"Unwritten"

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh



Have you ever read a really good book?
A book that makes you go, "MashaAllah, that was awesome!"

Imagine the process the authors go through just to get that book to be that good.
An author would draft the story,
Write a proposal,
Revise it,
Edit out any unnecessary things,
Ensure the plot is clear and comprehensible,
Get feedback from an editor,
And then, finally, await the approval of the publisher.

The one who has the final say.
Without his approval, it just won't happen.
The author would have to improvise, rewrite, re-edit.

Tiring, yes.
But it's for their own good.
So that the book would actually be enjoyed by others.
And not merely left wasted and dusty under the bed... or anywhere else for that matter. ^_^v



It's a bit like our life.
Our story.
In this world.

We are like the authors.
In charge of our lives.
We choose our path and walk towards it as how the authors walk towards their initial idea.

Then we'd have the editor.
The one who corrects us by giving us guidelines to live by.
Yes, the sunnah of Propher Muhammad s.a.w.

And then we have The One that makes it all possible.
Allah.

If He rejects our proposal, it's for our own good.
If He changes our plans, it's for our own good.
If He delays our du'a, it's for our own good.

In the end, if we follow these guidance, we won't be at loss.
Because He knows what is best for us.

Be patient.
Trust Him.
He knows. :)

When you do, inshaAllah, your book will be a good one.
One that you will be grateful for achieving in this world.
One that you will receive by your right hand in the hereafter, inshaAllah.
:)

So whatever chapter we may be in, continue the story to be the best that it possibly can be.
Make every new chapter better than the ones before.
We may not know when the ending may be.
But if we follow His guidance, the ending may just be a happy one, inshaAllah.
:)

"Today is where your book begins, 
the rest is still unwritten."
-Natasha Bedingfield, Unwritten



Reminder for myself before others.
Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Tentang Solat Part 3: Was-was & Khusyu'

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Gambar Hiasan


InshaAllah hari ini kita sambung kisah "Tentang Solat" dengan nota-nota ringkas berkaitan dengan was-was dan kekhusyu'an dalam solat. :)

- Perasaan was-was datangnya dari syaitan. Nama syaitan yang mengalir dalam darah kita adalah "khannas" (الخناس).

Jadi, macam mana nak jaga diri dari Khannas? Dari pemakanan kita. Elakkan dari memakan makanan syubhah (yang meragukan).

- Tips dari ustaz: Kalau ngantuk dalam kelas, baca ta'awwuz (a'udzubillahi min as-syaitan ar-rajim) dan tiup ke kiri sebab syaitan ada di sebelah kiri. Tapi hati-hati tiup ye...takut tersembur ke muka kawan sebelah tu. ^_^v

- Masa solat, kalau kita rasa ragu-ragu dengan solat kita, teruskan juga solat. Sebab keraguan  tu datangnya dari syaitan. Kalau betul-betul yakin bahawa solat kita dah batal, baru kita berhenti dan solat semula.

- Tiga tips untuk capai khusyu' dalam solat:

  1. Jaga makan
  2. Memakai wangi-wangian
  3. Kosongkan minda.


- Kalau kita solat dalam keadaan kurang wangi tanpa sengaja tak apa.
Contoh, sehari suntuk kita berjalan ke sana ke mari dan tak sempat membersihkan diri. Lepas letak minyak wangi sikit kita fikir kita dah wangi, rupanya belum. Haa, itu tak apa inshaAllah. Sebab tak sengaja. :)

Tapi kalau sengaja membusukkan diri sebelum solat, boleh jadi haram hukumnya.
Contoh, sengaja peluhkan diri, atau makan makanan yang berbau seperti petai.


------------------------------------------------------------------


Allahua'laam.
Semoga bermanfaat.
Nantikan Tentang Solat Part 4 (part yang terakhir inshaAllah) di masa akan datang. :)

Assalaamu'alaikum.

