Ianya sudah tersedia..


بسم الله الرحمان الرحيم
Assalaamu'alaikum wr wb.


Rasanya, dah masuk 4 bulan sejak Qur lulus ujian memandu kelmarin. Dan sejak hari tu, Qur tidak lagi berpeluang untuk memandu. Risau juga kalau-kalau Qur terlupa cara-cara untuk memandu...

Tetapi Alhamdulillah, tadi sepupu Qur telah meluangkan masanya untuk membawa Qur memandu di kawasan UIA..Dan Alhamdulillah, dia mengizinkan Qur untuk memandu keretanya itu. Tetapi kereta dia kereta auto. Qur belajar manual je. huhu.

Pada awalnya, Qur agak terkial-kial.. hilang dah segala apa yang telah Qur pelajari di pusat latihan memandu kelmarin. Inilah akibatnya kalau kita hanya belajar tetapi tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajari itu.

Ini termasuklah segala ilmu yang telah kita pelajari.. Contohnya ilmu agama. Apa gunanya kita bertungkus lumus dan bersusah-payah memahami dan menghafal ilmu agama jika kita tidak mengamalkannya?

Contoh lagi, ilmu memasak. Apa gunanya kita membaca dan menghafal pelbagai resepi tetapi tidak memasaknya? Peringatan untuk diri Qur yang lemah ini insyaAllah.

Setelah beberapa minit berpusing-pusing di jalan yang kosong, Qur mula rasa bersedia untuk memandu di jalan utama kampus. Pada mulanya, rasa konfiden itu ada... namun setelah beberapa saat di jalanraya yang penuh dengan kereta-kereta yang memecut seperti di pertandingan F1, rasa konfiden itu pun mula memecut jauh dari diri Qur.hehe.

Pada mulanya, Qur berasa agak pelik. Qur ni pandu perlahan sangat ke?
Tetapi kata sepupu Qur, bukan silap Qur. Mereka yang silap. Kerana, had laju di jalan itu adalah 30km/h. Rasanya mereka memandu 50 atau 60km/h kot...

Undang-undang telah disediakan..namun kita tidak mematuhinya. Kot kot kalau ada kemalangan macam mana? Na'udzubillah min dzaalik...

Rasanya, dalam Islam pun tak ada bezanya. Undang-undang telah ditetapkan oleh Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. , tetapi kita tidak mematuhinya. Allah maha mengetahui segalanya dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Namun kita sebagai hambaNya yang lemah sering tidak sabar dan bertindak mengikut nafsu dan perasaan. Siapa yang rugi akhirnya?

Muhasabah dan peringatan untuk diri Qur yang sering terlupa insyaAllah...

Dan akhirnya, usai lebih 1 jam berpusing-pusing mengelilingi kampus, Qur mula berasa lebih konfiden untuk memandu kereta auto. Tapi rasanya untuk memandu di jalanraya luar tu...hehe...belum lagi kot. =D

Baiklah. Sampai di sini sahaja untuk hari ini.
Jika ada kesilapan pada kata-kata Qur, harap betulkan. Sesungguhnya Qur hanyalah seorang pelajar yang masih belajar dan tidak lepas dari membuat kesilapan.

Assalaamu'alaikum wr. :)

2 comments

  1. Salam.
    Yup, peringatan yang sangat baik untuk dijadikan muhasabah bersama.

    Jazakillah Qur. May Allah bless u~

    ReplyDelete
  2. W'km salaam wr.
    insyaAllah.. Sama2 lah kte. :)

    Wa iyyak Aishah. May Allah bless u too~ :)

    ReplyDelete