'Eid Adha

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

Alhamdulillah, selesai sudah finals Qur untuk sem pertama tahun ni. Dan syukur Alhamdulillah Qur berpeluang untuk pulang ke tanahair, ke pangkuan keluarga, dan dalam keadaan yang sihat dan baik-baik belaka...

Taqlid.
Dalam bahasa Inggeris, taqlid membawa maksud blind follow. Dalam kata lain, kita membuat sesuatu dengan membuta..tanpa usul periksa atau soal siasat. (macam detective pula main soal siasat.hehe.) Islam sangat tidak menggalakkan taqlid ini kerana Al Quran sendiri sangat mementingkan 'Ilm yaqeen, yakni ilmu yang pasti kebenarannya.

Which is why rasanya, pengertian disebalik satu amalan tu sangat penting. Kalau kita lakukan sesuatu perkara tu, kita harus tau erti disebalik perkara itu.. Sekarang ni, kita sudah pun mempunyai kemudahan yang lebih : internet. Kalau semasa sekolah rendah dahulu 'Teman Setia Anda' merupakan satu buku kecik berwarna hijau, sekarang ni 'Teman Setia Anda' adalah satu laman yang bernama : Encik Google.
Tanya je dia...mesti dia jawab. :)

Ilmu sudah tersedia. Maka carilah ilmu itu.
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang berilmu (dari kalangan kamu) beberapa darjat". (58:11)

'Eidul Adha.
Terdapat perkataan 'Eid pada istilah di atas tu. Perayaan. Sesuatu yang memeriahkan.
Namun dari apa yang Qur lihat, kemeriahan 'Eidul Adha tahun ni sekadar limited pada ucapan-ucapan (baik di FB, via SMS atau di mulut), sesi korban, takbir dan sesi memasak juadah raya. Itu pun nampak kurang meriahnya kalau dibandingkan dengan 'Eidul Fitri. Adakah mungkin kerana kita tidak faham erti 'Eidul Adha? Perlukan sambutan 'Eidul Adha semeriah 'Eidul Fitri?

Haa.. mari kita tanya Encik Google.
Encik Google kata, suruh tengok link ni. Meh Qur kongsi sedikit apa yang terdapat di link tu:-

Dua perayaan untuk kita rayakan ada disebut dlm hadith yg maksudnya:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (daripada Mekkah selepas hijrah) telah sampai ke Madinah dan bagi mereka (penduduk Madinah) ada dua hari untuk berpesta menyambutnya (iaitu hari Nairuz dan Mehrajan).
Lalu Baginda bertanya: “Apakah yang berlaku pada dua hari tersebut?”
Mereka menjawab: “Kami berpesta pada dua hari tersebut di zaman Jahiliyah.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menukarkan kepada kamu dua hari tersebut kepada hari yang lebih baik iaitu hari raya adha dan hari raya fitrah.” (Hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i e)
Daripada hadis di atas jelaslah bahawa hari kebesaran dan hari perayaan Islam itu ialah hari raya adha dan hari raya fitrah.
Tapi di negara Malaysia kita ni (ehem.sini pun sama...) , sambutan Aidilfitri lebih meriah drp Aidiladha kecuali di beberapa negeri. Dah sekian lama camni..persoalannya boleh tak kalau kita nak rayakan Aidiladha semeriah Aidilfitri? Tentu saja boleh..cuma takde sape yg start nak memeriahkan kecuali negeri2 macam Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

Hmm.. See..
Mungkin kita masih belum benar-benar faham erti sambutan 'Eidul Adha ni...
Pernah Qur post tentang ni di blog ni. Kalau rajin, boleh baca di sini. Ini sedikit petikan dari post tersebut:-

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan."(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.
Ibadat korban mencerminkan dua perkara.
Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat.
Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi timbul pula soalan: adakah 'Eidul Adha sekadar korban sahaja?

Apakah erti pengorbanan yang sebenar pernah anda lakukan? 
Adakah seperti Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s? 
Cuba kita muhasabah diri dimanakah lambang ketaatan kita? Kami Bukan Nabi Dan Rasul.. Ya.. Memang benar.. Bukan Nabi apatah lagi Rasul, salahkah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa mereka?
Sejauh mana taatnya kita pada perintah Allah ? Adakah kita sudah berjaya menggalas tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini?
(source)

MasyaAllah... sudahkah kita?
Sudahkan saya? Mari muhasabah seketika...
*muhasabah... minum air.... kunyah roti sikit...*
Ok dah. hehe.

Kalau kita mampu korbankan duit untuk kemudahan harian..
kalau kita mampu korbankan masa untuk belajar...
kalau kita mampu korbankan tenaga untuk bekerja...
mengapa tidak kerana Allah?

Korbankan harta keranaNya...
korbankan masa untuk menyampaikan ajaran agamaNya...
korbankan tenaga demi mendapat redhaNya...

Sudahkan kita korbankan nikmat-nikmat yang diberi untuk Nya?
Jika ya, cukup kah?
Rasanya tak mungkin akan cukup... tapi apa salahnya jika kita lakukan yang terbaik, kan?
Selagi ada kesihatan...
Selagi ada kemampuan...
Selagi ada nyawa...

InsyaAllah...
Semoga 'Eidul Adha tahun ini lebih bermakna dan semoga amalan-amalan kita diterima dan ikhlas keranaNya..ameen.

Sesungguhnya Qur hanya seorang pelajar yang teramat cetek ilmunya. Apa yang ditulis hanya sekadar perkongsian ilmu yang telah Qur jumpa biiznillah sebagai peringatan terutamanya pada diri Qur sendiri. Pastinya mungkin ada kesilapan dan kekurangan pada post ni. Maka sesiapa yang ternampak atau tahu kesilapan/kekuranagn itu, harap betulkan dan tambahkan insyaAllah. :)

Wa akheerul kalaam, 'Eid Adha al Mubarak ilaikum. Kullu 'aam wa antum bikhair insyaAllah.
Assalaamu'alaikum warahmatullah.


PS: Kemeriahan yang dimaksudkan adalah kemeriahan yg mengikut hukum syara'. Bukan meriah suka-suka sampai lupa akhirat ye.. :)

2 comments

  1. Salam,
    i have to say, this is such a brilliant post. Thank you for sharing with such sincerity on this beautiful eid. Thank you also for sharing your finds. JazzakAllahkhairan sister. :)

    ReplyDelete
  2. W'km salaam wr.
    Alhamdulillah... Wa iyyak sister. :)

    ReplyDelete