Pergilah oh Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.



I know it took me a long time to reply to this (sorry sis Fadhilah! hee).. I actually didn't know if its better to answer this is Malay or English.heeh. Jadi Qur guna dua2 lah ye? ^_^

Awal sekali, nasihat/peringatan di bawah ini adalah untuk diri Qur sendiri dan seterusnya untuk sesiapa yang membaca insyaAllah. 

Qur setuju dengan penyataan kak Fadhilah. Sewaktu di UIA, memang agak mudah untuk Qursiah (dan sesiapa pun rasanya) untuk kawal dan jauhkan diri dari perkara-perkara duniawi. Bila difikirkan, mungkin sebab kita tak ada masa untuk perkara-perkara sedemikian.

Our time is usually filled with classes, assignments, meetings, seminars, forums, debates, halaqah, revisions, study groups, and the like. So perhaps, keeping ourselves busy is one way to refrain ourselves from doing too much duniawi things. But just be sure that we're busy with non-duniawi things- or else there's really no point refraining is there?

Tapi kalau orang tu tak banyak kelas atau tak terlibat dalam aktiviti pula macam mana? Well, I was one such person. And i'm not really sure how i managed...maybe sebab tak kuasa kot. hehe

Tapi kalau nak minta nasihat, mungkin perkara pertama yang boleh kita lakukan adalah untuk mengingat Allah.
Tanya pada diri, apakah purpose kita diciptakan di dunia ini? Adakah ia untuk kita bersuka ria? Berleka? Membuang masa?

Lepas tu ingatkan diri akan kematian. Kematian akan datang bila-bila masa sahaja...mungkin lepas habis baca post ni, malaikat Izrail pun datang cabut nyawa kita (Allahua'laam). Bersediakah kita? Cukupkah bekalan amalan kita? Sudahkah kita bertaubat atas dosa-dosa silam kita?

Allah...bila tulis ni, rasa terkesan pada diri.. *muhasabah diri seketika* 
Ingatlah yang syaitan sentiasa bersedia untuk melekakan kita dengan dunia...
TV, internet, orang, shopping, gaming, makan...

Maka mohonlah perlindungan dari Allah..minta jauhkan dan lindungkan kita dari perkara-perkara dan cinta duniawi yang melalaikan.. Sambil itu, sentiasalah berusaha sendiri.

Kalau biasanya dalam satu hari kita tonton TV dari pagi terus ke petang, hadkan lah masa itu. Hadkan masa dalam perkara-perkara duniawi yang melalaikan dan isilah masa dengan amal ibadah dan perkara-perkara yang bermanfaat.

Satu lagi..rajinkan diri untuk membaca sejarah Islam...lihatlah bagaimana Rasulullah, para sahabah, para pejuang Islam dan para wali menjaga diri dari perkara duniawi... Bila baca cerita-cerita sedemikian, insyaAllah, kita akan ter-influenced dengan cara hidup mereka dan insyaAllah, dengan izinNya, kita pun akan mampu untuk lakukan yang sama, walaupun sedikit.

Antara buku yang Qur baca dan ingin sarankan adalah dua buku ini:



Semoga bermanfaat insyaAllah.

Qur tahu nasihat ini tak seberapa tapi Qur harap ia dapat memberi manfaat walaupun sedikit.
Dalam Al-Quran sendiri terdapat banyak peringatan dan nasihat untuk kita semua...jadi, rajin-rajinlah membaca insyaAllah.. (peringatan untuk Qur juga)
Selamat beramal, selamat berjihad, dan selamat hari raya (eh, raya jauh lagi.hehe).

Assalaamu'alaikum.

*last2 guna b.Melayu juga nampaknya..hehe

Satu Masa Dahulu...

بسم الله الرحمن الرحيم 

Satu masa dahulu,
mereka sungguh sopan dan ayu.
Berbaju kurung-tradisi melayu,
langkah kecil, tertunduk malu.

Satu masa selepasnya,
globalisasi telah bermula.
Adat dari pelbagai negara
mula diperkenalkan kepada semua.

Dari celana yang labuh sempurna,
kepada yang ketat lagi bergaya.
Kain yang dahulu menutup auratnya,
kini hanya membungkusnya sahaja.

Ramai yang berlumba-lumba
untuk tampak lebih bergaya.
Semua seakan terlupa
akan peringatan Quran dan sunnah.

Yang labuh dikatakan tua,
yang ketat dikatakan muda.
Jangan biarkan fesyen belaka
take control of hidup kita.

Utamakanlah agama 
sebelum adat dan gaya.
Utamakanlah pandanganNya
sebelum pandangan manusia.

InsyaAllah.



panduan pakaian muslimah yang sempurna
Assalaamu'alaikum.

Kisah Nasi Goreng

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

Ahmad, Ali dan Abu bersarapankan nasi goreng sedulang.
Mereka memang suka makan bersama..mengeratkan silaturrahim kata orang.

gambar sekadar hiasan
Usai membaca basmalah dan doa makan, Ahmad terus menyuapkan nasi ke mulutnya untuk mengisi perut yang kosong sejak malam semalamannya.

"Uish..masin pula nasi ni..mujurlah perut ni tengah kosong..." Dia meneruskan suapannya.
"Masin ke? Macam tawar je..." kata Ali. "Betul ke masin?"
"Entahlah...cuba tanya Abu."

Mereka menoleh ke arah Abu yang sedang meneguk air. Mata dan hidungnya berair...
"Haha, pedas ke Abu?" geli hati Ahmad melihat gelagat rakannya itu. Dia tahu Abu tidak tahan pedas.
"Pedas pedas...tapi sedaaaaaaap..." sengih Abu sambil menyuapkan lagi nasi goreng itu.

Akhirnya dulang itu pun licin dan tiga kawan itu pun mengucapkan syukur kepada Allah atas rezki yang telah diberi.

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, walaupun Ahmad, Ali dan Abu mempunyai pendapat yang berbeza tentang rasa nasi goreng tu, akhirnya nasi tu habis juga...perut pun berisi.

Cuba bayangkan kalau mereka berkelahi..sibuk bergaduh sama ada nasi itu sebenarnya masin, tawar atau pedas.
Kemungkinan ada yang hilang selera...
Kemungkinan ada yang merajuk tak nak makan..
Kemungkinan juga ada yang naik angin dan terus membuang nasi itu (manalah tau..hehe).

Maka oleh itu, terimalah bahawa lain orang, lain pendapatnya...
Andai pendapatnya itu berbeza atas sebab kekurangan ilmu, beritahulah dia.
Andai pendapatnya berbeza atas sebab kelebihan ilmu, mintalah diajarkan.
Namun akhirnya, berdoalah supaya Allah sentiasa mendorong hati dan diri kita semua ke jalan yang diredhaiNya, insyaAllah.

Kalau asyik sangat bergaduh dan berhujah, ke manalah kita...
Bukankah Allah telah berfirman,
(Ali 'Imran: 103) "...واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah...

Peringatan buat diri ini, dan sesiapa yang membaca insyaAllah...
Andai ada silap, harap tegur dan betulkan..sesungguhnya diri ini masih kurang sangat ilmu.
Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Remarks: Lapar pula tulis tentang makanan pagi-pagi ni... Jom sarapan nasi goreng! hehe ^_^