"saya nak kahwin"

بسم الله الرحمان الرحيم
Assalaamu'alaikum wr wb.

Apa khabar semuanya? Bikhair insyaAllah. :)
Hah. Rasanya, kalau anda sedang membaca ni, kemungkinan besar kerana anda tertarik dengan tajuk di atas tu kan? hehe.

Ketahuilah, yang nak kahwin tu, bukan Qur.. (belum lagi) tapi raja.
Raja mana? Raja kapur? hehe..

Semalam, semasa berterawih di musollah mahallah ni, imam muda (imam di musollah mahallah semuanya student UIA. Mungkin 2nd year atau lebih.) telah memberi tazkirah tentang sembahyang. Dia menceritakan bagaimana orang-orang yang bersembahyang ni, menurut al Quran, ada dua jenis.

Yang pertama, seperti yang disebut dalam surah al-Maa'uun ayat 4 dan 5.
Allah berfirman, "Maka celakalah orang-orang yang sembahyang", kerana mereka lalai dalam sembahyang mereka.

Lalai seperti sengaja melambat-lambatkan sembahyang...
Sembahyang di akhir-akhir waktu...
Mengutamakan hal-hal duniawi dari sembahyang...

Rasa-rasa, hal yang kita pentingkan tu akan sempurna ke kalau sembahyang kita tak sempurna? Renung-renungkanlah insyaAllah.. (peringatan pada diri Qur..)

Yang kedua, mereka yang khusyu' bersembahyang...
Yang hatinya ikhlas dan fokus lillahi ta'alaa. Dan mereka inilah orang-orang yang berjaya. Seperti di surah al Mu'minuun, ayat 1 & 2.

Ini janji Allah.
Kemungkinan esok kita akan berjaya..
kalau tak esok, lusa.
Kalau tak, mungkin bulan depan.
Mungkin juga tahun depan.
Dan kalau tak juga, semestinya kita berjaya di akhirat kelak, insyaAllah...

Semoga Allah menjadikan kita antara orang-orang yang berjaya, insyaAllah.

Jadi, apa kaitannya dengan kahwin?
Haa... Imam muda semalam ada menceritakan satu kisah pada kami. Meh Qur kongsi dengan semua. :)

Kata imam (lebih kurang lah.hehe) :

"Kesempurnaan smbhyg blh kita ibaratkan dalam satu kisah.

Katakanlah musollah ni adalah sebuah negeri. Saya rajanya dan awak semua adalah
rakyat saya.

Katakan satu hari saya kata: 'saya nak kawin' (ramai tersipu2 time ni.huhu..) dan minta dicarikan isteri yang terbaik untuk saya.

Dan seorang wanita dihantar kepada saya. Dia cantik,memang sangat cantik.
Tapi,dia dah mati. Tak hidup pun. Apa saya nak buat dgn orang mati? Tolong tanamkan boleh lah. (hehe)
Jadi yang ni ditolak.

Lepas tu, ada sorang lagi dihantar kepada saya.
Dia hidup (alhamdulillah) tapi tangannya kodong. Dan kaki pula, cuma sebelah je. Susahlah nak jadikan isteri macam tu.
Jadi, yang ni pun ditolak.

Begitulah perumpamaan sembahyang kita.
Jangan zahirnya sempurna, cantik, telekung bersih, mahal, putih..tapi hati kita mati..
Hati kita tak ikhlas dan tak khusyu' kepadaNya.

Dan jangan pula hati kita hidup..sembahyang dgn khusyu'..tapi zahirnya tak sempurna.
Pakaian kotor..aurat tak ditutup dengan sempurna, tak pakai stokin (imam ni suka mengingatkan tentang stokin. Alhamdulillah.. (: ) ..dan sebagainya. "

Renungan bersama insyaAllah.
Sekadar itulah perkongsian Qur untuk pagi ni. Semoga sentiasa dalam ingatan kita insyaAllah.

Sedar tak sedar, kita sudah hampir
(atau sudah pun?) di fasa ramadhan yang ke-3. MasyaAllah... cepat sungguh masa berlalu... Rasa seperti baru je minggu lepas kita mula berpuasa, kan?

Marilah kita mengejar dalam mencari lailatul qadar.. (bukan malam lailatul qadar. Sebab laila tu maknanya malam juga. Jadi, kalau kita kata malam lailatul qadar, kita sebenarnya kata malam malam qadar.huhu)





Segala yang telah ditulis adalah sebagai peringtan kepada diri Qur yang sering terlupa, dan kepada sesiapa yang telah diizinkan Allah untuk membaca post ni insyaAllah.
Wallahua'laam.

Assalaamu'alaikum.

No comments