Selamat Hari Jadi~ ^^,

بسم الله الرحمن الرحيم

Khas untuk bapak dan adik bongsu. :)





Jauh di mata, 
dekat di hati, ingatan dan doa. :)

Kebahagiaan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Terbaca satu tweet pagi ini. Seorang sahabat bertanya tentang erti kebahagiaan.

Bukanlah diri ini seorang yang cukup ilmunya untuk membicarakan tentang erti sebenar kebahagiaan kerana hakikatnya, kita semua sering mencari kebahagiaan yang sebenar. Jawapan ini berdasarkan sedikit pengalaman yang sempat dialami sepanjang usia ini dengan izin-Nya.



Kebahagiaan itu terasa ketika setiap perkara di sekeliling kita mendatangkan ketenangan. Semuanya terasa cukup, semuanya terasa indah. Dalam kata lain, semuanya disyukuri. Kita merasa senang dengan setiap yang berlaku.

Kebahagiaan itu sering dicari. Namun, terkadang, kita terlupa pada Yang memberi kebahagiaan hakiki iaitu Allah. 

Andai Allah dekat di hati, semuanya 'kan terasa senang.
Andai Allah diperap ke dalam diri, semuanya 'kan terasa tenang.
Bila janji2 Allah kita yakini, resah dan gelisah pun 'kan malu untuk bertandang.

Maka, kebahagiaan hakiki itu akan dirasa dengan mendekatkan diri kepada-Nya.
Tika kita sujud menitiskan air mata kerinduan di malam hari...
tika yang lain lena dibuai mimpi...
tika kita mengadu kepada Allah tentang masalah duniawi...
Yakinlah bahawa Allah ada dan sangat dekat di hati.

Kalau kita membaca kisah2 wali, kita akan dapati yang kebanyakan mereka ini duduk di dalam kesusahan. Namun mereka tampak senang dalam kesusahan itu. Kerana mereka yakin dengan Allah. Mereka yakin bahawa kebahagiaan material yang sering dikejar itu tidak mampu membawa kepada kebahagiaan sejati. Sebaliknya, ia akan merisaukan kita. Kenapa?

Ok, contohnya kita baru membeli iphone 5.
Canggih bukan? Hebat bukan? Tentunya kita akan rasa bahagia.
Namun kebahagiaan ini hanyalah sementara.
Kelak, kita akan jadi risau... risau kalau iphone itu rosak.. risau kalau ada yang ingin mencurinya. risau kalau itu, risau kalau ini... Tak lama lagi, bila iphone baru dikeluarkan, kita akan risau lagi. Risau apa orang kata tentang handphone kita yang sudah ketinggalan zaman.. Risau apa yang kurang dalam handphone kita berbandingkan yang lebih baru itu.. risau, risau, dan risau memanjang.

Sebab itulah ramai yang kata bahawa kebahagiaan itu tidak terletak pada perkara material.
Ianya satu hadiah yang kita terima dari yang Esa...
Ianya satu nikmat yang tiada nilainya...
Ianya mampu diperolehi semua...
Kita hanya harus tahu dari mana kita boleh mendapatkannya.

Carilah kebahagiaan di dalam diri
dengan berbahagia dengan Ilahi.
Berbahagialah dengan cinta yang suci
yang hanya dengan-Nya 'kan kita perolehi.

Dekatkan diri kepada Tuhan,
andai ketenangan yang kita dambakan,
andai kesenangan yang kita inginkan,
andai kebahagiaan yang kita rindukan.

Pokoknya: Erti kebahagiaan adalah ketika kita hati dan diri berasa syukur, cukup, tenang dan senang dengan setiap sesuatu. Dan kebahagiaan hakiki itu datangnya dari al-Haqq sendiri. :)


Panjang meleret pula post pagi ni. :D
Harapnya ia dapat memberi manfaat walaupun sedikit kepada semua pembaca.
Sekali lagi, ini adalah berdasarkan sedikit ilmu yang telah dipinjamkan kepada diri yang serba kekurangan ini.
Andai terdapat silap pada kata, harap ditegur dan dibetulkan inshaAllah.
Andai ada yang kurang, harap tambahkan juga. :)

Selamat berbahagia~
Fi ri'ayatillah.
Assalaamu'alaikum wr.




Parah

بسم الله الرحمن الرحيم 



Parah.
Semakin parah.
Perkara yang kecil dah jadi besar.
Hujan gerimis sudah menjadi bah.
Panas yang sikit seakan membakar.
Angin yang lembut kini bertiup kasar.

Parah.
Makin menjadi-jadi.
Dibuai angan yang indah berseri.
Ditipu bisikan di telinga kiri.
Dihijab pandangan dari realiti.

Parah.
Tahap maksima.
Jauh tersasar dari jalan-Nya.
Hati terasa gelap gelita.
Iman di hati sudah goyah.

