Malu, segan atau malas?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum warahmatullah

Hamdan lillah... Qur diberi peluang untuk menimba ilmu di universiti ini.
Seperti biasa, setiap perkara ada kebaikan dan kekurangannya. Lebih elok jika kita tumpukan perhatian kepada kebaikan sesuatu. Tetapi jika kekurangannya boleh diubah, silakan... baik dengan tangan, lidah atau hati. InsyaAllah kalau niat itu ada, Allah akan bantu.

Semalam Qur ke bank untuk bermuamalat dengan mesen ATM. Kerana ramai yang beratur di belakang Qur, Qur agak kelam kabut. Dompet, duit, kad dan resit semuanya masih di tangan. Pintu keluar bank pula jenis manual, harus dibuka sendiri..terkial-kial sekejap Qur di sana.

Tapi Alhamdulillah, depan Qur ada seorang pelajar luar negara berbangsa Afrika rasanya.. dia keluar dahulu sebelum Qur dan kemudian menahan pintu itu untuk Qur keluar.

Lalu,dengan hati yang sangat bersyukur dan senyuman yang berkilau (sebab braces.hehe) Qur mengucapkan terima kasih kepada beliau. Namun, mungkin dia tak dengar sebab beliau terlalu tinggi dan Qur pula..ehem. Tapi tak mengapa...Jazaakallah kepada beliau.

Apa kisah di sebalik kejadian ini?

Selepas kejadian tu, Qur terfikir, mengapa seorang saudara seislam berbangsa asing mampu menghormati saudari seislamnya tetapi saudara Melayu tidak? Tak kiralah kalau dia tolong bukakkan pintu ke, beri laluan ke, tolong angkatkan barang ke...

Bukankah bangsa kita mengajar kita untuk berbudi bahasa?
Bukankan agama kita mengajar kita untuk saling hormat menghormati dan kasihan mengasihani?

Ini tidak.
Selepas membuka pintu, dia melepaskannya tanpa menghiraukan kita di belakang.

Ketika berjalan di lorong yang sempit, kita juga yang harus memberi laluan sehingga terkadang termasuk lopak atau lecak.

Tatkala kita terkial-kial membawa banyak barang atau mengangkut barang yang berat, dia hanya melihat dan terkadang tergelak pula melihat gelagat kita yang terkial-kial itu.

Wahai saudara seislam, jika bukan anda yang membantu kami, siapa lagi?
Jika bukan anda yang memulakan, siapa lagi?
Jika bukan anda yang menjadi contoh kepada adik2 kita, siapa lagi?

Anda malu?
Mintak nombor telefon boleh pula..
Tanya nama boleh pula...
Main-main mata boleh pula...

Anda segan?
Mengapa? Anda takut jadi bahan umpatan?
Bahan umpatan kerana membuat perkara yang benar? Sesuatu yang baik?
Anda segan jadi seorang muslim yang baik?

Anda malas?
Iya? Tidak?

Tepuk dada tanya iman,
'saya malas' adalah alasan.
Bantu membantulah sesama insan,
dan terimalah pahala dari Tuhan.

Wallahua'lam.

Bukan kami harapkan setiap saudara seislam untuk jadi seperti Superman yang sentiasa muncul di saat-saat kecemasan.



Tetapi kalau ternampak sesiapa pun dalam kesusahan, bantulah kalau mampu. Dapat pahala... tipulah kalau kata tak nak pahala... kan kan kan?

Semoga menjadi peringatan pada diri Qur , dan sesiapa yang membaca insyaAllah.
Assalaamu'alaikm.

3 comments

  1. Subhan Allah, Jazakillah atas peringatan.

    Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. (Lafazh riwayat Muslim)

    [Muslim no. 2699]

    Moga sentiasa berada dinaunganNya pada setiap detik.

    ReplyDelete
  2. jazakillah atas peringatan ini..
    moga Allah redha atas segala amal yang kita lakukan..
    salam perjuangan!!

    ReplyDelete
  3. well written qur :)
    i remember u always used to ask me kalau i nak pesan ape ape.. so kind of you. :) may Allah bless you always!, oh and welcome to Gombak!
    x
    -mizah k.- [problems with logging in!! T_T]

    ReplyDelete