Tentang Solat Part 2: Kesucian

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Saya kembali ^_^
Kali ini saya akan kongsi bulat-bulat points yang sempat ditulis di dalam buku nota yang berkaitan dengan kesucian dalam solat.
Semoga bermanfaat inshaAllah. :)


Gambar Hiasan


 Hadas

-Tayammum bukan hanya untuk menggantikan whudu', ia boleh juga dilakukan untuk istibaha solat (suci dari hadas besar).

- Kalau sengaja solat dalam keadaan hadas, solat kita tidak sah. Kalau tak sengaja inshaAllah sah. :)

- Kaum Adam dan Hawa haruslah duduk semasa membuang air kecik, dan jangan dilakukan sambil menghadap dinding (bimbang kalau terpercik pada diri tanpa kita sedari).

Najis

- Ada jenis najis yang dimaafkan, dan yang tidak dimaafkan dalam solat.

Contoh najis yang dimaafkan: darah yang tidak mengalir, atau bangkai yang tidak melekat pada badan dan pakaian (contohya: bangkai semut.).

Contoh najis yang tidak dimaafkan: bangkai yang melekat, dan darah yang mengalir.

- Bulu kucing dianggap najis. Andai ia basah dan melekat pada pakaian, ia harus dibersihkan ketika nak solat. (Saya pun baru tahu ni. Terkejut eden).

Pakaian

- Setiap yang kita pakai dikira sebagai pakaian. Sejadah tidak dikira sebagai pakaian sebab kita tak literally pakai/sarungkan sejadah. Jadi, kalau ada najis pada sejadah, solat kita masih sah.

- Walaupun aurat lelaki dari pusat hingga bawah lutut, tetapi adalah lebih beradab untuk berpakaian ketika solat. "Kenapa tak nak pakai baju? Nak tunjuk tough depan Allah?" << ayat ustaz tu.heee~

-----------------------------------------------------------------

InshaAllah part 3 akan menyusul dalam masa yang terdekat. Nantikan. :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Tentang Solat Part 1: Ibadah & Sebab-sebab Uzur dari Solat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

InshaAllah dalam siri "Tentang Solat" ini, saya akan kongsikan beberapa points yang sempat saya ambil semasa ke Talaqqi Express: Belajar Solat Cara Nabi oleh al-fadhil ustaz Mujahid.
Saya akan bahagikan kepada beberapa parts supaya ia lebih ringkas dan mudah untuk dibaca, inshaAllah. :)

Points ini telah diambil dari buku terjemahan dan ulasan kitab Matan Safinah An-Naja oleh sheikh Salim bin Sumair al-Hadrami. InshaAllah ulasan di dalam kitab itu lebih menyeluruh dan lengkap. Apa yang saya akan kongsikan hanyalah ringkasan berserta dengan contoh-contoh yang ustaz Mujahid telah berikan, inshaAllah.

Semoga bermanfaat, inshaAllah. :)

Gambar Hiasan

Ibadah

Syarat-syarat ibadah:

1. Dilakukan kerana Allah
2. Memberi manfaat.

Contoh: Ali memeluk tiang sepanjang hari. Katanya dia lakukan itu kerana Allah.
Adakah ia dikira sebagai satu ibadah?

Walaupun niatnya kerana Allah, namun ia tidak memberi manfaat.
Maka ia tidak dikira sebagai satu ibadah.

3. Tidak bercanggah dengan syari'at.

Contoh: Mencuri untuk memberi sedekah. 


Ia tidak dikira sebagai satu ibadah kerana walaupun ia bermanfaat, dilakukan kerana Allah, namun mencuri sendiri bercanggah dengan syari'at Islam. Maka ia bukan satu ibadah.