Parah.
Harus diperbaiki.
Kembalilah kepada Ilahi.
Ikut al-Quran dan sunnah Nabi.
Moga sentiasa diredhai.


Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

'Mata Hati'

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


"...pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih..."
[Hijjaz]


Gambar hiasan


Ada kalanya kita berdoa kepada Allah untuk bantu dan tujukkan jalan keluar dari sebuah masalah.
Ada masa pula kita beristikharah kepada Allah untuk menyuluh jalan yang terbaik untuk kita.
Allah pasti akan menjawabnya. Hanya masanya sahaja yang kita tidak ketahui.

Mungkin sahaja Allah memberi jawapan sebaik sahaja kita selesai berdoa.
Mungkin kita akan diberi jawapan pada keesokan harinya.
Mungkin juga berbulan atau bertahun kita harus menunggu untuk mendapatkan jawapan.
Bilapun masa jawapan untuk doa kita akan diberi, tentunya ia adalah masa yang terbaik untuk kita.

Soalnya, macam mana kita tahu kalau 'petanda' atau jawapan yang kita lihat atau dapati itu datangnya dari Allah dan bukan mainan/bisikan syaitan?

Teringat semasa di tahun 1, saya mengambil matapelajaran Revelation as a Source of Knowledge (atau singkatannya: RASOK), pensyarah pernah mengajar tentang ilham. Katanya, ilham ada beberapa jenis. Salah satu jenis ilham adalah ilham yang Allah berikan kepada manusia biasa (kita lah tu. :D). Soalan yang sama ditujukan kepada kami sekelas. Jawapannya? Jeng jeng jeng…

Untuk pastikan samaada jawapan kita adalah ilham atau bisikan syaitan, kita harus punya mata hati yang tajam. Untuk mendapatkan mata hati yang tajam, hati kita haruslah bersih. Untuk mendapatkan hati yang bersih, ia haruslah suci dari titik-titik hitam. Apakah titik-titik hitam ini? Ya, dosa. (Pandai dia..tepuk tangan sikit.. ^_^ )



"Seburuk-buruk buta adalah buta hati."
[Santapan Minda]

Hati memanglah tersangat penting. Di situlah terletaknya sesuatu yang amat berharga, iaitu iman. Perliharalah hati, perliharalah iman. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang solihin dan muttaqeen, inshaAllah.

Setiap yang baik dan benar itu datangnya dari Allah, yang buruk dan salah itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. Andai ternampak kesilapan pada post ini, harap tegur dan betulkan inshaAllah.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

Orang Suka?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.” 
[Surah Al-Ankabut : 2-3] 

Setiap orang beriman itu akan diuji. Dan biasanya, apabila perkataan 'ujian' disebut, perkara-perkara yang terlintas di minda selalunya adalah perkara negatif... Contohnya: kematian, kesusahan, disingkir, kemiskinan, dll.

Namun, kita sering terlupa bahawa perkara-perkara yang 'baik' (di mata manusia) juga adalah ujian Allah. Contohnya: kekayaan, populariti, kemudahan, dll.

Biasanya, di sekolah atau di universiti, atau di kerja sekalipun, pasti ada antara kita yang mungkin tak berapa disukai orang...

Kita tak punyai ramai kawan,
kalau makan pun sorang-sorang,
balik dari kelas sorang-sorang,
kalau nak masuk kumpulan, kita orang yang terakhir dipilih,
Kita mungkin tak begitu 'influential',
pendapat dan idea kita ditolak ke tepi dan tidak dihiraukan...
Hatta ketika berjalan pun kita dilanggar/ditolak kerana orang tak pentingkan dan tak sedar kehadiran kita. (Jangan terkejut, perkara ini ada terjadi).

Andai kita orang jenis ini, kita akan anggap ini satu ujian dari Ilahi, betul?



Tetapi, bila kita jenis orang yang disukai dan dikenali ramai:

kita agak 'influential',
kata-kata kita orang dengar dan sahut,
Idea dan pendapat kita orang ambil bulat-bulat dan disokong tanpa bantahan,
makan berkawan, pulang kelas berkawan...
Kita sering dijadikan ketua dalam kumpulan,
ke mana sahaja kita pergi, orang akan bertegur sapa (walaupun ada yang tak dikenali),

Sedar atau tidak, ini pun sebenarnya satu ujian juga. Dan pada pendapat Qur sendiri, ujian jenis ini lebih berat sebenarnya. Sebab, ujian ini kita tak sedar dan tak nampak. Kita akan menganggapnya sebagai satu nikmat yang diberi.

Lalu, mudah sahaja untuk kita terleka dengan 'nikmat' yang dirasakan itu. Mudah sahaja untuk kita tergelincir dengan 'populariti' yang dihadapi. Mudah sahaja untuk jatuh ke lubang kesombongan, bangga diri, takabbur dan juga riak

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." 
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Na'udzubillah min dzaalik. Andai kita punya kawan yang seperti ini, rajin-rajinlah beri peringatan kepadanya.
Manusia ni sering terlupa... dan jika kita benar-benar sayang kawan itu, ingatkanlah dia.

