Tenang, Sabar dan Positif

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

Tahukah anda?
Tahu apa? hehe.

Tahukah anda bahawa dalam 24 jam hidupan harian kita,
20% dibentuk oleh perkara yang telah ditakdirkan olehNya untuk terjadi pada kita.
Baki 80% pula dibentuk/dipenuhi dengan reaksi kita terhadap takdir itu.

Contoh:
Katakan pagi itu anda hendak ke kelas.
Sebelum ke kelas, anda bersarapan terlebih dahulu (kerana sarapan itu penting ye.)
Anda pun meng'order' secawan kopi O (sebab nak tahan ngantuk dalam kelas.hehe) dan karipap seringgit.

comel. ^_^

Dengan cawan kopi di tangan kanan dan karipap di tangan kiri, anda pun jalan mencari tempat duduk kosong di cafe.

Namun dengan ketentuanNya, anda telah dilanggar oleh seorang hamba Allah yang mungkin masih mamai pagi-pagi tu...
atau mungkin dia sudah terlambat untuk ke kelas..
atau mungkin sambal nasi lemak yang dia makan tadi power sangat.. (macam2 possibility)
maka kopi O yang hitam dan pekat di tangan anda itu tertumpah pada baju atau tudung anda. Jeng jeng jeng...
(nasib baik karipap tu dalam plastik. kalau tak... sedih kempunan je.huhu)

Itu adalah takdirNya. 20% ye.
Reaksi 80% pula...

Reaksi 1:


Anda marah.Mengamuk.Bengang. (dan segala emosi yang sewaktu dengannya)
Baju atau tudung dah kotor ni... dah lah kopi tu panas. habis melecur.

Anda pun memarah, menengking, untuk yang ganas sikit,mencarut (tapi cubalah untuk jangan mencarut waktu marah tu.kawal ye... ^_^) dan untuk wanita pula, meleter.
Semua ini akan memakan masa. Selagi anda rasa tak puas, anda akan terus menerus memarahi dia, betul tak?
Tak elok menipu... hehe
Asyik sangat marah orang, anda tak sedar bahawa kelas anda akan mula tak lama lagi.

Maka dengan perasaan geram, anda pun pergi mencari bilik air untuk mencuci kesan kopi itu.
Tapi kerana anda sibuk memarahi hamba Allah tu tadi, kesan air tu dah kering dan semakin susah untuk dibersihkan. Aduh...kelas dah nak mula ni..

Dan atas sebab kemarahan anda juga, fikiran dan fokus anda tidak menentu..lalu bilik air yang anda selalu singgah tu pun anda tak jumpa. Serabut!

Buang masa kan?
Hati dan perasaan pun tak tenang.
Baju/tudung pun kotor.
Rasa-rasa, boleh ke fokus dalam kelas nanti?


Reaksi 2: 

Selepas terkejut dengan tumpahnya air kopi panas tu, anda relax.
'sabar...assobru minal iman..', kata anda dalam hati.

Anda lihat wajah hamba Allah tu dah pucat. Tapi dalam pucat-pucat tu, anda terlihat ada 'urgency' pada wajahnya. Maka anda pun berkata "Takpe,takpe...its ok." lalu melemparkan senyuman padanya. (saje nak kasi dia rasa bersalah.hehehe. takdelah.. senyuman ikhlas untuk memberitahu dia yg anda OK.)

Selepas saling maaf memaafkan (macam hari raya pula..tapi iyalah..maaf2 ni bukan untuk hari raya je...betul tak?) , anda pun terus mencari bilik air. Sempat anda mengelih pada jam di tangan, 'syukur alhamdulillah, masih ada masa lagi.'

Usai mencuci kesan kopi tu, anda pun duduk sekejap untuk menikmati keenakkan karipap tadi.
Alhamdulillah, sempat juga sarapan walaupun tercekik-cekik.hehe.

Tetapi anda pandang jam di tangan lagi, 'Eh, ada lagi 10 minit lah...'
Maka anda pun order secawan kopi O lagi.. (mesti nak kopi O juga.hehe)
Selepas itu anda pun terus ke kelas.

Dengan perut yang berisi, mata yang segar dek kopi, dan hati yang tenang kerana telah memaafkan hamba Allah tadi, tentunya anda akan berasa lebih senang untuk fokus di kelas, kan?

Maka oleh itu, hadapilah setiap takdirNya dengan sabar, tenang dan positif.
InsyaAllah anda tak akan rugi apa-apa dan hari anda akan dilalui dengan penuh keceriaan dan rasa syukur kepadaNya.

Mungkin agak payah pada awalnya. Tapi insyaAllah, lama-lama nanti akan jadi satu kebiasaan. :)
Jadi, mari pakat hadapi takdirNya dengan positif dan sabar! :D

Wallahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr wb.



Nota: info ini telah dikongsi oleh seorang ustaz (lupa pula nama dia) semasa Qur menghadiri satu talk Khamis tu.

2 comments

  1. Manusia ada 3 jenis:

    1)Orang Nafsu: Kalau ayam dia kena curi, dia jumpa pencuri dan pukul sampai puas, kemudian minta balik ayamnya.

    2)Orang Akal: Kalau ayam dia kena curi, dia jumpa pencuri dan hanya meminta ayamnya semula tanpa memukul pencuri itu.

    3)Orang Ruh: Kalau ayam dia kena curi, dia jumpa pencuri dan memberi seekor kambing kepada pencuri tersebut.

    cubalah tuk jd manusia jenis ketiga..InsyaAllah,itu yg Allah pndang.

    wallahua'lam.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. Assalaamu'alaikum.

    InsyaAllah..
    jazaakAllah atas perkongsian ni.
    :)

    ReplyDelete