"Inilah Rehat Saya"

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Finals akan bermula 26hb Mei nanti sehingga 3hb Jun. Walaupun saya cuma ada 4 kertas, tapi terasa debaran seakan ada sekumpulan gajah2 sedang berlari-lari di dalam hati. Risau dengan subjek-subjek semester ini...

Teringat semasa di pusat asasi dahulu, ada seorang roommate tu selalu belajar sampai tak tidur malam. Pagi-pagi nanti nampak dia tertidur atas sejadah seusai solat subuh. Bawah matanya gelap...sudah hampir serupa dengan beruang panda.

Saya yang pentingkan kesihatan dan sering menjaga waktu tidur (masa tu), menasihatinya. Saya menyuruhnya berehat. Dia hanya tersenyum dan berkata, "ini lah rehat saya" (sambil menunjuk ke arah sejadah dan telekungnya).


Sampai sekarang saya teringatkan kata-katanya yang tampak bersahaja tetapi penuh makna itu. Siapa sedar, solat itu adalah sebuah terapi yang amat menenangkan sebenarnya. Kita selalu terlalu sibuk memikirkan waktu yang singkat untuk belajar, makan, bersukan, dsb sehingga kita mementingkan perkara-perkara itu semua melebihi solat.

Yakinlah, andai kita ikhlas mendirikan solat, Allah akan bantu kita. Waktu yang singkat akan terasa cukup kerana Dia akan memberi barakah pada masa kita.

Allahua'laam.

Kepada semua rakan-rakan, adik-adik, akak-akak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang bakal menduduki ujian, selamat maju jaya (ayat skema). Ingat, Allah sentiasa bersama kita. :)

Assalaamu'alaikum.