Tadi saya nak belajar...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

Tadi pagi saya nak belajar...
Lalu saya pun pergi membuka jendela,
agar ditemani angin pagi yang sejuk dan segar.
Terlihat pula bulan yang masih terang nan indah,
Walaupun pagi sudah diterangi cahaya.

Handphone pun dicapai secepatnya,
untuk memetik gambar keindahan ciptaanNya.
Teringat pula gambar yang dipetik pada malam sebelumnya,
Lalu saya pun ke laptop untuk melihat kedua-duanya.

Bila laptop dibuka,
saya lekas terleka.
Astarghfirullah, bila nak belajarnya?



Tadi saya nak belajar...
Lalu saya pun mengeluarkan buku dan kertas.
Pensel diambil untuk menulis nota.
Namun apakan daya...
Pensel saya terbelah dua.

Anda tidak percaya?
Ini buktinya...

gambar kabur.. kamera hp ni tak ada function autofocus atau macro.


sedih tak terkata...
syukurlah ada pensel extra. :)


Tadi saya nak belajar...
Tapi bila terlihat gambar pensel di atas tu di handphone saya,
saya terfikir, 'hmm..macam cantik lah pula..'
Apa yang terjadi seterusnya..
hehe..biarlah gambar2 ini yang meneruskan cerita. :D


sungguh.nak belajar dah tu..


"Hai.Nama saya Qurtak." (Qursiah + Kotak) heh.



Tadi saya nak belajar...
'Dari tadi asyik kata nak belajar,
Tapi tak belajar2 pun', kata hati saya.
Baiklah, saya belajar sekarang, jawab saya..

Assalaamu'alaikum wr. 



Peringatan pada diri: Jangan lengah-lengah. Masa tak akan menunggu kita. Sesungguhnya mereka yang tidak menggunakan masa untuk perkara yang bermanfaat atau ibadah adalah rugi. Na'udzubillah.
BELAJAR QUR, BELAJAR!

Tenang, Sabar dan Positif

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

Tahukah anda?
Tahu apa? hehe.

Tahukah anda bahawa dalam 24 jam hidupan harian kita,
20% dibentuk oleh perkara yang telah ditakdirkan olehNya untuk terjadi pada kita.
Baki 80% pula dibentuk/dipenuhi dengan reaksi kita terhadap takdir itu.

Contoh:
Katakan pagi itu anda hendak ke kelas.
Sebelum ke kelas, anda bersarapan terlebih dahulu (kerana sarapan itu penting ye.)
Anda pun meng'order' secawan kopi O (sebab nak tahan ngantuk dalam kelas.hehe) dan karipap seringgit.

comel. ^_^

Dengan cawan kopi di tangan kanan dan karipap di tangan kiri, anda pun jalan mencari tempat duduk kosong di cafe.

Namun dengan ketentuanNya, anda telah dilanggar oleh seorang hamba Allah yang mungkin masih mamai pagi-pagi tu...
atau mungkin dia sudah terlambat untuk ke kelas..
atau mungkin sambal nasi lemak yang dia makan tadi power sangat.. (macam2 possibility)
maka kopi O yang hitam dan pekat di tangan anda itu tertumpah pada baju atau tudung anda. Jeng jeng jeng...
(nasib baik karipap tu dalam plastik. kalau tak... sedih kempunan je.huhu)

Itu adalah takdirNya. 20% ye.
Reaksi 80% pula...

Reaksi 1:


Anda marah.Mengamuk.Bengang. (dan segala emosi yang sewaktu dengannya)
Baju atau tudung dah kotor ni... dah lah kopi tu panas. habis melecur.

Anda pun memarah, menengking, untuk yang ganas sikit,mencarut (tapi cubalah untuk jangan mencarut waktu marah tu.kawal ye... ^_^) dan untuk wanita pula, meleter.
Semua ini akan memakan masa. Selagi anda rasa tak puas, anda akan terus menerus memarahi dia, betul tak?
Tak elok menipu... hehe
Asyik sangat marah orang, anda tak sedar bahawa kelas anda akan mula tak lama lagi.

Maka dengan perasaan geram, anda pun pergi mencari bilik air untuk mencuci kesan kopi itu.
Tapi kerana anda sibuk memarahi hamba Allah tu tadi, kesan air tu dah kering dan semakin susah untuk dibersihkan. Aduh...kelas dah nak mula ni..

Dan atas sebab kemarahan anda juga, fikiran dan fokus anda tidak menentu..lalu bilik air yang anda selalu singgah tu pun anda tak jumpa. Serabut!

