Isu Bid'ah dalam bezikir beramai-ramai selepas solat di masjid.

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalaamu'alaikum wr.

teman: boleh diskusi tentang isu bida'ah on bace doa secare beramai2 dan berzikir selepas solat di masjid? serta adillahnya? syukran :D

Afwan kerana memakan masa untuk diskusi...
Qur ingin mendapatkan pendapat beberapa ustaz/lecturer namun mungkin mereka terlalu sibuk maka ilmu yang diinginkan tidak dapat Qur genggami. (chewah.hehe)

Lalu Qur ke alternatif yang seterusnya: Google.
Alhamdulillah, Qur terjumpa dengan blog ini.

Bagaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat menurut as-Sunnah? Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya. Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan.(terasa.hehe)

Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud al-Qur’an dan hadis Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam).

Firman Allah (subhanahu wata’ala) yang maksudnya;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”

(Surah al-A’raaf, ayat 205)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.”

(Surah al-A’raaf, ayat 55)

“Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)

Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam) ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul. Imam as-Syafi’i (rahimahullah) ada menyebut perkara ini yang di antara lain menyatakan bahawa:

“Saya (Imam Shafi’i) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah selesai daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir, kecuali jika dia (imam) mahu mengajar orang lain. Maka imam mengeraskan suaranya, sehingga dia melihat orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah (memperlahankan) suaranya.”

(Kitab al-Umm, Jilid 1)

Imam an-Nawawi (rahimahullah), ketika mengulas kaedah-kaedah berzikir selepas solat berjemaah, juga bersetuju dengan kesimpulan Imam as-Syafi’i (rahimahullah). Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab.

Imam al-Baihaqi (rahimahullah) ada menyebut bahawa:

“Bahawa zikir dan doa’ sesudah solat harus disirrkan (perlahankan) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dijaharkan (dikuatkan) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka zikir dan doa’ itu harus disirrkan (diperlahankan).”

(Kitab Zikir dan Doa’-Doa’ Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam), Sunan al-Kubra)

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) juga menyebut perkara yang sama bahawa:

“Tidak disukai mengeraskan suara waktu berzikir dan berdoa’. Demikianlah juga pendapat golongan salaf dari para sahabat dan tabi’en (orang selepas sahabat).”

(Kitab Fath ul-Baari, syarah Sahih Bukhari)

Kesimpulannya, para ulama’ bersetuju bahawa berzikir/berwirid selepas solat adalah secara bersendirian dan dilakukan secara perlahan-lahan. Berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat boleh menimbulkan gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat iaitu bagi mereka yang masih meneruskan solat kerana terlewat (makmum masbuq) dan juga bagi mereka yang sedang solat sunat selepas itu (sunat ba’diah).


dipetik dari sini.

Alhamdulillah, rasanya, artikel tersebut sangat lengkap.
Satu lagi perkara, teman ada mengatakan bahawa isu ini adalah bid'ah.
Qur kurang arif tentang ini namun semasa di CFS, Qur telah mendapat pelbagai persepsi tentang bid'ah.

Ramai juga lecturer yang mengatakan bid'ah itu bukan satu hukum.
Seperti pendapat ustaz di dalam video ini.



Maka, berzikir dan berwirid secara beramai-ramai di masjid bukanlah satu bid'ah..
Tetapi ikutilah adab yang telah ditentukan oleh Quran dan Sunnah insyaAllah..

Wallahua'lam.

Sesunggunya dalam post ini adalah pendapat orang lain.
Qur hanya seorang pelajar yang masih kurang ilmu...mana yang salah harap diperbetulkan insyaAllah.

Semoga post ini bermanfaat kepada teman, Qur, dan sesiapa yang membacanya insyaAllah.
Baarakallahu fiikum.

Assalaamu'alaikum.

3 comments

  1. Susah jugak kalau nak kata bid'ah tu tiada. Kalau tak, takkan ada hadis Nabi SAW yang sebut pasal bid'ah kan.

    Imam-imam kita dahulu kala yang buat zikir dan doa lepas Solat mungkin beranggapan kalau nak diharapkan makmum zikir dan doa sendiri lepas Solat, memang tak dibuat lah.

    Tengoklah di masjid-masjid, lepas je bagi salam, ramai yang terus bangun dan balik selepas solat. Tak berdoa lepas Solat tu kan dikira sombong dengan Tuhan.

    Memanglah ada khilaf di kalangan ulama' pasal bid'ah ni. Cuma janganlah sampai menghukum sesat seseorang tu. Pergi cakap itu ini bid'ah, kita pula yang dikata Wahabi nanti. Hehe..

    Err, Syeikh Nuruddin tu bukan kata bid'ah tu tiada. Cuma dia kata bid'ah bukan hukum. Tapi payah jugak nak ambik pendirian dalam hal-hal macam ni. Tetiba nak mencampakkan diri dalam perbahasan alim ulama yang banyak bertentangan..

    ReplyDelete
  2. Salaam.

    Oh,ada? Maaf saya kurang arif.. apa ye hadith tu? boleh kongsi?

    Hmm..betul juga tu..tapi rasanya, sekarang ni,walaupun iman2 baca doa dan berzikir dengan suara yang kuat, masih ramai juga yang balik terus selepas selesai sembahyang kan?

    Betul tu. lagipun, ada ramai yang berlainan pendapat dalam isu2 sebegini.. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. "Setiap yang diada-adakan itu bid'ah, setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu adalah ke dalam neraka". - lebih kurang maksud hadis. Nak matan lengkap, checklah sendiri kitab hadis ye, hehe.

    Erm, kalau boleh dibuat perumpamaan, macam kisah Saidina Umar r.a masa jadi Khalifah yang mewajibkan Solat Terawih 20 rakaat di masjid (kalau tak silap) sedangkan pada zaman Nabi SAW tidak diwajibkan sebegitu. Antara alasan kenapa diwajibkan ialah selepas kewafatan Nabi SAW memang agak berkurang yang datang ke masjid untuk Solat Terawih.

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete