Tersenyumlah...

بسم الله الرحمن الرحيم 


Tersenyumlah
pabila menghadapi kesusahan.
Kerana itu adalah ujian dari Tuhan
Satu peluang untuk mempertingkatkan iman
dan beroleh kesabaran.

Tersenyumlah
jika ada yang mencaci
Gunakan ia sebagai muhasabah diri
kerana dari kesilapan kita tak mungkin lari
namun kesilapan itu mampu kita perbaiki.

Tersenyumlah
tatkala ditimpa musibah
Memang ianya agak susah
namun sepenuh hati percayalah
usai musibah akan datang berita gembira
itulah janji Tuhan kepada kita.

Tersenyumlah
Kerana senyuman mampu mengubah persepsi kita*
Senyuman mampu menyirnakan rasa gelisah.
Sedangkan ribut taufan pun akan reda akhirnya
diganti pula dengan pelangi nan indah di mata.

Tersenyum dan bersabarlah,
Bertenang dan berdoalah,
Semoga kita akan berjaya di dunia
dan di akhirat juga,
InsyaAllah.

Amin.


comel je kucing ni. ^_^

*menurut salah satu teori psikologi, ekspresi wajah mampu mengubah cara kita menafsirkan sesuatu keadaan.
Contoh, bila ada yang memarahi kita, dan kita tersenyum, kita tak akan terasa atau berduka..sebaliknya kita akan berasa tenang.
Kalau nak try boleh cuba. Kalau nak cuba boleh try. hehe


Wallahua'laam.
Assalaamu'alaikum

3 comments

  1. klu senyum masa org tgh mrh, agak2 mkn pelempang kot..hehe..kesian,niat baik,tp dpt kesan buruk...bgus laa sajak atas tu,insyaAllah same2 praktik kan..

    ReplyDelete
  2. Terkadang baik kita tersenyum walau marah meraja diri, biar diri dipersenda usag dilayan perasaan, dicaci mungkin dari sifat dengki sesam manusia atau mungkin atas keterlanjuran silap sendiri.
    Maka alangkah elok jika kita tidak terlalu melayan perasaan, ingatlah kesabaran dan kebaikan itu mengatasi segalanya.
    Andai tiada lagi tempat ingin meluahkan usah takut yakin DIA tetap setia percayalah hanya DIA

    ReplyDelete
  3. Assalaamu'alaikum Zanna.
    Betul tu, jangan terlalu ikut perasaan kerana ia mungkin influenced oleh syaitan. Yakinlah yang Allah tetap bersama hamba2Nya yg mengingatiNya insyaAllah.

    Wallahua'lam. :)

    ReplyDelete