Andai dia tak hiraukan kita, doakanlah yang terbaik untuknya. Tak apa, usaha telah anda lakukan, serahkan selebihnya kepada Tuhan. :)

Sentiasalah bersihkan hati,
kerana ia begitu lembut.
Mudah sahaja dipengaruhi,
mudah sahaja terikut-ikut.

Ingatlah Allah di mana-mana,
Ingatlah Dia setiap masa.
Semoga kita tergolong bersama,
di Syurga-Nya selamanya.

Amin.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

"Tapi, ni bukan kerja saya"

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Sebelum Qur mulakan cerita, ingain Qur memaklumkan bahawa bukanlah niat diri ini untuk memburukkan atau mengumpat sesiapa. Harapan Qur adalah supaya cerita ini dapat menjadi satu renungan dan pengajaran pada kita supaya kita boleh jadi hambaNya yang lebih baik, inshaAllah.

-----------------

Semalam Qur ke kedai photocopy sebelum kelas 2petang untuk print beberapa kertas yang diperlukan untuk kelas itu. Qur ke sana jam 1.50. Fikir Qur, nak print sikit je ni... sempat inshaAllah.

Penat bergegas dari kelas ke kedai, Qur lihat bahagian printing ada kosong. Dengan cepat Qur pergi print. Qur harus print 8 keping kertas yang sama. Lalu Qur ketik butang 'print' 8 kali dengan harapan semuanya akan siap di-print (jadi tak susah nak photocopy nanti).

Sebab tak nak lambat ke kelas, siap sahaja semuanya, Qur terus ambil kertas-kertas itu lalu bayar kepada akak yang ada di situ. Sambil melangkah keluar dari kedai tu, Qur pun mula mengira kertas-kertas. 'Eh, ada 6 keping je lah..". Qur lihat bahagian print, 'Hmm..ramai pula orang. Photocopy je lah." Qur pun jumpa akak tadi dan terangkan situasi Qur. Dia kata ok, tak perlu pulangkan 20sen sebab tu kira bayaran untuk photocopy nanti.

Di bahagian photocopy pula, ada 2 orang kakak dan seorang abang di belakang sedang photocopy buku teks. Pelanggan pula ada beberapa orang je. Qur pun berdiri di situ dan tunggu dengan sabar untuk dilayan.

Hampanya, seorang pun tak pandang Qur. Qur lihat jam dinding dan 2.05petang. Qur pun panggil akak yang terdekat dengan Qur, "Kak, saya nak photocopy 2 keping". Dia hanya mengangkat tangan menyuruh saya tunggu. Dia sedang photocopy satu set kertas yang tebalnya lebih kurang 3inci. "3 set ye dik?" dia tanya kepada seorang sister di sebelah saya. "Ha ah, tiga."

Saya tunggu lagi. Akak sorang lagi tu pula sibuk dengan mesin yang entah apa jadi. Abang di belakang tu ada juga beberapa kali pandang saya. Tapi dia tak berhenti pun untuk menolong. Tak lama selepas tu, seorang lagi kakak datang. Tapi dia pun tak hiraukan saya yang dah macam beruk UIA nampak keropok di situ langsung. Dia dengan lambatnya bergerak kepada akak yang sibuk dengan mesin tu dan mula berbual-bual.

Saya melirik ke jam dinding lagi. "Hah, dah 2.15?". Saya pun terus beredar dari situ untuk ke kedai lain.

----------

Ini bukanlah kali pertama Qur lalui situasi sebegini. Dan Qur rasa orang lain pun mesti pernah laluinya juga, kan? Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana tempat, servis semacam inilah yang kita dapat. Yang menyedihkan, ia seringkali terjadi apabila pekerjanya adalah orang kita sendiri. Ini antara penyebab kenapa orang kata orang kita mundur/tak maju... =(

Biasanya, dalam situasi begini, dia akan berkata, oh, ini bukan kerja saya. Pergi ke sekian-sekian dan minta puan ini atau tuan itu. Jangan kata pekerja luar, sedangkan kita sendiri sebagai mahasiswa/pelajar pun kalau kerja dalam kumpulan atau kelab, bila dapat tugasan sendiri, jarang sekali kita nak tolong kawan lain yang dapat tugasan lain dari kita. (berapa punya panjang dah ayat ni..hehe). 

Apa salahnya andai kita tolong kalau kita mampu?
Tak reti? Tak pandai? Tak tahu? Tanya dan belajar.
Tak rugi... Bukan sahaja kita akan mendapat ilmu dan pengalaman, malah kita juga akan mendapat pahala dari menolong orang lain.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…”  

(Hadis Riwayat Muslim)


Kita semua punyai kelemahan dan batasan tertentu. Tetapi, selagi boleh, cuba dan usahalah. Tak rugi apa pun. Kalau rasa rugi, fikirkanlah tentang ganjaran yang kita akan perolehi di akhirat nanti. Ingat, janji Allah itu pasti.

