"saya nak kahwin"

بسم الله الرحمان الرحيم
Assalaamu'alaikum wr wb.

Apa khabar semuanya? Bikhair insyaAllah. :)
Hah. Rasanya, kalau anda sedang membaca ni, kemungkinan besar kerana anda tertarik dengan tajuk di atas tu kan? hehe.

Ketahuilah, yang nak kahwin tu, bukan Qur.. (belum lagi) tapi raja.
Raja mana? Raja kapur? hehe..

Semalam, semasa berterawih di musollah mahallah ni, imam muda (imam di musollah mahallah semuanya student UIA. Mungkin 2nd year atau lebih.) telah memberi tazkirah tentang sembahyang. Dia menceritakan bagaimana orang-orang yang bersembahyang ni, menurut al Quran, ada dua jenis.

Yang pertama, seperti yang disebut dalam surah al-Maa'uun ayat 4 dan 5.
Allah berfirman, "Maka celakalah orang-orang yang sembahyang", kerana mereka lalai dalam sembahyang mereka.

Lalai seperti sengaja melambat-lambatkan sembahyang...
Sembahyang di akhir-akhir waktu...
Mengutamakan hal-hal duniawi dari sembahyang...

Rasa-rasa, hal yang kita pentingkan tu akan sempurna ke kalau sembahyang kita tak sempurna? Renung-renungkanlah insyaAllah.. (peringatan pada diri Qur..)

Yang kedua, mereka yang khusyu' bersembahyang...
Yang hatinya ikhlas dan fokus lillahi ta'alaa. Dan mereka inilah orang-orang yang berjaya. Seperti di surah al Mu'minuun, ayat 1 & 2.

Ini janji Allah.
Kemungkinan esok kita akan berjaya..
kalau tak esok, lusa.
Kalau tak, mungkin bulan depan.
Mungkin juga tahun depan.
Dan kalau tak juga, semestinya kita berjaya di akhirat kelak, insyaAllah...

Semoga Allah menjadikan kita antara orang-orang yang berjaya, insyaAllah.

Jadi, apa kaitannya dengan kahwin?
Haa... Imam muda semalam ada menceritakan satu kisah pada kami. Meh Qur kongsi dengan semua. :)

Kata imam (lebih kurang lah.hehe) :

"Kesempurnaan smbhyg blh kita ibaratkan dalam satu kisah.

Katakanlah musollah ni adalah sebuah negeri. Saya rajanya dan awak semua adalah
rakyat saya.

Katakan satu hari saya kata: 'saya nak kawin' (ramai tersipu2 time ni.huhu..) dan minta dicarikan isteri yang terbaik untuk saya.

Dan seorang wanita dihantar kepada saya. Dia cantik,memang sangat cantik.
Tapi,dia dah mati. Tak hidup pun. Apa saya nak buat dgn orang mati? Tolong tanamkan boleh lah. (hehe)
Jadi yang ni ditolak.

Lepas tu, ada sorang lagi dihantar kepada saya.
Dia hidup (alhamdulillah) tapi tangannya kodong. Dan kaki pula, cuma sebelah je. Susahlah nak jadikan isteri macam tu.
Jadi, yang ni pun ditolak.

Begitulah perumpamaan sembahyang kita.
Jangan zahirnya sempurna, cantik, telekung bersih, mahal, putih..tapi hati kita mati..
Hati kita tak ikhlas dan tak khusyu' kepadaNya.

Dan jangan pula hati kita hidup..sembahyang dgn khusyu'..tapi zahirnya tak sempurna.
Pakaian kotor..aurat tak ditutup dengan sempurna, tak pakai stokin (imam ni suka mengingatkan tentang stokin. Alhamdulillah.. (: ) ..dan sebagainya. "

Renungan bersama insyaAllah.
Sekadar itulah perkongsian Qur untuk pagi ni. Semoga sentiasa dalam ingatan kita insyaAllah.

Sedar tak sedar, kita sudah hampir
(atau sudah pun?) di fasa ramadhan yang ke-3. MasyaAllah... cepat sungguh masa berlalu... Rasa seperti baru je minggu lepas kita mula berpuasa, kan?

Marilah kita mengejar dalam mencari lailatul qadar.. (bukan malam lailatul qadar. Sebab laila tu maknanya malam juga. Jadi, kalau kita kata malam lailatul qadar, kita sebenarnya kata malam malam qadar.huhu)





Segala yang telah ditulis adalah sebagai peringtan kepada diri Qur yang sering terlupa, dan kepada sesiapa yang telah diizinkan Allah untuk membaca post ni insyaAllah.
Wallahua'laam.

