Berpuasa menuju Ketaqwaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Berpuasa bukan sekadar tak makan,
kita harus jaga setiap anggota badan.
yang paling penting adalah hati,
pastikan ia bersih dan suci.

Pandagan mata harus direndahkan,
lagu tak berfaedah harap dikurangkan.
Jaga setiap patah perkataan,
dan rajin-rajinkan diri membaca al-Quran.

Berpuasa menuju ketaqwaan,
mendekatkan diri kepada Tuhan.
Banyakkan amal, tingkatkan iman,
jangan dilepas peluang keemasan.


Jaga niat tika berpuasa. Kita berpuasa untuk mengawal diri dari segala yang tidak berfaedah dan melalaikan supaya dapat melakukan ibadah dengan lebih baik lalu menjadi hambaNya yang bertaqwa, insyaAllah.

Andai niat kita betul, insyaAllah, Allah akan bantu. Bila kita berpuasa keranaNya, insyaAllah kita akan rasa betapa indah dan manisnya bulan Ramadhan ini... dan perasaan inilah yang akan membuat kita rindu sangat dengan Ramadhan tika Syawal menjelma nanti.

Jadi, marilah betulkan niat. Berpuasa demi menjadi hambaNya yang bertaqwa, insyaAllah.
Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya. Akhir kata,

selamat berpuasa dan selamat beramal! ^_^

Allahua'laam
Assalaamu'alaikum.

2 comments

  1. Salam Ramadhan,
    Agar Ramadhan kita kali ini menjadi permulaan utk sesuatu yg lebih baik,
    insyaAllah ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Nusaibah ^_^

    InsyaAllah, aminn.. :)

    ReplyDelete