Lesen Kereta

Assalaamu'alaikum wr.

:)

Hamdanlillah wa syukru lillah..
Dengan pertolonganNya, doa2 dan masa yang diluangkan oleh orang-orang yang tertentu, Qur lulus test JPJ petang tadi. :)

Ujian Qur bermula pada jam 2.. tetapi Qur tiba di sana agak awal.
Sempat lagi Qur singgah makan di Angsana.huhu.. Dan kalau ke Angsana, memang tak sah kalau tak ke kedai buku Badan.

Banyak betul buku yang Qur minat tadi... Rasa macam nak beli semuanya!
Buku yang seorang teman Qur sarankan pun ada. Tajuk nya, 'Belajar Dari Para Wali'.
Tapi tak mengapa.. rezki Qur bukan di situ hari ini.

Usai membelek-belek buku, Qur dan bapak terus ke pusat latihan memandu.
Setibanya di sana sahaja, azan Zohor pun berkumandang.
Usai (hehe,usai lagi) berjemaah di surau berdekatan, Qur pun duduk bersama yang lain untuk menunggu giliran.

Part pertama ujian tu adalah test bahagian circuit.
Bukit..side parking dan 3-point turn.
Dalam 16 orang yang menunggu, Qur yang ke 13. Waktu turn Qur sampai, hujan pun turun dengan lebatnya.. (rahmat dari Ilahi.hehe)

Alhamdulillah, Qur lulus.
Kini, giliran test jalanraya pula.
Yang ini, Qur agak pasrah... Qur fikir,'tak apalah..kalau fail pun, cuma kena repeat yang ni je.huhu' (fikiran negative. huhu)

Setelah 1 jam berlalu, nama Qur pun dipanggil . Alhamdulillah, Qur dapat pegawai perempuan. Senang nak betulkan side mirror belah kiri.hehehe.

Kereta tu,versi baru kot..atau mungkin kereta yang Qur selalu practice tu versi lama.. jadi clutch dia lain sikit. Kesian pegawai tu asyik tegur Qur je.huhu.. Dekat road, dia mulakan topik berbual. Mungkin untuk kasi Qur relax sikit...

Tapi, Qur susah nak focus kalau ada orang berbual waktu Qur memandu. Lebih-lebih lagi kalau Qur kena jawab panjang-panjang. Maka, kebanyakkan jawapan Qur berbunyi:
'Oh, yang itu...ahhhhhh........'

atau

'Saya...- *moments of silence*-.......'

Mungkin dia faham kot.hehe.
Akhirnya, tamat juga ujian JPJ tu... Pegawai tu pun pulangkan form Qur. Qur dengan penuh blur dan kepasrahan (ada ke perkataan ni?huhu) tak pandang pun kertas tu (untuk check lulus atau gagal) terus keluar kereta.

Tau-tau pegawai yang check tu kata: 'Hah.Dah. Awak pass.*senyum*'

Terkebil-kebil mata Qur.
Dalam hati, Alhamdulillah, tak payah keluar masuk Johor lagi! hehehe


Sebenarnya, Qur agak kurang yakin dengan diri Qur.
Qur tak rasa Qur bersedia.
Tapi, pagi tadi, Qur buka Facebook dan baca satu message yang Qur terima dari group I Belong to Allah.

Menyerahkan semua perkara kepada Allah, bertawakal kepada-Nya,
percaya sepenuhnya terhadap janji-janji-Nya, ridha dengan apa yang
dilakukan-Nya, berbaik sangka kepada-Nya, dan menunggu dengan sabar
pertolongan dari-Nya merupakan buah keimanan yang paling agung dan
sifat paling mulia dari seorang mukmin.

Syahdan (Qur tak tahu ni typing error atau memang word.Kalau sesiapa tahu maknanya, sudi lah kongsi ye?hehe), ketika Nabi Ibrahim a.s. dilempar ke dalam kobaran api, ia
mengucapkan, "Hasbunalldh wa ni'mal wakil," maka Allah pun menjadikan
api yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar.

Demikian halnya yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya. Tatkala
mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, mereka juga
mengucapkan, "Hasbunallah wa ni'mal wakil."
{(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.
Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka
tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah
mempunyai karunia yang besar.}
(QS. Ali 'Imran: 173-174)

Dan, hanya kepada Allahlah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benarbenar beriman.
(Al-Ma'idah: 23)

Itulah sedikit petikan dari message itu.
Kalau kamu mempunyai Facebook, add lah group tu. Artikel-artikel berbentuk peringatan akan dihantar almost setiap hari.

Maka, memang itulah yang membantu Qur sebenarnya.
Zikir, doa dan tawakkal kepadaNya.
Dan pada Qur, ianya sangat membantu kalau kamu berada dalam keadaan tenang, rileks dan normal. Qur dapat merasakan tu masa Qur makan dan belek buku di Angsana. Waktu itu, Qur rasa seperti hari-hari biasa sahaja...

No worries..no care..
Kirakan, waktu ujian tu, Qur tak mentally atau psychologically stressed.
Jadi, itulah tips Qur untuk sesiapa pun yang akan menduduki ujian lesen kereta di mana-mana pun.

Usaha (sudah mesti), doa, tawakkal, dan tenangkan diri dan fikiran.
Dan sewaktu tunggu giliran, selang selikan revision anda dengan zikir dan selawat.
InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Innallaha ma'a sobirin. :)

Assalaamu'alaikum wr.

4 comments

  1. mumtaazah ya ukhti. syabas. the roads of JB will be safe once again.just kidding.they have to face me next XD

    congrats on the pass.good reminder. ;)

    ReplyDelete
  2. Salaam

    Jazaakallah. haha yeah.THEN they'll be safe.hehe

    ReplyDelete
  3. salam ukhti. sy dpt link anda sr shbt sy arif,
    sy baru nak test jpj rabu ni. sgt takut.. tp alhamdulillah da bace ukhti punye post ni,sedikit sbnyk mbntu juga. doakan sy ye! jazakAllah khairan :) tahniah ye da lulus !

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salaam wr.
    Alhamdulillah..:)
    Ma'annajah insyaAllah. ;)

    ReplyDelete