Assalaamu'alaikum.

Kisah Rasul: Adam diarak malaikat 100 tahun

Pada suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.

Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku."

Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."

Tanah bagaimana dijadikan Adam?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.

Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.

Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.

Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan
"Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.

Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".

Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.

Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Sumber: harian metro

Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya...

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalaamu'alaikum wr wr.

Ramadhan, antara bulan yang dinantikan.
Ramadhan, bulan yang penuh barakah.
Ramadhan, bulan yang suci (teeeet~. lagu.hehe)

Tatkala tibanya bulan Ramadhan, pelbagai ragam manusia yang boleh kita lihat.

Ada yang semangat menyiapkan bekalan sahur... stok biskut, mi instant, air instant, kurma..semuanya dibeli terlebih dahulu.

Ada yang semangat menyemak jadual dan agenda supaya tidak clash dengan waktu sembahyang tarawikh.

Ada yang semangat mengisi perut dengan makanan-makanan kegemaran..kononnya takut kempunan waktu puasa nanti...


Dan ada pula...

Ada pula satu golongan yang ingin/suka/mahu(? Qur pun tidak berapa pasti) memuaskan hati/diri dengan membuat segala perkara-perkara yang mereka tidak boleh lakukan di bulan Ramadhan nanti.

Contoh?

“Eh, esok puasa kan? Takpelah, kite mengumpat sekarang .. Malam terawikh nanti aku taubat lah.”

Mungkin ayat ni dikatakan dengan tidak sengaja.

Mungkin ianya hanyalah satu gurauan semata-mata.

Mungkin ada maksud lain yang kita tidak ketahui.

Alhamdulillah, hamba Allah ini sedar dan hormati bulan Ramadhan dengan berniat untuk tidak mengumpat.. Tapi ketahuilah, bulan puasa ke, bukan bulan puasa ke, mengumpat itu salah.

Bukan mengumpat sahaja, malah menipu, berburuk sangka, dan segala sifat dan perkara mazmumah itu tetap salah.

“Yelah..tapi bulan puasa ni kenalah jaga sikit...”

Tapi adakah ia bermakna kita tidak perlu atau boleh kurangkan ‘kawalan’ dari membuat perkara-perkara ini waktu bulan-bulan lain?

Fikirkan dan renungkanlah wahai ikhwan dan akhowat fillah.
(peringatan ini adalah pertama sekali untuk diri ini yang sering terlupa juga)


Sebelum Qur akhiri post hari ini, Qur ingin memohon maaf atas segala salah silap Qur kepada semua yang Qur kenali (yang membaca blog ni) dan Qur ingin mengucapkan Ramadhan Kareem kepada para pengunjung blog.

Sungguh, Qur rasa counter blog ni rosak... baru seminggu lepas ada 500+ hits..tetiba minggu ni dah naik 1000...huhu.

Baiklah. Hingga di sini sahaja.
Jagalah hati, peliharalah Iman.

Assalaamu’alaikum wr.

PS: Bulan ni juga bulan midterm Qur. Kalau sudi, doakanlah yang terbaik insyaAllah. Jazaakumullah Khairan. J

Cantik,tapi...

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalaamu'alaikum wr wb.

Wanita.
Wanita sering dikaitkan dengan kecantikan.
Wanita juga sangat sukakan kecantikan.

Kecantikan.
Kecantikan boleh didapati dalam pelbagai aspek.
Kecantikan luaran, kecantikan dalaman, kecantikan yang boleh dilihat, kecantikan yang boleh dirasa...dan sebagainya.

Di kampus Qur, terdapat banyak gerai-gerai dan kebanyakkannya menjual busana Muslimah termasuklah pelbagai jenis tudung. Trend waktu ini adalah tudung jenis 'selendang' atau lebih dikenali sebagai 'shawl' di kalangan Muslimah Singapura. Bermacam-macam warna, corak dan texture selendang yang dijual.

Tipulah kalau Qur katakan yang Qur tak minat atau tertarik pada selendang-selendang itu. Memang Qur minat. Tapi ianya sangat mengganggu Qur.

Apa dia yang mengganggu Qur?
Di bawah ada petikan artikel dari iluvislam.
Jawapannya ada di dalam artikel ini...