Buang masa kan?
Hati dan perasaan pun tak tenang.
Baju/tudung pun kotor.
Rasa-rasa, boleh ke fokus dalam kelas nanti?


Reaksi 2: 

Selepas terkejut dengan tumpahnya air kopi panas tu, anda relax.
'sabar...assobru minal iman..', kata anda dalam hati.

Anda lihat wajah hamba Allah tu dah pucat. Tapi dalam pucat-pucat tu, anda terlihat ada 'urgency' pada wajahnya. Maka anda pun berkata "Takpe,takpe...its ok." lalu melemparkan senyuman padanya. (saje nak kasi dia rasa bersalah.hehehe. takdelah.. senyuman ikhlas untuk memberitahu dia yg anda OK.)

Selepas saling maaf memaafkan (macam hari raya pula..tapi iyalah..maaf2 ni bukan untuk hari raya je...betul tak?) , anda pun terus mencari bilik air. Sempat anda mengelih pada jam di tangan, 'syukur alhamdulillah, masih ada masa lagi.'

Usai mencuci kesan kopi tu, anda pun duduk sekejap untuk menikmati keenakkan karipap tadi.
Alhamdulillah, sempat juga sarapan walaupun tercekik-cekik.hehe.

Tetapi anda pandang jam di tangan lagi, 'Eh, ada lagi 10 minit lah...'
Maka anda pun order secawan kopi O lagi.. (mesti nak kopi O juga.hehe)
Selepas itu anda pun terus ke kelas.

Dengan perut yang berisi, mata yang segar dek kopi, dan hati yang tenang kerana telah memaafkan hamba Allah tadi, tentunya anda akan berasa lebih senang untuk fokus di kelas, kan?

Maka oleh itu, hadapilah setiap takdirNya dengan sabar, tenang dan positif.
InsyaAllah anda tak akan rugi apa-apa dan hari anda akan dilalui dengan penuh keceriaan dan rasa syukur kepadaNya.

Mungkin agak payah pada awalnya. Tapi insyaAllah, lama-lama nanti akan jadi satu kebiasaan. :)
Jadi, mari pakat hadapi takdirNya dengan positif dan sabar! :D

Wallahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr wb.



Nota: info ini telah dikongsi oleh seorang ustaz (lupa pula nama dia) semasa Qur menghadiri satu talk Khamis tu.

Berita Terkini

Assalaamu'alaikum wr wb.
:)

Selamat pagi para pembaca (entah siapalah yang sudi baca blog ni..huhu).
Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang dilalui dengan tabah, tenang dan sabar insyaAllah.
Ingatlah Allah, nescaya Dia akan mengingatimu. :)

Sedar tak sedar, Qur sudah pun berada di penghujung semester pertama di sini.
Cepat sungguh masa berlalu... 2 minggu lagi, kelas akan tamat.
Dan tak lama selepas itu, musim peperiksaan akan bermula dan berterusan selama 2 minggu.
Ya Rabbi, bersediakan diri ini? Yassir li wa laa tu'assir li yaa arhama rahimin...

Hmm.
Tak banyak yang berlaku sejak kebelakangan ni...kecuali test, quiz, midterm dan assignment sahaja...hehe.

Tapi macam pelik pula kalau biarkan post hari ni tergantung kosong tanpa memberi apa-apa manfaat kepada pembaca...

Maka oleh itu, Qur ingin kongsi 7 amalan harian Rasulullah s.a.w. yang telah dikongsi oleh seorang kakak semasa halaqah minggu lepas. InsyaAllah, semoga dapat dijadikan amalan harian kita juga insyaAllah.

1. Solat Tahajjud
Kalau biasanya musim exam ni, kita akan tidur lewat untuk study, kali ni kita ubah pula.
Tidur awal, bangun awal, solat tahajjud, study, solat subuh (+amalan biasa) , sambung study.

