Pengalaman 'Hok Aloh'


بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


"To gain knowledge, you must first gain experience."
Pernah Qur baca ayat ni dalam sebuah buku oleh Darren Shan. Walaupun tak boleh diaplikasikan kepada setiap situasi (contohnya, merokok, meminum minuman keras, dll), Qur sangat setuju dengan ayat ini.

Dan kali ini, Qur ingin kongsi pengalaman yang tersangat indah yang Qur diberi peluang untuk lalui, alhamdulillah. Ia adalah program IIUM Talented Kids Project.

SubhanAllah, tak sangka dalam penat yang teramat, Qur sebenarnya rasa sangat bersyukur, ceria dan bersemangat. Lama dah rasanya tak rasa macam ni... Syukur teramat sangat kerna diizinkan Allah untuk menghadiri program ini.

Latar belakang program: Program ini telah ditaja oleh Dana Belia 1 Malaysia dan dijalankan oleh AKHI Club IIUM (kelab yang pada pendapat Qur adalah kelab yang ter'best'. hee). Ia adalah kem 4 hari 3 malam bertempatkan di IIUM dan Lembah Azwen. Adik-adik yang kami mentor adalah dari darjah 4 hingga darjah 6. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan adik-adik kepada beberapa kemahiran yang boleh membantu mereka membuat sedikit pendapatan untuk menyokong keluarga mereka (inshaAllah.) Kemahiran yang diajar: bertukang, menyulam, menjahit, menghias cupcake, menulis dan juga melukis komik. 

Sebagai seorang pelajar psikologi, Qur rasa banyak yang telah Qur dapat dari program ni. Dapat Qur lihat bermacam-macam ragam dan perangai dari bermacam jenis orang..baik dari adik-adik mentee mahupun mentor. Selain itu, dapat juga Qur belajar sedikit sebanyak cara untuk berinteraksi, memahami dan menjaga adik-adik ni. Masih banyak lagi yang boleh Qur belajar... inshaAllah, harapnya dapatlah belajar semasa program-program akan datang nanti.

Adik-adik mentee yang manja sangat :]


Sebagai seorang mahasiswi pula, Qur telah mendapat satu pengalaman yang amat berharga selama 3 tahun Qur belajar di sini. Sebelum ni, Qur tak pernah lagi sertai program seperti ini. Ini yang pertama dan ia tidak menghampakan. ^_^

Selain itu, Qur pun dapat belajar sedikit dari demonstrasi kemahiran yang ada. Walaupun tak dapat belajar semua, tapi mana yang dapat tu pun Qur dah cukup bersyukur. Dan sebagai seorang hamba Allah juga, Qur telah dapat beberapa ujian dan pengajaran yang inshaAllah dapat membantu diri Qur yang tersangat lemah ini. Walaupun terpaksa ponteng kelas hari Isnin, Qur rasa bersyukur, seronok dan tak rugi kerana telah mengikuti program itu.

Keluarga AKHI memang hebat belaka orang-orangnya. Walaupun Qur anggap diri Qur masih baru dalam kelab itu, mereka telah menerima Qur seadanya sebagai seorang ahli... Mereka bersikap terbuka namun menghormati- sesuatu yang sangat Qur hargai. Jazaakumullah khairan semua (kalau ada yang membaca). Semoga dirahmati-Nya selalu, aamiinn...

Mentor-mentor AKHI yang best ^_^

Rasanya cukup sampai di sini. Ada quiz dan kerja-kerja yang harus disiapkan sebenarnya. hee.
Hingga bertemu lagi inshaAllah.
Assalaamu'alaikum.


"Hok aloh!" ^_^

PS: 'Hok Aloh' ni nama yang diberi kepada lagu senamrobik yang kami lakukan semasa kem itu. Harap maklum. :D

No comments