Derhaka di dalam Ketaatan

بسم الله الرحمن الرحيم


Kata nasihat yang kau berikan,
janganlah dikau harapkan pujian.
Sembahyang yang akan dikau dirikan,
janganlah dikau sengaja lewatkan.

Kau membaca kitab suciNya,
namun untuk apa sahaja niatnya?
Kau bangkit di kala mereka lena,
namun apa tujuanmu sebenarnya?

Adakah dilakukan kerana Tuhan?
Atau kepada semua kau ingin tunjukkan?
Apakah niat di hati ikhlas suci?
Atau ada terselit riak di sanubari?

Walaupun amal baik yang kau lakukan,
namun hatimu tidak sehalatujuan.
Walau taat yang dikau niatkan,
namun derhaka yang kau lakukan.

Wahai sang hati,
hentilah menipu diri.
Jadikanlah setiap niat ikhlas untuk Ilahi.
Wahai sang diri,
janganlah derhaka.
Taatlah kepadaNya dengan hati yang mulia.



Semoga dijauhkan..
Mari muhasabah bersama dan perbetulkan niat kita, insyaAllah.
Allahua'laam
Assalaamu'alaikum wr.

1 comment

  1. salam nak ziarah...betul..

    kawalan hati tunjang utama..mujahadah melawan nafsu..nafsu yg sentiasa inginkan kita bersantai-santaian dan berehat..mereka tak pernah kenyang mahupun kenal erti puas..
    moga Allah berikan kekuatan buat kita semua ketika beribadah dan terus go straight atas jlnnnya..
    \(^_^)/..insyAllah..

    ReplyDelete