Sebab-sebab Uzur dari Solat

1. Tertidur.
2. Terlupa.

Orang yang terlupa untuk solat tidak berdosa kerana mereka tidak sengaja.
Kalau kita sengaja buat diri terlupa, itu salah. Contoh yang ustaz beri, ialah minum semut. Orang dulu-dulu kata, kalau minum semut, kita jadi pelupa. Jadi kita pun letak semut banyak-banyak dalam air dan minum...terus terlupa.. Haa, itu salah; berdosa. (Ini contoh sahaja ye. Contoh je. ^_^)

Contoh yang lebih realistik: Kalau kita sengaja makan ubat tidur banyak-banyak sebab tahu bila bangun nanti kita akan lupa. Ini salah. Wajib ganti solat yang tertinggal tu (sebab sengaja buat diri jadi lupa.)

-----------------------------------------------------------------------------

InshaAllah Part 2 akan menyusul. Saya akan kongsikan points tentang kesucian/toharoh dalam solat, inshaAllah. :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

"Apa yang Menetap Dalam Hati dan Dinyatakan oleh Amal Perbuatan"


بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Terdiam.
Penat.

"Kenapa tak ada yang set up computer ni?"
Lebih kurang ayat pensyarah yang juga kelihatan penat.

Saya lambat masuk kelas.
Rupanya pensyarah pun terlambat.
Tak sedar computer belum on lagi. Biasanya pensyarah minta sesiapa yang sampai awal untuk sediakan computer demi menjimat masa.

Tuan pensyarah mula menegur.
Terdengar istilah "Fardhu 'Ain" dan "Fardhu Kifayah" disebutnya.
"Kalau ada orang meninggal, kita fikir: Oh, tak apa... dia tu ada. Dia akan uruskan jenazah tu...
Tapi kalau si fulan yang menguruskan jenazah pun tiba-tiba meninggal semasa mandikan jenazah tu, macam mana? Siapa yang uruskan jenazah si fulan tu pula
?"
Lebih kurang apa yang dapat ditangkap minda yang keletihan.

Kata-kata pensyarah yang seterusnya ibarat biskut Chipsmore...
Mula-mula ada, lepas tu hilang entah ke mana.
Tiba-tiba pensyarah mengajukan soalan:

"Kalau kita find out behaviour kita dengan orang yang tak beriman pun sama je, apa bezanya kita dengan mereka?"


Terfikir.
Apa bezanya kita dengan mereka yang tidak beriman?
Kita ada Quran dan ahadith sebagai panduan hidup.
Kita berada di jalan yang benar.
Kita punya rasulullah s.a.w sebagai uswatun hasanah, contoh terbaik untuk kita.
Tapi, kita tak ada beza dengan orang yang tidak beriman?
Pelik.

Kalau tiada beza, mesti ada yang tak kena.
Di mana silapnya?
Kebetulan terbaca hadith ini:


"Iman itu bukan dengan tamanni (banyak berangan) dan bukan pula dengan tahalli (banyak berbuat), iman adalah apa yang menetap dalam hati dan dinyatakan oleh amal perbuatan." 
(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu An-Najjar dan Ad-Dailami)



"Di hati dan dinyatakan oleh amal perbuatan".
Apa yang ada di dalam hati ini?
Apa yang sering diingatkan dan difikirkan?
Apakah perbuatan diri ini seiring dengan kepercayaan diri?

Sering sahaja berkata "Islam is the way of life", "Quran itu kalam Allah", dan "Rasulullah s.a.w itu uswatun hasanah...the best of mankind". Tapi sudahkah diri ini cuba sebaik mungkin untuk mengikut hidup gaya Islam yang sebenar?
Adakah diri ini berterusan cuba untuk memahami agama yang indah ini supaya boleh diamalkan dengan sebaiknya?
Atau diri ini sekadar buat apa yang sudah diajar di sekolah dahulu tanpa berusaha untuk terus mencari dan memahami ilmu Allah yang semestinya luas ini?

Untuk mengukur minda, kita lihat pada perbuatan atau behaviour.
Jadi, andai perbuatan kita berbeza dengan apa yang dituturkan, adakah ia bermakna hati kita belum benar-benar menerima Islam?