Ikhlaskan hati, Rajinkan diri.Supaya di sana nanti,kita tak rugi.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

Pengalaman 'Hok Aloh'


بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


"To gain knowledge, you must first gain experience."
Pernah Qur baca ayat ni dalam sebuah buku oleh Darren Shan. Walaupun tak boleh diaplikasikan kepada setiap situasi (contohnya, merokok, meminum minuman keras, dll), Qur sangat setuju dengan ayat ini.

Dan kali ini, Qur ingin kongsi pengalaman yang tersangat indah yang Qur diberi peluang untuk lalui, alhamdulillah. Ia adalah program IIUM Talented Kids Project.

SubhanAllah, tak sangka dalam penat yang teramat, Qur sebenarnya rasa sangat bersyukur, ceria dan bersemangat. Lama dah rasanya tak rasa macam ni... Syukur teramat sangat kerna diizinkan Allah untuk menghadiri program ini.

Latar belakang program: Program ini telah ditaja oleh Dana Belia 1 Malaysia dan dijalankan oleh AKHI Club IIUM (kelab yang pada pendapat Qur adalah kelab yang ter'best'. hee). Ia adalah kem 4 hari 3 malam bertempatkan di IIUM dan Lembah Azwen. Adik-adik yang kami mentor adalah dari darjah 4 hingga darjah 6. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan adik-adik kepada beberapa kemahiran yang boleh membantu mereka membuat sedikit pendapatan untuk menyokong keluarga mereka (inshaAllah.) Kemahiran yang diajar: bertukang, menyulam, menjahit, menghias cupcake, menulis dan juga melukis komik. 

Sebagai seorang pelajar psikologi, Qur rasa banyak yang telah Qur dapat dari program ni. Dapat Qur lihat bermacam-macam ragam dan perangai dari bermacam jenis orang..baik dari adik-adik mentee mahupun mentor. Selain itu, dapat juga Qur belajar sedikit sebanyak cara untuk berinteraksi, memahami dan menjaga adik-adik ni. Masih banyak lagi yang boleh Qur belajar... inshaAllah, harapnya dapatlah belajar semasa program-program akan datang nanti.

Adik-adik mentee yang manja sangat :]


Sebagai seorang mahasiswi pula, Qur telah mendapat satu pengalaman yang amat berharga selama 3 tahun Qur belajar di sini. Sebelum ni, Qur tak pernah lagi sertai program seperti ini. Ini yang pertama dan ia tidak menghampakan. ^_^

Selain itu, Qur pun dapat belajar sedikit dari demonstrasi kemahiran yang ada. Walaupun tak dapat belajar semua, tapi mana yang dapat tu pun Qur dah cukup bersyukur. Dan sebagai seorang hamba Allah juga, Qur telah dapat beberapa ujian dan pengajaran yang inshaAllah dapat membantu diri Qur yang tersangat lemah ini. Walaupun terpaksa ponteng kelas hari Isnin, Qur rasa bersyukur, seronok dan tak rugi kerana telah mengikuti program itu.

Keluarga AKHI memang hebat belaka orang-orangnya. Walaupun Qur anggap diri Qur masih baru dalam kelab itu, mereka telah menerima Qur seadanya sebagai seorang ahli... Mereka bersikap terbuka namun menghormati- sesuatu yang sangat Qur hargai. Jazaakumullah khairan semua (kalau ada yang membaca). Semoga dirahmati-Nya selalu, aamiinn...

Mentor-mentor AKHI yang best ^_^

Rasanya cukup sampai di sini. Ada quiz dan kerja-kerja yang harus disiapkan sebenarnya. hee.
Hingga bertemu lagi inshaAllah.
Assalaamu'alaikum.


"Hok aloh!" ^_^

PS: 'Hok Aloh' ni nama yang diberi kepada lagu senamrobik yang kami lakukan semasa kem itu. Harap maklum. :D

10 Malam Terakhir

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Semoga pembaca blog sihat jasmani dan rohaninya, inshaAllah. =)

Saya nak tanya: siapa di sini pernah tertumpahkan makanan yang berminyak di pakaian mereka? Cuba angkat tangan.... Oh, ramai juga. Hmm, bagus2.
Ok, boleh turun tangan dah. ^_^

Bekas minyak ni, biasanya kalau kita lambat sikit cuci, mesti susah nak hilang, kan?
Tapi kalau kita cuba, cuba, dan cuba juga untuk bersihkan, hilang tak?
Kalau lepas basuh guna mesin, kita guna tangan pula. Lepas guna tangan, kita guna tangan orang pula. Bersih tak bekas minyak tu?
Mungkin lambat, tapi ia akan hilang juga kan? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, ye dok? :)

gambar hiasan

Katakan sepanjang tahun ni, kita dah dikotori minyak-minyak dosa. Dan kita terlupa untuk membersihkannya hinggalah ke hari ini. Dan sepanjang bulan ramadhan yang penuh barakah ni pun, kita masih belum usaha untuk bersihkan bekas minyak tu.

