Uji Kesabaran Anda

Assalaamu'alaikum wr.

Berikut adalah beberapa cara untuk menguji kesabaran anda. Lakukannya sekerap mungkin, insyaAllah, tahap kesabaran anda akan kuat dan kukuh. ^_^v

1. Jalan mengekor di belakang warga emas. JANGAN POTONG JALAN. Ikut sahaja... Kalau nak power sikit, ikut warga emas yang bertongkat. :D


2. Sewaktu cuaca panas, minum air manis (air sirap atau air gas) yang panas (atau suam.) Kalau ingin lebih mencabar, makan makanan pedas atau bersukan sebelum minum air itu. :D

3. Masak menggunakan dapur arang. (serious..sangat menguji kesabaran...)

4. Semasa di supermarket, beratur di counter yang paling panjang barisannya.

5. Tonton sinetron Indonesia (seperti Jihan / Hikmah)

6. Naik KTM.

Hehe. Ini saja je.. Tapi kalau kamu ingin cuba, cubalah. InsyaAllah semoga kamu menjadi antara orang-orang yang penyabar. :)

Kalau ada idea lain, sudilah kongsi bersama. ^_^
Assalamu'alaikum.

(Ini hanya post saje je... Maaf kalau mana-mana pihak terasa, tersinggung atau terkecil hati.)

No comments