Tips: Kalau Jumpa Monyet

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Wr Wb.


Hari ini, Qur ingin kongsi sedikit tips kehidupan.
Tempoh hari, Qur telah menghadiri Kem Sirah yang dianjurkan oleh madrasah Qur untuk pelajar menengah 1 & 2.. Qur jadi faci bersama 4 orang lagi.

Antara tugas kami adalah untuk jaga station untuk satu race ni. Race tu terletak di Telok Blangah Hill Park. Tempat tu memang macam hutan..lebih kurang macam forest walk kot.
Jadi banyaklah pokok-pokok, burung-burung, semut-semut dan juga monyet-monyet liar.



Nak dipendekkan cerita, Qur dikejar monyet. ^_^
Mak pernah beritahu Qur, kalau jumpa monyet, jangan tunjuk dengan jari.
Masa Qur nampak monyet tu, dia masih jauh lagi. Qur pun kata: "Eh,monyet!"
Kawan Qur yang bersama Qur tak nampak.. jadi Qur pun tunjukkan dengan senang hatinya.."Tu dekat sana tuuuu..."

Mak pesan juga, jangan tenung mata monyet tu. Dia akan anggap kita cari gaduh dengan dia.
Malangnya, Qur tak pakai specs hari tu.. Mungkin masa Qur pandang monyet tu, Qur tertenung mata dia kot... (Peringatan untuk Qur: kalau masuk hutan, sila pakai specs. Terima kasih.)

Satu lagi mak pernah pesan, kalau jumpa monyet, jangan tunjuk gigi.
Qur ingat lagi masa tu Qur tanya mak: "kalau kita tak boleh control nak tersengih, macam mana?hehe"
Dan ternyata, hari tu, Qur tersengih...entah kenapa suka sangat nampak monyet tu..macam jumpa kawan lama pula.. =_='

Dan mungkin juga sebab dah biasa nampak monyet di UIA, Qur berani untuk dekat dengan monyet tu (pada awalnya lah..). Tiba-tiba monyet tu (ada 4 ekor) datang makin dekat.. jeng jeng jeng

Qur tak terfikir nak lari sebenarnya..tapi ada salah seorang faci lelaki tu dah buka langkah seribu.
Adik-adik yang ada waktu tu pun ada yang dah ikut selamatkan diri. Maka oleh itu, Qur pun ikut sekali.hehe
Tapi mujur juga Qur ikut lari..sebab Qur yang tunjuk dekat monyet tu.. Mujur juga seekor monyet je yang kejar..tapi seram lah juga. hehe

Jauh juga monyet tu kejar..kesian semua termengah-mengah macam nak semput. Syukur Alhamdulillah tak apa-apa. :)
Jadi, kot kot ada antara pembaca yang mungkin akan ke tempat yang ada monyet liar, sila ingat tips ini, inysaAllah. Tak silap mak dapat tips ni dari Animal Planet kot..atau mungkin National Geographic Channel...atau mungkin juga Discovery Channel... Allahua'laam..hehe

Kalau nak baca, ada di sini insyaAllah.

Sekian untuk kali ini.
Selamat menjalani hidup di dunia yang sementara ini dan selamat beramal pada bulan Rejab. :)
Assalaamu'alaikum.

1 comment

  1. bismillah ada suatu cerita bahawa monyet pernah ditipu seorang laki ini di mana topi-topi yg ingin dijualnya didapati atas kepala monyet-monyet di atas pokok semasa di a tertidur.jadi keputusannya ialah dia melemparkan topi yg dipakainya ke bawah lantai lantas diikuti monyet.Senang hati monyet pun belajar dari kesilapan.
    Berapa tahun peristiwa sama berlaku tetapi stategi lelaki yang masih sama tidak mendapat tindak balas dari beruk-beruk itu. Waallahua'alm.

    ReplyDelete