Andai sepanjang ramadhan ni kita rasa kita belum berubah ke arah yang lebih baik,
kita masih leka dengan hiburan,
kita masih bermesra dengan 'kawan mesra' kita,
kita masih bergaul tanpa menjaga batasan,
kita masih lambat tunaikan solat fardhu,
kita masih membazir harta dan lokek bersedekah,
kita masih membuang masa dengan kerja-kerja yang kurang faedah,
kita masih asyik bergossip dan memakan daging saudara kita...

Usahlah risau, kerana bulan yang penuh marghfirah ini masih berbaki 10 hari lagi. (Ya, 10 hari lagi! While stock lasts! hehee)
Kita masih punya peluang untuk merintih, mengadu dan memohon marghfirah dari Yang Maha Pengampun.
Kita masih punya peluang untuk mengejar lailatul qadr yang penuh rahmat.
Kita masih ada masa, inshaAllah.

gambar hiasan


Andai kita masih enggan dengan sengajanya untuk perbaiki diri, aduh, alangkah ruginya diri kita. Kerana, bekas minyak tadi, kalau bertahun-tahun disimpan, walau sebanyak mana kita cuba hilangkan kotorannya, ia akan tetap melekat di situ. Ya, ia pudar. Tetapi bukankah lebih baik andai kita cuba untuk menghilangkannya secepat mungkin?

Kerana hidup ini bukan selamanya... Mungkin saja malam ini malam terakhir kita...
mungkin saja terawih tadi, terawih terakhir kita...
mungkin saja tadi itu waktu terakhir kita menatap wajah mak dan bapa kita...

gambar hiasan

Saudara saudari seislamku yang disayangi kerana Allah, marilah kita mengejar lailatul qadr. Marilah kita menghidupkan malam kita dengan ibadah dengan semampunya. Allah tidak lihat pada kuantiti, tetapi kepada kualiti. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang  yang mendapat rahmat dan marghfirah-Nya, inshaAllah.


Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

"Aku Menangis Wahai Tuhan"

بسم الله الرحمن الرحيم




"Aku menangis wahai Tuhan,
Kernaku belum redha dengan takdirMu.
Aku menangis wahai Tuhan,
Kernaku belum dapat bergembira
dengan kegembiraan orang lain.

Aku menangis wahai Tuhan,
Kernaku belum dapat mengutamakan akhirat.
Demikian tidak sucinya hatiku,
Lalu aku menangis selalu,
Kerna sakitnya hatiku,
Kerna terasa beratnya bebanku ini.

Mengapa Kau menguji begini Tuhan?
Apakah maksudMu itu?
Apakah sebagai pengampunan dosa,
Peningkatan darjat, atau kutukan penghinaan?

Tuhan, Kau adalah Tuhan yg Maha Rahim,
Cukup baik dan paling baik.
Masakan Kau bermaksud jahat padaku,
Sedangkan Kau tahu bertapa rindunya aku
Jadi manusia yang baik
Selamat dunia dan akhirat.

Aku menangis wahai Tuhan,
Kernaku hanya mahukan
Cinta dan rindu padaMu.

Aku menangis wahai Tuhan,
Memohon hati yang sejahtera,
Bersama rasa redha dan sabar,
Hinggaku mampu tenang tika diuji.

Ketika air mataku mengalir,
Diwaktu aku sujud padaMu,
Untuk managih keampunanMu,
Dan pinta diisi hatiku dengan iman dan taqwa.

Tuhan sungguhku yakini dengan kePemurahanMu,
Kerna sudah sering Kau menolongku dikala ku diuji.
Moga kali ini kukan dapat menjadi hambaMu,
Yang redha dengan Tuhannya,
Dapat bergembira dengan orang lain.

Aku menangis wahai Tuhan,
Moga kutangiskan lagi dunia yg menipu ini..."

- Mawaddah International

Ke Sini, Ke Sana

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Alhamdulillah...
Minggu yang agak memenatkan dan agak menguji diri yang lemah ni.

Rasa macam tak percaya, tapi mesti percaya juga, by next week, inshaAllah, saya akan mendapat seorang kakak. ^^, Banyak lagi yang perlu disiapkan untuk hari berbahagia ni. Harap-harap semuanya berjalan lancar, inshaAllah...

