Sedarkah?

بسم الله الرحمن الرحيم


Sedarkah dikau wahai pemudi
bahawa dirimu sangat berharga?
Di mana perginya duri-duri
yang harus ada pada sekuntum mawar?

Di mana perginya rasa malumu?
Mengapa kau bersikap begitu bersahaja?
Tidakkah engkau sedar dan tahu
bahawa sikapmu itu kurang manisnya?

Tahukah kamu bahawa dirimu
memang terlalu tinggi harganya.
Lindungilah kedudukanmu  itu
dengan iman yang penuh di dada.

Sedarkah kamu bahawa dirimu
mampu melemahkan iman si jejaka?
Perliharalah dirimu sebaik mungkin
agar iman mereka tak goyah.

Lindungi cintamu dari godaan,
semoga dirimu sentiasa terpelihara.
Semaikan cintamu kepada Tuhan,
semoga sentiasa dirahmati-Nya.


Peringatan buat diri ini yang sering terlupa, dan buat sesiapa yang sudi membaca, insyaAllah.
Assalaamu'alaikum.

No comments