Diam seribu bahasa.

Fikir dan muhasabah.
Semoga Allah terus jaga.
Allahu a'laam.

Assalaamu'alaikum.

Tentang Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang sahabat telah meminta pendapat,

"Qur pernah fikir tak kalau tak dapat kerja nanti macam mana? Memang Allah dah tentukan rezeki kita, tapi macam mana kalau kita sendiri yang tak terjumpa rezeki itu?"

Diriku kurang mengerti.
Dia cuba terangkan.

"Macam kita nampak nasi di atas meja, nasi tu memang untuk kita, tapi kita biarkan nasi tu. Last2, kucing yang makan."

Diriku mula memahami.

"Kalau dari analogi ni, apa yang Qur faham adalah walaupun kita nampak dan fikirkan nasi tu nasi kita, tapi hakikatnya nasi tu rezeki kucing."



Diriku terdiam seketika.
Betul kan?
Andai Dia izinkan sesuatu itu untuk kita, itulah rezeki kita.
Andai tidak, maka itu bukanlah rezeki kita.

Perlukah kita risau? Sedangkan rezeki Allah itu luas. Dan sesungguhnya Dia Maha Pemurah.
Lihatlah rezeki yang Dia berikan pada kami semua tanpa kami memintanya...
Pernafasan, penglihatan, deria rasa, keluarga, tempat tinggal..
Allah, terlalu banyak hingga tak terkira! Hebatnya cinta Allah. :')

Maka bersyukurlah dengan apa yang ada dan usah terlalu mengejar dan merisaukan sesuatu yang belum atau bukan milik kita.

Adakah ini bermaksud kita tidak boleh meminta?
Semestinya kita boleh meminta. Namun jangan lupa pada apa yang sedia ada.
Belajar untuk bersyukur dengan semua yang diberi walau sekecil mana pun.
Dan inshaAllah, Dia akan menambah rezeki kita tanpa perlu kita minta.

"Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” 
(Surah Ibrahim: 7)


SubhanAllah... hebat sungguh cintaNya. :')

Andai sesuatu itu benar-benar rezeki kita, walau cabaran demi cabaran harus ditempuhi, andai setiap langkah ke arahnya diusahakan sebaiknya, dan dengan berkat doa dan sabar, kita pasti akan mendapatnya.
Andai sesuatu itu bukan rezeki kita, maka bersabarlah dan bersyukurlah. Walaupun kita rasa sesuatu itu yang terbaik untuk kita, tentunya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sesungguhnya di sebalik setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semuanya adalah tarbiyah dariNya. Untuk hamba-hambaNya yang sentiasa sabar dan syukur kepadaNya, inshaAllah. :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

Cahaya yang Malap

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Ilmu itu cahaya. 
Sejak di bangku sekolah lagi, cikgu-cikgu sudah mengajarkan kepada kita bahawa ilmu itu cahaya. 
Tanpa cahaya, kita tak mampu untuk melihat arah tujuan kita. 
Mungkin sahaja kita tersalah jalan, mungkin terlepas anak tangga, mungkin terpijak ekor kucing... 
Semua disebabkan tiada sinar cahaya.

Begitu juga ilmu.
Tanpa ilmu, kita tak mungkin tahu membezakan antara yang benar dan salah, antara yang fakta dan auta.
Tanpa ilmu, kita mungkin terpinga-pinga, dan terkapai-kapai dalam mencari dan mengejar kehidupan.
Tanpa ilmu, kita mudah terpengaruh dan ditipu.

Contoh:
Kita ke kedai untuk membeli air teh secawan. Andai kata kita tidak tahu berapa harga biasa untuk air teh, jika peniaga itu meminta bayaran rm3 dengan mengatakan "Oh, harga teh naik..harga susu naik.. harga cawan pun naik", kemungkinan besar kita akan bayar juga rm3 tu. Tapi dengan ilmu, kita tahu kalau harga teh, susu, dan cawan naik sekalipun, takkan sampai rm3 untuk secawan teh, betul?

