudah letih satu badan. Bak kata 'bomoh temberang' dalam filem P Ramlee yang bertajuk 'Nasib Do Re Mi', "..kaki tangan semuanya sakit!"
hehe.

Di sini sahaja untuk hari ini,
Assalaamu'alaikum wr.

No comments