InsyaAllah, biasanya bila kita study awal-awal pagi ni, ilmu cepat masuk. Lebih-lebih lagi bila diiringi dengan solat tahajjud. :)

2. Solat Duha
Satu ibadah yang mudah tapi jarang dilakukan...semoga dapat kita amalkan bersama insyaAllah..

3. Membaca dan tadabbur al-Quran
Membaca al Quran = baik.
Membaca maknanya dan memahami isinya = lebih baik.

4. Berwuduk
Kelmarin, ada seorang kawan Qur kata pada Qur,
"Hmm. Bila amek wuduk ni muka nampak lagi cantik kan? Tak payah nak pakai makeup semua..."
hehe.
Tapi memang benar kan?
Tapi janganlah sampai tersalah niat bila berwuduk tu. Berwuduk lillahi ta'aala insyaAllah. ;)

5. Berzikir
Dengan berzikir, hati akan lapang, fikiran akan tenang dan pahala pun akan bertambah insyaAllah.

Dari dengar lagu yang entah apa-apa masa waktu lapang tu, buka lah mp3 zikir (atau selawat pun ok juga). Tak melalaikan + dapat pahala + ketenangan dan ketenteraman hati dan jiwa.
Tak nak ke? hehe

6. Bersedekah
Kalau nampak mana-mana tabung tu, seluklah tangan dalam kocek, keluarkan dompet, ambillah syiling (kalau pitih pun ok je.hehe), dan bersedekahlah..

Kalau tak pun, kalau nampak kawan kita yang mungkin terlupa bawa duit, atau yang kering koceknya (atau orangnye.hehe), belanjalah dia... dikira sebagai sedekah juga tu insyaAllah...

Paling kurang pun, sedekahkanlah senyuman ... Sebaik-baiknya lelaki kepada lelaki, perempuan kepada perempuan ye... :)

7. Solat Subuh berjemaah
Amalan ini digalakkan untuk para muslimin sahaja. :)

Mulakan sikit-sikit dulu insyaAllah...
Amalan yang sedikit tapi berterusan itu lebih baik dari amalan yang banyak tapi terputus-putus.

Wallahua'laam.
Assalaamu'alaikum.



Nota:

pitih = duit kertas.

Wajah Berseri

Di kedai buku. Satu pertemuan antara dua orang sahabat lama.

Ana: Ayu! *tersenyum lebar*

Ayu: MasyaAllah, Ana! Lama sungguh tak bersua ya?

Ana: Iyalah Ayu..sejak masing-masing lanjutkan pelajaran ni, memang susah nak jumpa rakan-rakan semuanya... Awak sihat?

Ayu: Alhamdulillah.. Awak pula? Nampak wajah awak semakin berseri-seri ni... awak dah berpunya ke? hehe...

Ana: Hamdan lillah... ish, belum lagi lah... berseri-seri sebab jumpa awak agaknya. rindu!

Ayu: hehe..rindu juga! Tapi ... iyalah Ana, memang semakin berseri... Apa rahsia anda?

Ana: Yeke? Hmm... maksudnya, tak sia-sia lah saya amalkan amalan yang saya terbaca di artikel kelmarin..

Ayu: Amalan apa?

Ana: Saya terbaca satu artikel yang mengatakan, jika kita inginkan wajah yang berseri, kita harus mengamalkan sesuatu ni...

Ayu: Apa amalan itu Ana? Kongsilah dengan saya... *menarik-narik lengan baju Ana*

Ana: Saya akan kongsi..tapi sebelum tu, awak kene lepaskan lengan baju saya ni.hehe

Ayu: haha..ok. Dah lepaskan..- apa amalannya?

Ana: Artikel yang saya terbaca tu kata, kalau anda inginkan wajah yang berseri, perbanyakkanlah makan kuih seri muka.hehe


---------------------------------------------------------


Heehee.
Lama tak makan kuih tu.

Semoga terhibur di pagi hari ni insyaAllah.
Mulakanlah harimu dengan senyuman. :)

Assalaamu'alaikum wr.



Nota:
1.Kuih seri muka = Kuih putri salat.
2.tak.amalan tu lawak je. tapi kalau nak cuba juga, silakan... kot2 betul.hehe. :D

Risaunya kita...

بسم الله الرحمان الرحيم

Risaunya kita bila terlewat jumpa kawan,
Tapi kurang risau pula bila terlewat jumpa Allah.

Risaunya kita tentang pendapat orang terhadap kita,
Tapi kurang risau pula tentang pendapatNya.

Risaunya kita bila 'si dia' jauh di mata,
Tapi kurang risau pula bila Dia jauh di hati.

Risaunya kita akan kecantikan luaran,
Tapi kurang risau pula akan kecantikan dalaman.

Risaunya kita akan perkara-perkara duniawi,
Tapi kurang risau pula tentang hal berkaitan akhirat.



Na'udzubillah min dzalik.
Setiap manusia itu lemah dan sering terlupa.
Semoga Allah melindungi hati kita semua insyaAllah.
Wallahua'laam.