Duhai Air Mata

بسم الله الرحمن الرحيم 

Duhai air mata...
Mengapa engkau jatuh berderai di waktu ini?
Hanya kerana menonton TV,
melihat sandiwara perempuan dan lelaki
yang mempamerkan kisah 'cinta hakiki'?

Duhai air mata..
Tahukah dikau akan cinta hakiki?
Yaitu cinta kepada Ilahi..
Cinta yang sememangnya kekal abadi..
Bukan seperti cinta duniawi..

Duhai air mata..
berderailah dikau tatkala mengenang dosa,
dosa si badan yang tidak terkira...
Sesungguhnya itu yang lebih baik untuk diri..
Air mata ikhlas dek kesedaran hati.

Duhai air mata...
basahilah pipi di waktu sunyi,
tika bermunajat kepada Ilahi...

Semoga denganmu diri ini akan sedar,
akan dosa yang tak terkira banyaknya.
Semoga denganmu hati ini kan bersih,
sepertimu air mata yang suci dan jernih.


2 comments

  1. kak qur pandai bermain dengan kata-kata. macam penulis novel fatimah syarha tu. :)

    ReplyDelete