10 Malam Terakhir

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Semoga pembaca blog sihat jasmani dan rohaninya, inshaAllah. =)

Saya nak tanya: siapa di sini pernah tertumpahkan makanan yang berminyak di pakaian mereka? Cuba angkat tangan.... Oh, ramai juga. Hmm, bagus2.
Ok, boleh turun tangan dah. ^_^

Bekas minyak ni, biasanya kalau kita lambat sikit cuci, mesti susah nak hilang, kan?
Tapi kalau kita cuba, cuba, dan cuba juga untuk bersihkan, hilang tak?
Kalau lepas basuh guna mesin, kita guna tangan pula. Lepas guna tangan, kita guna tangan orang pula. Bersih tak bekas minyak tu?
Mungkin lambat, tapi ia akan hilang juga kan? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, ye dok? :)

gambar hiasan

Katakan sepanjang tahun ni, kita dah dikotori minyak-minyak dosa. Dan kita terlupa untuk membersihkannya hinggalah ke hari ini. Dan sepanjang bulan ramadhan yang penuh barakah ni pun, kita masih belum usaha untuk bersihkan bekas minyak tu.

Andai sepanjang ramadhan ni kita rasa kita belum berubah ke arah yang lebih baik,
kita masih leka dengan hiburan,
kita masih bermesra dengan 'kawan mesra' kita,
kita masih bergaul tanpa menjaga batasan,
kita masih lambat tunaikan solat fardhu,
kita masih membazir harta dan lokek bersedekah,
kita masih membuang masa dengan kerja-kerja yang kurang faedah,
kita masih asyik bergossip dan memakan daging saudara kita...

Usahlah risau, kerana bulan yang penuh marghfirah ini masih berbaki 10 hari lagi. (Ya, 10 hari lagi! While stock lasts! hehee)
Kita masih punya peluang untuk merintih, mengadu dan memohon marghfirah dari Yang Maha Pengampun.
Kita masih punya peluang untuk mengejar lailatul qadr yang penuh rahmat.
Kita masih ada masa, inshaAllah.

gambar hiasan


Andai kita masih enggan dengan sengajanya untuk perbaiki diri, aduh, alangkah ruginya diri kita. Kerana, bekas minyak tadi, kalau bertahun-tahun disimpan, walau sebanyak mana kita cuba hilangkan kotorannya, ia akan tetap melekat di situ. Ya, ia pudar. Tetapi bukankah lebih baik andai kita cuba untuk menghilangkannya secepat mungkin?

Kerana hidup ini bukan selamanya... Mungkin saja malam ini malam terakhir kita...
mungkin saja terawih tadi, terawih terakhir kita...
mungkin saja tadi itu waktu terakhir kita menatap wajah mak dan bapa kita...

gambar hiasan

Saudara saudari seislamku yang disayangi kerana Allah, marilah kita mengejar lailatul qadr. Marilah kita menghidupkan malam kita dengan ibadah dengan semampunya. Allah tidak lihat pada kuantiti, tetapi kepada kualiti. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang  yang mendapat rahmat dan marghfirah-Nya, inshaAllah.


Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.