Berita Terkini

Assalaamu'alaikum wr wb.
:)

Selamat pagi para pembaca (entah siapalah yang sudi baca blog ni..huhu).
Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang dilalui dengan tabah, tenang dan sabar insyaAllah.
Ingatlah Allah, nescaya Dia akan mengingatimu. :)

Sedar tak sedar, Qur sudah pun berada di penghujung semester pertama di sini.
Cepat sungguh masa berlalu... 2 minggu lagi, kelas akan tamat.
Dan tak lama selepas itu, musim peperiksaan akan bermula dan berterusan selama 2 minggu.
Ya Rabbi, bersediakan diri ini? Yassir li wa laa tu'assir li yaa arhama rahimin...

Hmm.
Tak banyak yang berlaku sejak kebelakangan ni...kecuali test, quiz, midterm dan assignment sahaja...hehe.

Tapi macam pelik pula kalau biarkan post hari ni tergantung kosong tanpa memberi apa-apa manfaat kepada pembaca...

Maka oleh itu, Qur ingin kongsi 7 amalan harian Rasulullah s.a.w. yang telah dikongsi oleh seorang kakak semasa halaqah minggu lepas. InsyaAllah, semoga dapat dijadikan amalan harian kita juga insyaAllah.

1. Solat Tahajjud
Kalau biasanya musim exam ni, kita akan tidur lewat untuk study, kali ni kita ubah pula.
Tidur awal, bangun awal, solat tahajjud, study, solat subuh (+amalan biasa) , sambung study.

InsyaAllah, biasanya bila kita study awal-awal pagi ni, ilmu cepat masuk. Lebih-lebih lagi bila diiringi dengan solat tahajjud. :)

2. Solat Duha
Satu ibadah yang mudah tapi jarang dilakukan...semoga dapat kita amalkan bersama insyaAllah..

3. Membaca dan tadabbur al-Quran
Membaca al Quran = baik.
Membaca maknanya dan memahami isinya = lebih baik.

4. Berwuduk
Kelmarin, ada seorang kawan Qur kata pada Qur,
"Hmm. Bila amek wuduk ni muka nampak lagi cantik kan? Tak payah nak pakai makeup semua..."
hehe.
Tapi memang benar kan?
Tapi janganlah sampai tersalah niat bila berwuduk tu. Berwuduk lillahi ta'aala insyaAllah. ;)

5. Berzikir
Dengan berzikir, hati akan lapang, fikiran akan tenang dan pahala pun akan bertambah insyaAllah.

Dari dengar lagu yang entah apa-apa masa waktu lapang tu, buka lah mp3 zikir (atau selawat pun ok juga). Tak melalaikan + dapat pahala + ketenangan dan ketenteraman hati dan jiwa.
Tak nak ke? hehe

6. Bersedekah
Kalau nampak mana-mana tabung tu, seluklah tangan dalam kocek, keluarkan dompet, ambillah syiling (kalau pitih pun ok je.hehe), dan bersedekahlah..

Kalau tak pun, kalau nampak kawan kita yang mungkin terlupa bawa duit, atau yang kering koceknya (atau orangnye.hehe), belanjalah dia... dikira sebagai sedekah juga tu insyaAllah...

Paling kurang pun, sedekahkanlah senyuman ... Sebaik-baiknya lelaki kepada lelaki, perempuan kepada perempuan ye... :)

7. Solat Subuh berjemaah
Amalan ini digalakkan untuk para muslimin sahaja. :)

Mulakan sikit-sikit dulu insyaAllah...
Amalan yang sedikit tapi berterusan itu lebih baik dari amalan yang banyak tapi terputus-putus.

Wallahua'laam.
Assalaamu'alaikum.



Nota:

pitih = duit kertas.

No comments