seperti mencuba resepi baru

Assalaamu'alaikum wr wb.

Qur pasti, ramai yang dah pernah mencuba resepi baru.
Mungkin kita telah mencuba resepi masakan cina, india, barat, arab, dan sebagainya.



Cara memasak masakan-masakan tersebut ada kelainannya.
Contoh, masakan india perlukan lebih banyak rempah..
Atau masakan cina menggunakan cili kering yang tidak di'blender'.

Awal-awal masak, mesti kita ragu-ragu...
"Betul ke apa yang aku buat ni? Macam salah je.."
"Eh, patut ke jadi macam ni? Entah-entah dah tersilap kot..."
"Alamak! Habislah..rosak makanan...."

Tapi selepas langkah ketiga dan seterusnya, bau masakan kita sudah naik dan kita dapati yang masakan itu memang seperti apa yang ia sepatutnya jadi (ayat yang memeningkan.hehehe).

Akhirnya, dengan penuh konfiden, kita padamkan api dan hidangkan kepada keluarga tersayang. InsyaAllah semoga dapat mengisi perut yang kosong tanpa memudaratkan mereka. ^_^v.

Sama juga dengan hidup ini.
Kita ingin mencuba sesuatu dan takut kalau-kalau apa yang kita inginkan itu salah.
Baru awal langkah kita menghadapi masalah. Lalu, kita terus merasa takut dan terus tidak mahu cuba lagi.

Cuba kalau kita teruskan perjuangan (chewah.hehe) dan hadapi masalah itu dengan sabar,tenang dan redha..insyaAllah, hasilnya- .. bak kata-kata sesetengah orang.. masyuuuuuk. hehe

Yakinlah kepadaNya.
Kalau niat kita itu baik dan apa yang kita inginkan itu tidak dilarang oleh Islam, insyaAllah,cubalah dan jangan cepat putus asa.

Kalau perkara itu baik, Allah akan bantu.
Usaha. Doa. Tawakkal. Jangan putus asa.




Dan jangan lupa, semuanya dimulakan dengan Bismillah. ^_^v

Semoga menjadi peringatan pada diri sendiri insyaAllah.
Assalaamu'alaikum.

No comments