Ingin diri ini menyedarkan muslimah di luar sana. Hati ini tergerak untuk
mencoretkan bait-bait peringatan bersama setelah membaca salah satu majalah yang
menceritakan mengenai hal ini.

Duhai muslimah...
Jangan mudah
tertipu.
Tolong jangan mudah tertipu dengan keindahan pelbagai warna dalam
berpakaian
yang hebat dipertontonkan di luar sana.
Apa ertinya busana muslimah?




Lihatlah akhbar, tidak kurang juga majalah. Busana muslimah dan
bermacam-macam fesyen di luar sana yang dikatakan sebagai sesuai untuk
muslimah kerana selamat dan menutup aurat
. Kebanyakannya tidak
menepati syarak
dan hanya melanggar apa yang dikatakan sebagai tabarruj.

Serius…
Hati saya sebagai
muslimah turut tertarik dan teruja tapi sayangnya ia hanyalah
busana dan tidak sesuai untuk muslimah.

Kenapa?
Bukan semua busana muslimah yang cantik dan menarik ini menepati hukum
syarak. Kita dikaburi dengan mainan warna yang indah dan
seterusnya menjerat hawa nafsu untuk membeli. Dan
niat
memakainya juga mungkin akan berubah sama sekali.


Firman Allah:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk
perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah
sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”


[Al-A’raaf ayat 26]

Tudung sepatutnya dipakai untuk menutup rambut. Tetapi malangnya, tudung
dipakai di atas paras dada. Ini tidak menjadi hal utama bagi muslimah sekarang,
asalkan rambut dapat ditutup mengikut syarat dan yang paling penting adalah
menarik. Wanita itu sendiri sudah semestinya punyai daya tarikan tetapi mereka
telah ditipu dengan fesyen-fesyen yang akan membawa kepada daya tarikan yang
lebih.

Persoalannya, kita mahu menarik perhatian siapa? Siapakah
insan-insan yang layak melihat keindahan perhiasan-perhiasan ini?


Firman Allah:

Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah
mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami
mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita
Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang
tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

[Surah an-Nur ayat 31]

Apa ertinya bagi seorang muslimah,
andai dia hanya mampu menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, tetapi faktor utama iaitu perhiasannya sendiri dengan mudah
dipertontonkan?

Bukankah ia tidak sempurna malahan mencacatkan penampilan?

Saya tidak mengatakan saya lebih baik. Ini hanyalah sedikit
kata-kata peringatan kepada saya dan untuk semua muslima yang dikasihi Allah di
luar sana
.

Kita adalah perhiasan, tetapi pilihan untuk menjadi perhiasan terindah
terletak pada diri sendiri. Sama ada ingin menjadi perhiasan yang mahal dan
berharga tetapi tidak menarik perhatian dan tidak mudah dibawa mahupun disentuh
ataupun perhiasan yang mudah dibawa ke mana-mana, mudah pula dipegang dan
disentuh tidak kira masa serta mudah juga menjadi santapan pandangan yang tidak
berhak.

Duhai muslimah…
Sekalipun insan sekeliling mengakui
keburukanmu sekalipun, telah terlitup indah auratmu mengikut syarak
dengan warna yang buruk
. Namun andai ia lebih mendapat redha
Allah
, inilah pilihan untukmu yang terbaik. Namun diri hina ini juga
tidak mampu untuk menghalang keinginan dan kebebasan dalam mempertontonkan
perhiasan-perhiasan kalian.

Ingatlah,
cantiknya seorang isteri, layaknya hanya di mata suami.
Cantiknya seorang puteri, layaknya hanya pada pandangan ibu bapa untuk
menjaga dan memelihara dirinya sebelum dimiliki.

Seorang muslimah itu tinggi martabatnya dalam Islam. Semoga penghargaan
dari Allah ini akan kekal bertahan dan tidak mudah rebah menyembah bumi.
Sedarlah sebelum semuanya terlambat.


Selamat beramal…



InsyaAllah, semoga sentiasa di minda dan dapat kita amalkan dengan penuh istiqamah... Dan semoga segala amalan kami hanya untukMu ya Rabbi... Ameen.

Tujuan Qur menulis (bukan kerna namaaaa~ hehe. ok dah.focus balik.) adalah untuk peringatan pada diri Qur, yang juga seorang wanita yang sukakan kecantikan, dan kepada akhowat di luar sana.


Bak lirik lagu Fareast- Cinta Pertama,
"...Dirimu berharga dari segala-galanya..."

Wallahua'lam.
Assalaamu'alaikum.