Duhai diri, Istiqamahlah...

بسم الله الرحمن الرحيم

Saat kau kenali sifat mahmudah,
kau berlumba-lumba mengamalkannya.
Rintangan dan ujian tidak kau endah..
Duhai diri, istiqamahlah..

Rasa malu mula berputik,
lalu mengembang demi masa.
Semoga durimu tidak terusik..
Duhai iman, istiqamahlah...

Kemanisan iman mula dirasa,
membuatkan kau tenggelam dek cinta padaNya.
Dunia dan isinya tidak kau kisah,
duhai hati, istiqamahlah...

Ternyata syurga itu tersangat indah,
kerna untuknya kau harus lalui segala.
Tetapkan iman dalam diri dan dada,
duhai diri, istiqamahlah...

Amin ya rabbal 'alamin.

Gambar Hiasan

Semoga kita terus istiqamah dan hadapi segala ujianNya dengan sabar dan tabah demi mencapai cinta dan keredhaanNya, insyaAllah.

Assalaamu'alaikum.

No comments