Adik Adikku...

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

Awal Muharram akan tiba tak lama lagi. Semoga kita mampu berhijrah untuk menjadi hambaNya yang lebih baik insyaAllah. 
Tahun baru juga bermakna usia kita akan naik satu angka.. 
Untuk Qur pula, ia bermakna bab remaja dalam novel kehidupan Qur bakal tamat.. 
Akan bermula pula satu babak baru iaitu babak awal puluhan.. masyaAllah.. dua puluh tahun..2 dekad..

Terasa diri ni tua dah.. eh, tak. Bukan tua... tapi dewasa...hehe.

Maka oleh itu, kak Qur (cewah.hehehe) ada beberapa peringatan untuk adik-adik, baik yang akak kenali atau belum kenal lagi.
Peringatan ini berdasarkan apa yang telah akak lihat dan lalui (1st hand / 2nd hand experience) sepanjang (atau sependek) usia remaja belasan tahun akak.
Peringatan yang terutamanya untuk diri akak, khususnya kepada adik-adik (supaya belajar dari kesilapan kami i.e. kakak2 dan abang2 anda.) dan juga buat sesiapa yang membaca insyaAllah.



Adik adikku,
Usia muda adalah satu permulaan.
Di sini bermulanya satu perjuangan,
satu perjuangan di dunia sebagai insan
yang tak akan terlepas dari pelbagai cabaran.

Adik adikku,
masalah yang dihadapi bukanlah penamat dunia.
hadapilah ia dengan sabar dan tabah.
ujian itu adalah tanda sayangNya pada kita,
dengan menghadapinya kita mampu menjadi lebih baik dari sebelumnya.


Adik adikku,
tali silaturrahim janganlah diputuskan.
bukankah semua mu'min itu bersaudara?
berbaik sangka dan murahkanlah senyuman,
jika ada yang tersalah, maafkanlah dia.


Adik adikku,
janganlah dikau bermain cinta
cinta yang masih tak tentu lagi halalnya.
cinta yang masih tak pasti adalah keranaNya.
cinta yang indah hanya untuk sementara.
Kerana sekarang ini bukanlah masanya.
Percayalah... Kesilapan kami jangan diulangi.
Jagalah diri dan peliharalah hati,
nescaya satu hari nanti kau akan temui
cinta hakiki yang kekal abadi. 


Adik adikku,
ku akui diriku tidak terlalu berusia,
diriku sendiri masih berdarah muda.
ku sendiri masih melayari gelombang kehidupan,
ku sendiri masih mencari ilmu dan juga pengalaman.

Adik adikku,
kerana sayang ku menasihati,
kerana cinta ku menperingati.
Peringatan yang ditujukan juga untuk diri ini.
Semoga istiqamah bersama tuk mendapat redha Ilahi.
Berjuanglah,semoga kita bertemu nanti
di taman nan indah di Syurga Firdausi.

InsyaAllah,amin ya rabbal 'alamin.

Wallahua'laam.
Assalaamu'alaikum warahmatullah.

No comments