Dalam sibuk-sibuk dengan itu, sempat juga saya luangkan masa untuk berjumpa dengan beberapa rakan sekolah dulu. Lamaaa rasanya tak jumpa. Tak banyak berubah...rasa macam masih waktu sekolah dulu-dulu je. ^_^

Tapi ada juga perkembangan.. Ada kawan yang dah tunang,  ada yang sedang sibuk dengan FYP, ada yang sedang NS, ada yang dah nak masuk Universiti, dan ada juga yang dah nak habis U! SubhanAllah.

Teringat kata-kata seorang kawan tu,"Eh, ingat tak dulu ktorang kata nak jumpa lagi in 5 years time? Next year dah 5 years tau." MashaAllah, terkejut juga rasanya. Sedar tak sedar, dah hampir 5 tahun kita tinggalkan Irsyad. O_o

Memandangkan saya pun dah berzaman tak kongsi gambar, haa, ni serba sedikit gambar yang dipetik semalam di restoran al-Ameen, Woodlands. :)


 Brothers yang hadir: Faris, Hadi & Salam.

 Sisters yang hadir: Kak Yas, Kak Atiqah, Farah, Nabz, Husnul, Aminah, Hasanah, Qur, Nadiah & Mashita. :)
Renung menu lama-lama... last2 order roti john je. (sangat tak menarik.) Ramai kata makanan paling best dekat restoran al-Ameen ni, nasi biryani dia. Tengok orang lain order macam sedap. Lain kali lah, inshaAllah... ^^, 

Air bandung tu saya punya tapi bukan saya order. 
Alkisahnya, saya minta kawan sebelah saya cakapkan order untuk saya. Saya order fresh oren. Kawan tu pula order orange+ carrot. Tapi pelayan tu mungkin tak dengar atau silap faham...dia ingatkan kawan saya cuma order 1 air je... 

Kebetulan pula, ada sorang lagi kawan terorder extra air bandung sebab dia ingtkan dia orderkan untuk kawan sorang lagi. Tapi rupanya kawan tu dah order pun. 

Putar belit je cerita ni kan? hehee.
Pokoknya, sayalah yang amik air bandung tu. Syukurlah sedap. ^_^

Masa balik, kita jalan kaki je dari al-Ameen ke MRT Woodlands. Tinggal kami 5 orang je sebab yang lain ada agenda lain. :D

Malam tu pula, ada perjumpaan keluarga di rumah pakcik. Dapat jumpa sedara latest yang baru berusia 2 bulan. Syamil Zulfadhly namanya. Sedap kan nama tu? :)



Pipi tembam macam kuih apam. >.<

Dan pagi tadi pula, saya temankan adik-adik ke City Square Johor untuk cari kasut. 


Itulah sedikit sebanyak apa yang saya buat waktu cuti panjang ni. Ni cuma highlights je. Kalau nak cerita in detail, sampai Syawal tahun depan pun tak habis. ^_^v

Kurang 2 minggu lagi dan Ramadhan pun akan datang mengejutkan kita dari kelekaan dunia ni. Marilah kita mulakan persiapan diri dari segi iman dan perut supaya kita tak terlalu terkejut semasa bulan Ramadhan nanti, inshaAllah. Biasakan mana yang tak biasa... semoga semuanya akan dipermudahkan inshaAllah.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

The Drawings of Life

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Yesterday, my ustazah from my former high school asked me to become a relief teacher at school. I had to relief for Ustazah F. Her classes were Fiqh, Hadith and Qiraah for secondary 1 and 2 students.

For the secondary 1 Fiqh class, ustazah F had already printed a couple of exercises that she told me to give out and let the students discuss in groups. So that's what I did. The thing that tickled my bones was that when I went round the class to check on how everyone was progressing on their work, I noticed that about 7 out of 9 groups had drawings and doodles on their papers.

There were pictures of people, animals, aliens (i think.hehe), and one girl's group even decorated their paper with multicoloured inked pens with diagonal squiggly lines, stars and heart shapes. I then told them: "Erm, you DO know that your ustazah would want this paper back, right?"

Their expressions were absolutely beyond priceless. XD

Some had immediately begun erasing their drawings frantically, some tried to hide it behind scribbles, some others just let them be with a facial expression that showed regret and a little fear because the 'damage' done was too big. haduiii...lawak betul.

I guess that's a bit like life.

Each day we are given an exercise of things that we need to do each day such as the obligatory daily prayers, reading the Quran, etc. And most usually, we would 'decorate' our lives with other things. At times, the 'decorations' would be good and in accordance to the Islamic law. There are also other times when our 'drawings' would get out of hand- especially when we forget that in the end, we would have to hand in our exercise papers to Him.

So, may this be a small, gentle reminder for us to 'decorate' the papers of life with good. Because at the end of the day, our Creator would want to check them back and we best hope that we won't hand them in filled with regret. :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

"Inilah Rehat Saya"

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Finals akan bermula 26hb Mei nanti sehingga 3hb Jun. Walaupun saya cuma ada 4 kertas, tapi terasa debaran seakan ada sekumpulan gajah2 sedang berlari-lari di dalam hati. Risau dengan subjek-subjek semester ini...

