Cubalah...

بسم الله الرحمن الرحيم 


Cuba kita lihat,
berapa jenis makanan yang sudah tersedia
di meja makan, waktu berbuka.
Apakah ia sekadar untuk mengisi perut?
Atau bisikkan nafsu yang kita turut?

Cuba kita kira,
berapa banyak yang telah kita belanjakan
hanya untuk membeli makanan harian?
Perlukah membeli yang mahal belaka?
Sekadar untuk mengalas perut yang lapar?

Cuba kita ingat,
bukankah Rasulullah(s.aw.) pernah berkata,
"Makanlah hanya ketika lapar
dan berhentilah sebelum kekenyangan tiba"?

Cuba kita fikirkan,
nasib saudara kita di merata dunia,
yang sakit dek lapar dan dahaga..
Berpuluh batu mereka melangkah
dalam panas demi keluarga..
mencari rezeki di mana-mana..
namun mereka rebah jua akhirnya..
lemah tak berupaya...

Cuba kita fikirkan,
duit yang telah kita keluarkan,
hanya demi perkara keduniaan,
bukankah lebih baik jika disedekahkan?
Perlukah dunia dibelanjakan?
Mengapa akhirat jua kita lupakan?
Sudah cukupkah amalan?

Cubalah fikirkan... 
Cubalah...
Cubalah...


Allahua'laam..
Peringatan untuk diri ini dan para pembaca insyaAllah.
Salam Ramadhan. Ingatlah mereka yang lebih memerlukan.

No comments