Demikianlah pentingnya ilmu dalam kehidupan.
Tanpa ilmu, tiadalah sinaran cahaya untuk menyuluh jejak langkah kita di muka bumi ini.

Namun begitu, terkadang kita rasa susah untuk menerima ilmu.
Rasa susah nak faham. Baca berkali-kali, pergi kuliah sana sini, tetap kita lupa ilmu tu.
Walaupun terkadang dah berkali-kali kawan pesan pada kita, berkali-kali kita terbaca di Facebook atau Twitter, berkali-kali kita lihat ilmuan kongsi ilmu yang sama, tapi tak masuk juga. Selalu je lupa.
Kenapa?

Mungkin sebab hati.
Hati kita gelap...
Bila gelap, cahaya yang masuk kelihatan malap.

Kalau kita lihat orang yang menggunakan lampu picit bila memasuki satu bilik atau gua yang gelap, kita boleh nampak yang cahaya tu tak pergi jauh. Kita mampu menyuluh hingga beberapa meter di hadapan kita, namun kita masih di dalam keadaan gelap gelita.

Begitu juga dengan ilmu di dalam hati yang gelap.
Ilmu itu ada.. cuma agak malap..
Malap ditelan kegelapan.

Macam mana hati kita boleh gelap?
Jeng jeng jeng...

"Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." 
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Kita semua gelak.
Dalam sehari terkadang tak terkira berapa kali kita gelak.
Bahahaha, sana.
Hehehehe, sini.
Kekeke, sinun.

Gelak ni dah jadi satu kebiasaan dalam hidup kita sehingga kalau tak gelak kita akan rasa pelik, kurang mesra, kurang meriah, kurang segalanya.

Ada juga yang mungkin akan berkata: Laughter is the best medicine.
Namun, Rasulullah s.a.w tak ajar pun kita untuk gelak. Malah, baginda s.a.w sendiri tak gelak... Rasulullah s.a.w hanya tersenyum sahaja.. kan?

Bila terlalu banyak gelak, mati dan gelaplah hati kita.
Lalu, bagaimana kita nak harapkan cahaya ilmu itu untuk terus menyinar di dalam hati?

Boleh gelak.. gelak sikit-sikit.. gelak sopan. "Hihihi" gitu.
Kita cuba sama-sama. 
Saya dan anda, inshaAllah. :)

Haa.. lama dah tak tulis blog. Panjang berjela pula post kali ni. ^_^v

Semoga hati-hati kita semua sentiasa dihidupkan dan diterangi cahaya ilmu yang hakiki yang mampu membawa kita lebih dekat pada-Nya, inshaAllah. Harap tegur andai terdapat kesilapan di dalam post ini. Sesungguhnya diri ini hanya hamba Allah yang masih mencari ilmu.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Hanya Manusia Biasa


بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Huk huk huk
Berhabuk sudah blog kesayangan ni.
Kasihan dia...
Update sikit lah. :)

Alhamdulillah, kini saya sudah pun berada di tahun terakhir sebagai mahasiswi IIUM.
4 tahun lebih berlalu dalam sekelip mata.
Seribu satu kenangan telah mengajar dan mematangkan diri.
Matang ke saya ni?
Tak lagi kot. Heh.
Tapi lebih matang dari sebelumnya.



"Akak tengok saya ni macam baik ke?"

"Bukan macam, tapi memang baik."

Allah...
Hebatnya cinta Allah... selemah-lemah diri saya ni, masih lagi Dia jaga dan rahsiakan aib saya..
Ya, kita semua mempunyai kelemahan dan tak lari dari membuat kesilapan...
Kita bukanlah malaikat mahupun nabi yang cantik akhlak dan peribadinya.

