Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya...

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalaamu'alaikum wr wr.

Ramadhan, antara bulan yang dinantikan.
Ramadhan, bulan yang penuh barakah.
Ramadhan, bulan yang suci (teeeet~. lagu.hehe)

Tatkala tibanya bulan Ramadhan, pelbagai ragam manusia yang boleh kita lihat.

Ada yang semangat menyiapkan bekalan sahur... stok biskut, mi instant, air instant, kurma..semuanya dibeli terlebih dahulu.

Ada yang semangat menyemak jadual dan agenda supaya tidak clash dengan waktu sembahyang tarawikh.

Ada yang semangat mengisi perut dengan makanan-makanan kegemaran..kononnya takut kempunan waktu puasa nanti...


Dan ada pula...

Ada pula satu golongan yang ingin/suka/mahu(? Qur pun tidak berapa pasti) memuaskan hati/diri dengan membuat segala perkara-perkara yang mereka tidak boleh lakukan di bulan Ramadhan nanti.

Contoh?

“Eh, esok puasa kan? Takpelah, kite mengumpat sekarang .. Malam terawikh nanti aku taubat lah.”

Mungkin ayat ni dikatakan dengan tidak sengaja.

Mungkin ianya hanyalah satu gurauan semata-mata.

Mungkin ada maksud lain yang kita tidak ketahui.

Alhamdulillah, hamba Allah ini sedar dan hormati bulan Ramadhan dengan berniat untuk tidak mengumpat.. Tapi ketahuilah, bulan puasa ke, bukan bulan puasa ke, mengumpat itu salah.

Bukan mengumpat sahaja, malah menipu, berburuk sangka, dan segala sifat dan perkara mazmumah itu tetap salah.

“Yelah..tapi bulan puasa ni kenalah jaga sikit...”

Tapi adakah ia bermakna kita tidak perlu atau boleh kurangkan ‘kawalan’ dari membuat perkara-perkara ini waktu bulan-bulan lain?

Fikirkan dan renungkanlah wahai ikhwan dan akhowat fillah.
(peringatan ini adalah pertama sekali untuk diri ini yang sering terlupa juga)


Sebelum Qur akhiri post hari ini, Qur ingin memohon maaf atas segala salah silap Qur kepada semua yang Qur kenali (yang membaca blog ni) dan Qur ingin mengucapkan Ramadhan Kareem kepada para pengunjung blog.

Sungguh, Qur rasa counter blog ni rosak... baru seminggu lepas ada 500+ hits..tetiba minggu ni dah naik 1000...huhu.

Baiklah. Hingga di sini sahaja.
Jagalah hati, peliharalah Iman.

Assalaamu’alaikum wr.

PS: Bulan ni juga bulan midterm Qur. Kalau sudi, doakanlah yang terbaik insyaAllah. Jazaakumullah Khairan. J

No comments