Selamat Hari Jadi

بسم الله الرحمن الرحيم 



Pak Atan pergi ke sawah,
Cik Zara pergi mengaji.
Kepada seorang insan yang istimewa,
seorang yang sentiasa dekat di hati..

Semoga sentiasa dilindungiNya,
semoga sentiasa diberkati.
Padamu ku ucapkan sebaris kata,
'Sanah helwah yaa ummi' 

♥♥♥



PS: tak ada gambar edit2 sebab program tak ada..huhu. Nanti kalau ada program tu balik akak buat.hehehe 

Rindu, kasih, cinta...

بسم الله الرحمن الرحيم 

Rindu
ku terasa di saat mendengar ayat suciMu,
di saat ku terdengar mereka memujiMu,
di saat mereka melaungkan takbir yang mengagungkan Mu...
Oh mengapakah selama ini hatiku membeku?
mengapakah ia sering melupakanMu?
Ampunkan daku ya Tuhanku...
Janganlah Dikau jauhkan diriku dariMu...





Kasih
lafaz kata mudah saja terluah
lidah senang saja untuk bermadah
namun jasadku sering tertawa...
apalah kata-katamu jika kau tidak mengamalkannya?
hadith dan sunnah pernah ku baca...

namun banyak manakah telah ku terapkan pada diri?
berapa banyak amalan Rasul yang ku lakukan dalam sehari?
andai aku berpeluang untuk bertemu dengan Nabi,
apakah dia akan mengaku diriku sebagai pengikut yang sejati?
apakah layak diriku untuk digelar sebagai kekasih?



Cinta
pada dunia sering menghampakan
cinta dunia sering berakhir dengan tangisan
hati kan terasa remuk kehancuran
akibat taksub dengan cinta mainan.
Cintakan redhaMu itu yang ku dambakan...

kan ku cuba tuk mengharungi hidupku dengan ketaqwaan,
laranganMu kan ku usaha untuk tinggalkan,
suruhanMu kan ku cuba untuk jayakan
namun diriku yang lemah ini perlukan dorongan
bimbinglah daku ke jalanMu oh Tuhan...

insyaAllah, amin ya rabbal 'alamin...


Harapan ku supaya sentiasa merasa cinta, kasih dan rindu kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. 
Harapan ku, agar diri yang lemah ini tak mudah terleka dan terpedaya dengan cinta dunia.
insyaAllah...

Renungan bersama...

Assalaamu'alaikum.

Takde Yang Susah Sebenarnya

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.


"Xde yg susah sbenarnya dlm dunia ni...", kata seorang kawan Qur.
Ayat ringkas berbentuk tazkirah dan renungan itu agak payah untuk Qur terima pada awalnya.
Mana mungkin takde yang susah? Semuanya susah..sebab tu kita kene usaha... - kan?

Kalau kita berusaha untuk lakukan perkara yang susah itu, dan usai usaha itu kita mampu untuk melakukannya, kiranya tak lah susah pun perkara tu kan?

Qur ingat lagi zaman kecik-kecik dulu..
Waktu baru belajar makan menggunakan tangan sendiri (sebelum ni makan guna tangan mak je. hehe).
Qur lihat orang lain makan senang je...
Qur pula, susah rasanya nak lembutkan jari jemari tu untuk menyuapkan makanan ke mulut..
Ambil nasi segenggam, yang berjaya disuap hanya secubit.. sebab yang lain jatuh bertaburan di pinggan...
atau di lantai..hehe..Takpe..zaman kecik-kecik..dimaafkan...

Masa tu Qur fikir, ya Allah, susahnya!!!
Tapi, macam orang selalu kata, usaha itu escalator kejayaan.
Lalu, dengan usaha yang istiqamah, Qur berjaya untuk makan seperti manusia biasa.. Alhamdulillah.. :)

Contoh kedua- basikal dua roda.
Rasanya, ramai yang mengalami pengalaman yang sama kan? Susah benar rasanya nak naik basikal dua roda ni...
Susah nak seimbangkan...
Susah nak kawal...
Susah! Susah! Susah!

Rasanya, kalau kita kerap mengungkapkan perkataan 'susah' itu, adakah ia akan membantu?
Tak kan?

Waktu tu, Qur kata pada diri Qur, kalau abang boleh, Qur pun boleh!
Maka, dengan semangat yang membara itu, Qur teruskan usaha dan tak lama kemudian, Qur sudah mampu merempit di taman kawasan perumahan Qur.. Bawa basikal macam bawa superbike... kalau bawa superbike macam mana agaknya... hehe

Pokoknya, apa yang ingin Qur kongsi ialah, kalau kita belum belajar, belum reti dan belum cuba sesuatu perkara itu, memang kita akan berpendapat bahawa ianya susah. Di kala itu, ingatlah kalam Allah,


(2:286) "...لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. :)


Maka ubah lah pemikiran itu..
Ingatlah, tak ada yang susah.. cuma kita belum pandai lagi. Tu je.
Maklumlah...kita ni manusia yang kurang ilmunya. Ilmu pula luas namun ia sudah tersedia. Terpulang pada kita nak cari atau tidak.

Dan di sinilah datangnya usaha kerana apalah ilmu jika kita tidak mengamalkannya. Maka, bila ilmu sudah ditemui, berusahalah untuk mengamalkannya, insyaAllah.

Cuba tanya rakan atau sesiapa pun yang kita lihat mahir/pakar/pandai/berjaya dalam sesuatu yang kita rasa susah.. Pastinya ada cerita atau kisah usahanya di sebalik kejayaan itu...
Semua orang berusaha.. cuma tahap usaha itu je yang berbeza.

Maka, usahalah bersungguh-sungguh kalau benar-benar ingin berjaya.
Sambilan itu, doalah kepadaNya untuk memberi kita kesabaran dan ketabahan hati..
InsyaAllah, kita akan mampu lakukan perkara itu.
Yakinlah! :)


Peringatan dan motivasi terutamanya untuk diri Qur, dan sesiapa yang sudi baca blog yang tak seberapa ni insyaAllah. Semoga bermanfaat..


Terima kasih daun pudina...eh silap, daun keladi...kepada kawan yang berikan kata-kata motivasi tu. Baarakallahu fiik. :)

Wallahua'laam
Assalaamu'alaikum.

Perjuangan akan diteruskan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

Awwalan, Qur ingin mengucapkan terima kasih banyak banyak kepada pembaca setia blog ni... Maaf sebab lama tak update panjang-panjang..

Sejujurnya, ada beberapa perkara yang ingin Qur kongsi dengan semua, tetapi apakan daya..Buat masa ni , Qur ingin berehat sebentar dari blogging...

si pejuang ingin mencari ketenangan
dalam sebuah pertarungan
yang tidak kelihatan
oleh mata kasar insan..
hehe

Sebagai penutup post yang ringkas ini, Qur nak kongsi sikit beberapa gambar (lama rasanya tak post gambar kan?hehe) yang telah dipetik semasa Qur sekeluarga balik kampung semalam :)

Merayau2 belakang rumah, terjumpa pula anak kucing yg comel. ^_^


Eh,ada lagi dua ekor pula.
Dia tak pandang camera pula..malu2 kucing agaknye..hehe



Nampak ripple dalam air tu? Tu ada buaya nak keluar.

Menikmati suasana kampung


Pembuli kelapa.
 ♥


Jatuh atau breakdance?

Gambar lampu pun nak amik...hehe
Tu je.
Assalaamu'alaikum.