Siapalah Diriku Ini...

بسم الله الرحمن الرحيم 


Siapalah hamba ini
tanpaMu ya Rabbi..
Diriku ibarat boneka
yang tiada bateri.

Ke mana lah diri ini
tanpa doronganMu Ilahi..
ibarat sampan hanyut
dibawa arus duniawi.

Apa yang ada pada diri
adalah atas izinNya..
jika Dia tidak memberi,
ni'mat ini tak mungkin ada.

Apalah hidup ini
tanpa redhaNya..
tiada rasa puas di hati
dan semuanya serba tak kena.

Tanpa cintaMu ya Allah,
hidup ini tidak bererti.
TanpaMu ya Tuhan,
siapalah diriku ini...


Wahai wanita...

بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai wanita,
dirimu teramat berharga
dirimu adalah perhiasan di dunia
dan ketahuilah perhiasan terindah adalah dirimu yang solehah.

Wahai wanita,
sedarlah bahawa lelaki itu
adalah umpama cabaran untukmu.
Ujian yang telah diberi oleh Rabbmu
untuk menguji tahap keimananmu..
menguji setiap kata janji mu..
menguji cintamu kepada Tuhanmu.

Wahai wanita,
sedarlah hatimu awal sekali adalah milikNya...
Jika hadir cinta kepada selain Dia,
pastikan ia tetap adalah keranaNya.
Bermuhasabahlah wahai wanita,
banyakkan muhasabah setiap masa..
agar dikau tidak dipermainkan syaitan yang durjana.
Semoga hatimu sentiasa dekat denganNya.

amin.

*Peringatan terutamanya untuk diri yang lemah ini dan sesiapa yang sudi membaca, baik lelaki ataupun wanita, insyaAllah.