"Tapi, ni bukan kerja saya"

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Sebelum Qur mulakan cerita, ingain Qur memaklumkan bahawa bukanlah niat diri ini untuk memburukkan atau mengumpat sesiapa. Harapan Qur adalah supaya cerita ini dapat menjadi satu renungan dan pengajaran pada kita supaya kita boleh jadi hambaNya yang lebih baik, inshaAllah.

-----------------

Semalam Qur ke kedai photocopy sebelum kelas 2petang untuk print beberapa kertas yang diperlukan untuk kelas itu. Qur ke sana jam 1.50. Fikir Qur, nak print sikit je ni... sempat inshaAllah.

Penat bergegas dari kelas ke kedai, Qur lihat bahagian printing ada kosong. Dengan cepat Qur pergi print. Qur harus print 8 keping kertas yang sama. Lalu Qur ketik butang 'print' 8 kali dengan harapan semuanya akan siap di-print (jadi tak susah nak photocopy nanti).

Sebab tak nak lambat ke kelas, siap sahaja semuanya, Qur terus ambil kertas-kertas itu lalu bayar kepada akak yang ada di situ. Sambil melangkah keluar dari kedai tu, Qur pun mula mengira kertas-kertas. 'Eh, ada 6 keping je lah..". Qur lihat bahagian print, 'Hmm..ramai pula orang. Photocopy je lah." Qur pun jumpa akak tadi dan terangkan situasi Qur. Dia kata ok, tak perlu pulangkan 20sen sebab tu kira bayaran untuk photocopy nanti.

Di bahagian photocopy pula, ada 2 orang kakak dan seorang abang di belakang sedang photocopy buku teks. Pelanggan pula ada beberapa orang je. Qur pun berdiri di situ dan tunggu dengan sabar untuk dilayan.

Hampanya, seorang pun tak pandang Qur. Qur lihat jam dinding dan 2.05petang. Qur pun panggil akak yang terdekat dengan Qur, "Kak, saya nak photocopy 2 keping". Dia hanya mengangkat tangan menyuruh saya tunggu. Dia sedang photocopy satu set kertas yang tebalnya lebih kurang 3inci. "3 set ye dik?" dia tanya kepada seorang sister di sebelah saya. "Ha ah, tiga."

Saya tunggu lagi. Akak sorang lagi tu pula sibuk dengan mesin yang entah apa jadi. Abang di belakang tu ada juga beberapa kali pandang saya. Tapi dia tak berhenti pun untuk menolong. Tak lama selepas tu, seorang lagi kakak datang. Tapi dia pun tak hiraukan saya yang dah macam beruk UIA nampak keropok di situ langsung. Dia dengan lambatnya bergerak kepada akak yang sibuk dengan mesin tu dan mula berbual-bual.

Saya melirik ke jam dinding lagi. "Hah, dah 2.15?". Saya pun terus beredar dari situ untuk ke kedai lain.

----------

Ini bukanlah kali pertama Qur lalui situasi sebegini. Dan Qur rasa orang lain pun mesti pernah laluinya juga, kan? Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana tempat, servis semacam inilah yang kita dapat. Yang menyedihkan, ia seringkali terjadi apabila pekerjanya adalah orang kita sendiri. Ini antara penyebab kenapa orang kata orang kita mundur/tak maju... =(

Biasanya, dalam situasi begini, dia akan berkata, oh, ini bukan kerja saya. Pergi ke sekian-sekian dan minta puan ini atau tuan itu. Jangan kata pekerja luar, sedangkan kita sendiri sebagai mahasiswa/pelajar pun kalau kerja dalam kumpulan atau kelab, bila dapat tugasan sendiri, jarang sekali kita nak tolong kawan lain yang dapat tugasan lain dari kita. (berapa punya panjang dah ayat ni..hehe). 

Apa salahnya andai kita tolong kalau kita mampu?
Tak reti? Tak pandai? Tak tahu? Tanya dan belajar.
Tak rugi... Bukan sahaja kita akan mendapat ilmu dan pengalaman, malah kita juga akan mendapat pahala dari menolong orang lain.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah S.W.T akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah S.W.T akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, pasti Allah S.W.T akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah S.W.T pasti akan menolong hambaNya selagimana hambaNya berusaha menolong saudaranya…”  

(Hadis Riwayat Muslim)


Kita semua punyai kelemahan dan batasan tertentu. Tetapi, selagi boleh, cuba dan usahalah. Tak rugi apa pun. Kalau rasa rugi, fikirkanlah tentang ganjaran yang kita akan perolehi di akhirat nanti. Ingat, janji Allah itu pasti.

Ikhlaskan hati, Rajinkan diri.Supaya di sana nanti,kita tak rugi.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

2 comments

  1. agreed qur! kecewakan? especially when they are muslim malays.

    ReplyDelete
  2. Salam. Sebagai seorang yang terlibat dalam kerja-kerja photocopy ini saya akui memang kadang-kadang situasi yang mengecewakan pelanggan yang datang kerap berlaku.

    Kadang-kadang masalah datang bertimpa-timpa. Contohnya apabila mesin rosak, masa itulah tiba-tiba pelanggan ramai. Masa itu jugalah ada yang datang dan mendesak supaya didahulukan mereka berbanding pelanggan lain.

    Apapun saya tidak bersetuju dengan tindakan membiarkan pelanggan ternanti-nanti macam orang bodoh sahaja. Sekurang-kurangnya pekerja terbabit perlu memaklumkan kepada pelanggan jika berlaku sebarang masalah atau tidak dapat melayan mereka pada waktu itu.

    Jika dibertahu lebih awal, mungkin pelanggan tadi dapat mencari kedai lain dan tidak membazirkan masanya di situ.

    ReplyDelete