Satu Masa Dahulu...

بسم الله الرحمن الرحيم 

Satu masa dahulu,
mereka sungguh sopan dan ayu.
Berbaju kurung-tradisi melayu,
langkah kecil, tertunduk malu.

Satu masa selepasnya,
globalisasi telah bermula.
Adat dari pelbagai negara
mula diperkenalkan kepada semua.

Dari celana yang labuh sempurna,
kepada yang ketat lagi bergaya.
Kain yang dahulu menutup auratnya,
kini hanya membungkusnya sahaja.

Ramai yang berlumba-lumba
untuk tampak lebih bergaya.
Semua seakan terlupa
akan peringatan Quran dan sunnah.

Yang labuh dikatakan tua,
yang ketat dikatakan muda.
Jangan biarkan fesyen belaka
take control of hidup kita.

Utamakanlah agama 
sebelum adat dan gaya.
Utamakanlah pandanganNya
sebelum pandangan manusia.

InsyaAllah.



panduan pakaian muslimah yang sempurna
Assalaamu'alaikum.

No comments