Teringat semasa di pusat asasi dahulu, ada seorang roommate tu selalu belajar sampai tak tidur malam. Pagi-pagi nanti nampak dia tertidur atas sejadah seusai solat subuh. Bawah matanya gelap...sudah hampir serupa dengan beruang panda.

Saya yang pentingkan kesihatan dan sering menjaga waktu tidur (masa tu), menasihatinya. Saya menyuruhnya berehat. Dia hanya tersenyum dan berkata, "ini lah rehat saya" (sambil menunjuk ke arah sejadah dan telekungnya).


Sampai sekarang saya teringatkan kata-katanya yang tampak bersahaja tetapi penuh makna itu. Siapa sedar, solat itu adalah sebuah terapi yang amat menenangkan sebenarnya. Kita selalu terlalu sibuk memikirkan waktu yang singkat untuk belajar, makan, bersukan, dsb sehingga kita mementingkan perkara-perkara itu semua melebihi solat.

Yakinlah, andai kita ikhlas mendirikan solat, Allah akan bantu kita. Waktu yang singkat akan terasa cukup kerana Dia akan memberi barakah pada masa kita.

Allahua'laam.

Kepada semua rakan-rakan, adik-adik, akak-akak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang bakal menduduki ujian, selamat maju jaya (ayat skema). Ingat, Allah sentiasa bersama kita. :)

Assalaamu'alaikum.

Ustaz Google?

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

I never really thought about it, but when I did, I realised that I'm already in my second year at university (and will be going into my third year soon too inshaAllah).
MashaAllah.. how time flies... and how long has it been since I last updated my blog? heh.

Not much happened these days but a few very significant events...life-changing significant events...
No, I'm not getting married (if that's what you're thinking).. not yet anyway. But it really does take experience to learn some things.

I'm unable to share everything in detail due to personal reasons but I do have to remind myself and others to always, ALWAYS be careful in seeking knowledge. I (and i'm sure many others) have made the mistake of relying a lot on ustaz Google and sheikh Youtube, etc for information on religion.

Well, that there lies the problem: information. The internet merely provide us with information. What we really need isn't information but knowledge. That's why they say that knowledge is power; not information is power.

Yes, we can learn a great deal of things from the internet but we shouldn't rely solely on it. The best and proper way to learn and to gain knowledge is by means of talaqqi or via a teacher/scholar. Because then, any doubts or misunderstanding will be explained thoroughly and properly.


If we were to watch a video in Youtube or read an article on any website, the main source of 'explanation' we have is from the comments. Bila tak faham je, baca comments. Maybe this isn't the case for all of us but most of us do this- consciously or unconsciously. Either way, it's not entirely a good idea. Because, we don't know who the commenters are, what their credibility is, yada yada yada. So their answers may be misleading or misunderstood.

By saying this, I don't mean that we shouldn't refer to the internet at all. Yes, we can refer to ustaz Google but only as a source for additional information- not as our ustaz or teacher.

I am not saying this merely based on my experience and scarce knowledge but on an article I read from a Solusi magazine (which I left at home and can't look up the writers' name. -___- )

Alhamdulillah, IIUM has quite a number of talks, kuliah and talaqqi programmes nearly every night. Although I might not be able to attend all of them but to know that they are available is heart-settling.

(What's not heart-settling though, is this fire alarm bell at my mahallah. It keeps getting off on random occasions quite frequently. It's ringing now. I've looked around and there's no fire in sight. Setopp ringginngggggg pehlisssssss!huhu)

Anyway, I guess that's it for now. My mood to write has entirely faded due to this fire alarm. haha. May we always be under His Mercy and Guidance inshaAllah.

Assalaamu'alaikum.

Jom Jadi Mu'min Qawiy

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.



Pastinya, ramai rakan UIA sudahpun mengetahui natijah bagi usaha yang mereka usahakan beberapa minggu lalu. Ada yang berdebar hatinya seperti drum, ada yang tenang bak air sungai yang mengalir. Ada yang tersenyum tatkala melihat huruf-huruf yang tertera di sebelah nama subjek, ada yang murung, dan ada juga yang tidak berperasaan.

Mungkin ada yang terus redha.
"Alhamdulillah... tak sia-sia aku usaha mati-matian masa tu. Syukurlah..susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.. :)"
"Hmm..masa exam tu memang aku banyak main-main. Syukurlah dapat markah ni...sesuai dengan usaha.."
"Tu lah...siapa suruh asyik sangat main game pokemon tu.. kan dah jatuh markah... Padan muka. Tapi takpelah..redha je..next sem tak buat lagi." *insaf*

Tapi ada juga yang berasa kesal dan susah untuk menerima kenyataan.
"Hah?! Belajar sampai penuh satu muka dengan jerawat, dapat ni je?! Ish!"
"Penat-penat belajar masa tu, ni je dapat? Orang lain belajar ala kadar dapat markah OK je.. tak aci betul.."



