Sedikit Sebanyak Apa Yang Telah Berlaku


بسم الله الرحمان الرحيم
Assalaamu'alaikum wr wb. :)

Apa khabar para pembaca? Bikhair insyaAllah.
Semoga hari-hari akhir bulan Ramadhan ini diberkatiNya insyaAllah.

MasyaAllah...sedar tak sedar, esok dah 30 Ramadhan...
Apakah amalan yang telah kita lakukan ini cukup?
Adakah ia ikhlas keranaNya?
Bertemukah kita dengan lailatul qadr?
Wallahua'laam...

Kita hanya mampu berusaha dan berdoa insyaAllah.

Ramadhan tahun ini agak berbeza untuk Qur.
Antara penyebab perbezaan ini adalah kerana untuk 3 minggu pertama berpuasa tu, Qur di kampus. Jadi, pengalamannya agak berbeza.

Pertama sekali, terawih.
Kalau dulu di rumah, biasanya abang atau bapak yang akan imamkan terawih.
Semasa di Nilai pula, kami biasa berterawih di bilik atau di masjid berdekatan.
Di sini pula, Qur berterawih di musollah mahallah Qur. Dan yang membezakannya adalah suasananya.

Terawih di musollah ini diimamkan oleh pelajar-pelajar UIA sendiri. Rasanya, semuanya seniors. Walaupun kami hanya melakukan 8 rakaat, pada Qur, cukuplah buat masa ni.
Dan selepas terawih, imam pasti akan memberi tazkirah kepada kami semua.
Tazkirah yang diberi sangat sesuai untuk kami di situ. Ianya ringkas, cara penyampaiannya pun sempoi (ceh.hehe), tetapi tetap padat dengan ilmu.

Alhamdulillah, kebanyakkannya telah Qur post di Facebook.
Tapi, ada kalanya, sukar untuk Qur faham isi tazkirah tu.. sebab kekadang imam yang beri tazkirah tu akan bercakap dengan loghat Kelantan (kawe dok pahe lagi kecek ni..hehe)
Terkebil-kebil mata Qur dekat situ.hehe

Kedua pula, makanan.
Sungguh, kalau Qur diberi ujian untuk membeli makanan untuk berbuka puasa, rasanya Qur gagal kot.hehe.

Mungkin sebab terlampau banyak pilihan makanan di sana.
Yang biasa Qur beli adalah nasi lemak (yang harganya rm1 je.hehe), roti, biskut, kuey teow tomyam (ini Qur beli 2 kali je. hehe) dan rojak. Kadang-kadang kalau tak tau nak buka apa, Qur beli susu sebotol je. Cukuplah untuk mengisi perut yang kosong. :D


Ini dia nasi lemak rm1 tu. Sedaaaaaaap. hehe


Ketiga, suasana Ramadhan itu sendiri di UIA.
Di sana, semuanya semangat memeriahkan bulan Ramadhan dengan bermacam-macam program.

Sebelum Ramadhan bermula, ada beberapa majlis ta'lim yang telah diadakan. Qur pergi satu je..tajuk ta'limnya, Fiqh Puasa Untuk Wanita oleh Fatima Syarha. (yep. Yang tulis buku tu.hee~)
Alhamdulillah, terasa manisnya ilmu ketika mengahadiri ta'lim tu. :)

Ada juga beberapa iftar beramai-ramai yang diadakan. Kebanyakkan oleh persatuan atau club di situ. Qur hanya menghadiri iftar bersama pelajar muslimah Quranic Youth Club. Kita beli makanan sendiri, dan campurkan semuanya dalam talam, lepas tu makan ramai-ramai. Best je.hehe

Selain itu, pensyarah di kelas pun sering memberi tazkirah ringkas sempena bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah...

Terasa semangat dan keindahan Ramadhan apabila ramai yang menghormatinya. :)

Lebih kurang itulah yang membezakan ramadhan tahun ini dengan yang lain. Dan alhamdulillah, di kampus Gombak, tak ada yang main mercun macam dekat Nilai dulu.hehe

Sekarang ni Qur sudah pun di rumah, alhamdulillah.
Balik kampus nanti ada exam lagi.. adeh..
Assignment pun mesti disiapkan secepat mungkin... banyak rupanya kerja Qur.huhu

Rasanya, cukup di sini untuk hari ini.
Qur ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada pembaca andai di mana-mana post Qur, Qur terkasar bahasa atau tersilap info. Semoga anda semua sentiasa mendapat rahmat dan barakahNya, insyaAllah.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan semoga amalan-amalan Ramadhan kita berterusan hingga ke Ramadhan yang seterusnya insyaAllah.
Qur akhiri dengan ucapan : Selamat Hari Raya 'Aidilfitri untuk semua! :)




Assalaamu'alaikum.

4 comments

  1. *yay, first to comment* hehe ;)

    wahh, besnyer baca post Qur, hmm, seronok baca fasal suasana di UIA.
    ok, I pun nak ucapkan selamat hari raya juga :)

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Qursiah..
    Minal 'aeidin wal faizin.
    Maaf zahir dan batin.. ^_^'

    *Qur, bukan nasi lemak rm1 la, tp 'sehinggit'..he..

    ReplyDelete
  3. Mawaddah:
    Salaam. hehe.. seronok ke?Alhamdulillah.. :) Eid Mubarak. :)

    Aishah: Wa'alaikum salaam wr. 'Eid mubarak, maaf zahir dan batin. hehe

    hehe, takut letak 'sehinggit' aje, ada yg tk faham pula..hehe

    ReplyDelete
  4. nasi ambeng sedap tak? hehehe

    ReplyDelete