Bajet Solehah lah Tu...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullah wabarakaatuh.

Sungguh, saya sangat bersyukur kerana telah ditakdirkan oleh-Nya untuk menimba ilmu di UIA ni. Banyak sangat yang telah saya pelajari dan dapat.

Saya suka melihat ikhwan dan akhawat yang sentiasa menjaga diri dan imej Islam sebaik-baiknya. Terasa tenang dan sejuk di hati. Selain itu, ia juga seakan membarakan api semangat dalam diri yang lemah ini.

Namun, pada masa yang sama, tidak semua yang sebegitu. Tapi inshaAllah, masanya akan tiba untuk mereka. Tak semestinya yang tidak berkopiah atau bertudung labuh tu kureng. Terkadang yang pakai jeans atau shawl tu lebih berilmu atau lebih beradab sebenarnya. Allahua'laam. Kita harus sentiasa bersikap husnuzzhon.

Tapi hok tu kite taruk tepi dulu. Yang saya nak ceritakan sebenarnya adalah tang mereka yang memperlekehkan ikhwan dan akhawat yang menjaga ni. (ehem, macam ada nada marah pula.. tapi saya tak marah eh...nasihat je. ^_^)

"takde labuh lagi ke tudung tu? kenapa tak pakai telekung je?"
"...jalan tunduk-tunduk sampai terlanggar tembok."
"Alah, dekat sini je dia pakai macam tu...dekat luar tengok lah.."
"..bajet soleh/solehah lah tu..." 

Banyak lagi sindiran dan andaian yang pernah saya dengar tentang mereka2 yang menjaga ni.
Mungkin ada yang betul. Kalau tak, masakan orang boleh kata macam tu. Tapi ingatlah, just because ada yang buat macam tu, tak semestinya semuanya macam tu. (haa..kan dah keluar ayat sastera..)

Kita juga harus ingat, yang kita semua hanya manusia dan bukan malaikat. Kita akan tersilap dan terlupa. Mereka yang berkopiah dan bertudung labuh pun bukannya berpakaian macam tu sejak dilahirkan. Mungkin ada yang telah dididik untuk berpakaian sebegitu sejak kecil lagi oleh mak ayahnya. Tapi ada juga yang mungkin baru berhijrah...haa, hok ni yang saya nak tekankan.

Untuk yang baru hijrah ni, terkadang mereka terlupa. Kekadang, tertimbul pula sifat mereka yang mereka ingin tinggalkan tu. Kebetulan pula, kita ternampak sifat kurang baik tu. Terus je kita buat andaian yang mereka tu sebenarnya tak sebaik yang orang sangka. Walhal dia telah tersilap.

Then, bila kita nampak macam tu, kita pun mula lah membuat andaian dan generalisation lalu mengeluarkan ayat-ayat sinis seperti di atas tadi. Mereka ni mungkin ada yang sudah tetap hatinya dan tak akan terkesan dek sindiran tu. Tapi bagi mereka yang berhati lemah pula bagaimana? Mungkin dek sindiran tu, semangatnya untuk berhijrah akan mula lemah dan patah (na'udzubillah).

Biasanya, mereka ni berhijrah kerana rasa diri mereka jauh dari Allah. Sebab itulah mereka memilih untuk berpakaian dan bersikap sedemikian. Walaupun terkadang terlepas sifat kurang elok tu, tapi hakikatnya mereka perlukan penghijraan mereka sebagai peringatan untuk diri mereka sendiri.

Kesimpulannya, janganlah menyindir mereka yang sedang cuba untuk mengawal diri dan menjaga iman. Mungkin anda sudah kuat tapi mereka merasa diri sangat lemah. Sebaik-baiknya, kalau ternampak mereka buat silap, tegur secara baik. Tegur mereka secara personal (jangan publicize dekat FB pula..) Selamatkan dan bantulah saudara dan saudari seagama kita yang sedang cuba untuk mencapai keredhaan Allah. Semoga kita semua sentiasa diredhai-Nya inshaAllah, amin.

Gambar Hiasan


Ini adalah pandangan dan pendapat saya berdasarkan pengalaman dan sedikit hasil bacaan. Andai ada kata-kata yang tersilap, harap betulkan. Dan semestinya terdapat kekurangan pada isi ini, maka andai ada yang lebih mengetahui, harap tambahkan info inshaAllah.

Peringatan untuk diri ini yang sememangnya selalu terlupa, dan untuk sesiapa yang sudi membaca.
Allahua'laam.

Assalaamu'alaikum.

Ma'assalaamah Midbreak

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.


Jazaakallah khairan sebab sudi ke teratak yang dah berkulat ni..
Semoga dapat manfaat walaupun sedikit inshaAllah. :)

Bermacam fikiran dan idea yang terlintas di minda tapi sukar rasanya untuk menaip semuanya dalam satu entri. Rasa kurang 'cantik' pula idea2 tu semua kerana kebanyakkannya adalah hasil fikiran dan perasaan semata. Agak bahaya rasanya kalau hanya mengikut kata akal dan hati tanpa merujuk pada sebaik-baik rujukan iaitu Al Quran dan ahadeeth kerana risau kalau-kalau buah fikiran tu tersilap.

ان الظن لا يغني من الحق شيئا
(al-Najm:28) 

InshaAllah, kalau ada ruang dan rezki, Qur terfikir nak tulis sebuah cerpen (atas permintaan cik Lina Amalina. ;) ) Jalan cerita sudah ada, cuma... ya lah, Qur kurang menulis cerpen..dunia karangan pun sudah lama ditinggalkan sejak zaman O Level dulu. heh. *geleng2 kepala*

Gambar hiasan

Cuti midbreak sudah tiba di penghujungnya. Minggu hadapan, 4 midterms dan beberapa assignment sudah menunggu.. Cuti seminggu ni pun, Qur banyak gunakan masa untuk cuba siapkan assignment...(cuba lah.. siap atau tak tu lain cerita.hehee.ehem.)
Mohon doa semoga semuanya dipermudahkan inshaAllah. Jazaakallah khairan. :)

Rasanya sampai di sini sahaja.
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan keredhaan-Nya inshaAllah.
Assalaamu'alaikum.