Bersujudlah...

بسم الله الرحمن الرحيم



Pabila sudah tercapai keinginan,
cita-cita kesampaian,
impian jadi kenyataan,
hati berbunga bak taman,
bersujudlah...

Di saat air mata jatuh berderaian,
hati remuk kehancuran,
terasa diri dalam kegelapan,
bila rasa diri memang tak tahan,
bersujudlah...

Di kala hati dan jiwa kekosongan,
pabila terasa diri dalam kegelapan,
dan hidup bagai tiada arah tujuan,
bersujudlah...

Tatkala terasa diri panas membara,
kerap mendengar bisikan untuk terus menyinga,
hati terasa panas tak terhingga,
pabila tak mampu untuk mengawal kata-kata,
bersujudlah...


Pokoknya, sentiasalah mengingatiNya di setiap ketika..
di waktu senang mahupun susah, insyaAllah.


Peringatan untuk diri Qur yang lemah ni, dan kepada sesiapa yang membaca insyaAllah.

Wallahua'laam
Assalaamu'alaikum

Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Wr Wb.



Terkadang kerana pengalaman,
kita anggap diri kita lebih berilmu.
Apakah kita lupa
ilmu ini milik Allah yang Satu?

Ilmu terlalu luas,
lebih luas dari lautan..
Apa yang kita miliki..
hanya sebutir pasir kalau nak dibandingkan.

Jangan kerana ilmu 
kita bermusuh sesama kita.
Jangan kerana ilmu
kita anggap diri lebih baik dari semua.

Semakin banyak ilmu,
semakin merendah diri.
Ibarat padi ditiup bayu,
semakin berisi semakin dekat ke bumi.



Kongsilah ilmu,
yang bermanfaat kepada semua.
Kongsilah ilmu,
demi agama kita.

InsyaAllah...



Wallahua'laam.
Peringatan terutamanya untuk diri ini dan para pembaca juga insyaAllah...

Assalaamu'alaikum.