Sempena Hari Ibu

Assalaamu'alaikum wr wb.

Sempena hari ibu ini, Qur ingin kongsi beberapa perkara yang pada Qur, kalau dilakukan, inysaAllah, ibu-ibu akan LEBIH sayangi kita. ^_^v

1. Cuci pinggan dan cawan sendiri selepas makan. (walaupun anda ada kakak atau adik perempuan. Mereka pun bakal jadi ibu juga.hehehe)

2. Gosok baju sendiri (terutama sekali kepada kaum adam. :D).

3. Biarkan mereka tonton cerita yang mereka ingini di TV. (walaupun masa tu ada cerita lain yang kamu ingin tonton. Anda boleh cari sendiri di internet nanti.. Movie ke...series ke..konfem ada...huhu)

4. Kalau ibu kita berkerja, selepas beliau pulang, bancuhkanlah air kegemarannya.. Teh O ke...Teh tarik ke... Milo ke..

5. Habiskan makanan yang ibu kita masak. Sungguh, lega hati ibu kalau anak-anaknya makan masakannya sampai licin. Percayalah. Tak percaya? Cuba tanya mereka sendiri. huhu

6. Senyum kepadanya. :)

Itulah sedikit sebanyak yang Qur boleh kongsi.
Mungkin ada antara perkara-perkara ini nampak remeh. Tapi yang perkara yang kelihatan remeh itulah yang memainkan peranan.

Dan kalau boleh, lakukan perkara-perkara ini setiap kali selagi kamu masih bernyawa. Bukan waktu hari ibu sahaja...ok? InsyaAllah. (peringatan untuk diri Qur juga. ^_^v)

Kepada mak,
SELAMAT HARI IBU!



Assalaamu'alaikum

No comments