Harapnya, kita tak lah bersifat macam golongan yang kedua ni. Setiap yang terjadi adalah atas ketentuan-Nya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Semua pasti ada hikmahnya. Jangan mudah berputus asa atas kegagalan. Sebaliknya, jadikan ia sebagai anak tangga pertama untuk kita menuju ke arah kejayaan.

Kita disuruh untuk bersabar bukan? Maka bersabarlah.
Kita adalah hamba-Nya yang beriman bukan? Dan antara rukun iman adalah untuk beriman dengan qadar-Nya. Maka, percayalah dengan qadar Allah dan jangan ragu-ragu akan hikmah di sebaliknya.

Seorang rakan saya pernah berkata bahawa dia sering cuba untuk mengingati hadith 'Mu'min Qawiy' ketika menghadapi apa jua cabaran. Dan dia menyarankan saya buat yang sama.

   عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله

 المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفي كلٍّ خيرٍ احرص على ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجز، فإن أصابك شيء فلا تقل: لو أنى فعلت كذا وكذا لكان كذا وكذا، ولكن قل: قدر الله وما شاء فعل، فان لو تفتح عمل الشيطان
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah. Sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : "Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini", tetapi katalah: "Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan", kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
(HR Muslim)

Pengajaran hadith (baca sepenuhnya di sini):
  1. Selain usaha, kita haruslah berdoa kepada-Nya. Mungkin sewakatu kita berjaga malam untuk belajar, kita terkurang ibadah, terlewat solat, terburu-buru berdoa, dsb. Jadikan ini sebagai pengajaran dan usaha dengan gigih lagi untuk sem akan datang, inshaAllah. ^_^

  2. Kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

  3. Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
  4. Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa. Contohnya, "kalau lah aku belajar macam ni, mesti dah dapat result macam ni..". Sebaiknya, katakanlah: "Syukur Alhamdulillah... it could have been worse... Lepas ni aku buat lagi baik lagi inshaAllah. Chaiyok2! (tak kata chaiyok pun boleh. hehe)."
Maka oleh itu, marilah kita sama-sama hafal hadith di atas tadi dan berusaha sebaiknya untuk menjadi seorang mu'min yang qawiy, inshaAllah. Semoga Allah memberkati usaha kita semua, aamiin.


Kepada rakan IIUM, jumpa sem depan inshaAllah. ^_^
Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Tak Ada Apa Nak Kata

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.

Lama rasanya tak sapu-sapu blog ni..habis berhabuk dah...
Masa luang ada sebenarnya untuk ber-blogging, cuma diri yang serba kekurangan ini tak diilhamkan untuk menyampaikan ilmu bermanfaat pada para pengunjung blog. Rasulullah pun pernah berkata, kalau kita tak punya sesuatu yang baik untuk dikatakan, lebih baik kita diam sahaja.

“Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

Atas sebab itulah blog ni sering menyepi. Seperti yang saya pernah katakan beberapa kali sebelum ini, saya hanya seorang hamba Allah yang lemah. Ilmu memang serba kekurangan. Saya kagum dengan rakan-rakan lain yang mampu untuk sering memenuhkan blog mereka dengan isi-isi yang bermanfaat. SubhanAllah...



Di blog masih boleh dikawal lagi. Tapi terkadang bila kita berbual dengan seseorang, atau bersama rakan-rakan, mesti terkeluar juga kata-kata yang tidak mendatangkan manfaat. Astarghfirullah... Sama sahaja kaum lelaki dan wanita. Sebab apa, bila kita berceritakan perkara-perkara kosong tu, kita rasa seronok. Kenapa? Sebab syaitan. Dia yang buat kita rasa best sangat dengan bicara yang membuang masa dan tak mendatangkan manfaat tu.

Bila kita buka cerita agama, mulalah rasa malas. Kadang-kadang ada yang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Na'udzubillah... Ilmu agama ni best sebenarnya. Kalau kita rasa bosan untuk mendengar bicara berkaitan agama, check balik hati dan iman kita. Doa kepada Allah, minta dicerahkan dan dibersihkan hati kita semoga dapat menerima ilmu-Nya yang bermanfaat itu, inshaAllah.

Mungkin sebelum saya akhiri penulisan yang agak ringkas ni, boleh lah saya update serba sedikit apa yang telah terjadi dalam hidup saya sejak dua menjak ni (lama tak update pasal diri.):

1. Saya sudah pun berusia 21tahun. (4hb Januari)
2. Saya baru habis exam finals untuk sem 1, tahun 2 di IIUM.
3. Saya bakal buka braces tak lama lagi inshaAllah... :D

Sampai di sini sahaja buat kali ni. InshaAllah, kalau Allah izinkan saya untuk menulis, saya akan menulis.
Semoga iman kita sentiasa kuat inshaAllah.
Assalaamu'alaikum.