Kisah Nasi Goreng

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

Ahmad, Ali dan Abu bersarapankan nasi goreng sedulang.
Mereka memang suka makan bersama..mengeratkan silaturrahim kata orang.

gambar sekadar hiasan
Usai membaca basmalah dan doa makan, Ahmad terus menyuapkan nasi ke mulutnya untuk mengisi perut yang kosong sejak malam semalamannya.

"Uish..masin pula nasi ni..mujurlah perut ni tengah kosong..." Dia meneruskan suapannya.
"Masin ke? Macam tawar je..." kata Ali. "Betul ke masin?"
"Entahlah...cuba tanya Abu."

Mereka menoleh ke arah Abu yang sedang meneguk air. Mata dan hidungnya berair...
"Haha, pedas ke Abu?" geli hati Ahmad melihat gelagat rakannya itu. Dia tahu Abu tidak tahan pedas.
"Pedas pedas...tapi sedaaaaaaap..." sengih Abu sambil menyuapkan lagi nasi goreng itu.

Akhirnya dulang itu pun licin dan tiga kawan itu pun mengucapkan syukur kepada Allah atas rezki yang telah diberi.

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, walaupun Ahmad, Ali dan Abu mempunyai pendapat yang berbeza tentang rasa nasi goreng tu, akhirnya nasi tu habis juga...perut pun berisi.

Cuba bayangkan kalau mereka berkelahi..sibuk bergaduh sama ada nasi itu sebenarnya masin, tawar atau pedas.
Kemungkinan ada yang hilang selera...
Kemungkinan ada yang merajuk tak nak makan..
Kemungkinan juga ada yang naik angin dan terus membuang nasi itu (manalah tau..hehe).

Maka oleh itu, terimalah bahawa lain orang, lain pendapatnya...
Andai pendapatnya itu berbeza atas sebab kekurangan ilmu, beritahulah dia.
Andai pendapatnya berbeza atas sebab kelebihan ilmu, mintalah diajarkan.
Namun akhirnya, berdoalah supaya Allah sentiasa mendorong hati dan diri kita semua ke jalan yang diredhaiNya, insyaAllah.

Kalau asyik sangat bergaduh dan berhujah, ke manalah kita...
Bukankah Allah telah berfirman,
(Ali 'Imran: 103) "...واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah...

Peringatan buat diri ini, dan sesiapa yang membaca insyaAllah...
Andai ada silap, harap tegur dan betulkan..sesungguhnya diri ini masih kurang sangat ilmu.
Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Remarks: Lapar pula tulis tentang makanan pagi-pagi ni... Jom sarapan nasi goreng! hehe ^_^

1 comment

  1. Berlapang dadalah dlm perbezaan pendapat. Nabi s.a.w. byk kali berpesan supaya kita bersedehana walau apa pun yg kita lakukan. Syukran Qur bg peringatan :)

    -ble jadi diorang rasa lain2 sbb lidah da mindset awal2 ni mesti masam, ni mesti masin etc. ble kaitan dgn sangka buruk dan amalkan husnuzon :p

    ReplyDelete