Kita hanya manusia biasa yang sering mencuba untuk memperbaiki diri.
Kita masih berusaha untuk jadi yang terbaik yang kita mampu.
Kita masih dalam perjalanan menuju ke arah keredhaan-Nya.
Kita masih terus meneruskan perjuangan sebagai hamba-Nya.

Usahlah pandang tinggi sangat pada diri yang lemah ini.
Diri ini, seperti diri kamu juga... hanya manusia biasa. :)

Walaupun iman dan taqwa itu membezakan kita, namun siapalah kita untuk tahu tahap iman seseorang itu...
Husnuzzhon sentiasa, tapi bersedialah untuk menerima kelemahan diri masing-masing juga.

Panjang pula meleter petang-petang ni. :)
Semoga dapat memberi manfaat walaupun sedikit, inshaAllah.
Allahua'laam.

Assalaamu'alaikum.

Apa Khabarmu Di Sana?

بسم الله الرحمن الرحيم



Adikku sayang,
apa khabarmu di sana?
Cukupkah makan minummu?
Dapatkah dikau merasa nikmat rehat?
Apakah engkau selamat?

Adikku sayang,
Maafkan kakak setiap kali akak terlupakan mu...
Tiap kali akak terlupa untuk mendoakan mu...

Adikku sayang,
di kala akak merindui mak ayah,
yang jauh di mata,
dirimu pasti rindukan mak ayahmu juga...
yang mungkin tak dapat ditemui lagi
di muka bumi.
Kerana mereka sudah kembali 
kepada Ilahi.

Adikku sayang,
di kala akak merungut tak cukup rehat,
terlupa seketika pada dirimu
yang mungkin tak mampu
untuk rehat dengan aman dan tenang.
Hatimu mungkin sentiasa berdebar
Perasaanmu mungkin selalu diselubungi ketakutan...

Adikku sayang,
Tiap kali dentuman mercun 
atau deruman kapal terbang kedengaran,
hati akak terasa tak keruan.
Terfikirkan keadaanmu 
yang mungkin selalu diganggu
bunyi yang lebih dahsyat dari itu.


Adikku sayang,
Maafkan kakak dan abang di sini
yang leka dengan hal duniawi
dan terlupa akan situasi
dirimu wahai adikku.






Pesanan Sayang di Bulan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Ramadhan kareem semuanya~ ^_^
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh barakah, bulan yang semestinya dinanti-nantikan setiap hamba Allah yang beriman. :)



Salah satu 'highlight' sepanjang bulan Ramadhan adalah solat tarawikh. Alhamdulillah, diri ini diberi peluang untuk melalui awal Ramadhan di kampus tercinta ini. Sejuk mata dan redup hati memandang muslimin dan muslimat berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan fardhu Isya' dan juga ibadah sunnah ini.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” 
(Hadith sahih – riwayat Muslim)

SubhanAllah... kalau di hari biasa pun setiap langkah itu dikira, apatah lagi di bulan yang penuh barakah ini? :)

Alangkah indahnya jika sepanjang perjalanan kita ke masjid itu dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, berzikir, beristirghfar, berselawat... atau kalau kita berjalan bersama rakan-rakan, boleh juga kita kongsi ilmu dan tazkirah bersama.

Andai kita cepat mengah dan penat, bolehlah pasang mp3 al-Quran atau zikir dan selawat sepanjang perjalanan itu. ^_^

Elakkan dari berbual kosong, bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah/lagha, mengumpat, menyanyi lagu-lagu yang berunsur duniawi, dan perkara-perkara lain yang tidak mendekatkan hati-hati kita kepada Allah.

Bukankah kita hendak ke masjid untuk mengumpul pahala? Alangkah indahnya kalau kita mampu sediakan hati kita sebelum tiba ke masjid supaya kita akan rasa lebih tenang dan khusyu' ketika menghadapnya nanti, inshaAllah. :)

Allahua'laam.

Sekian tazkirah ringkas dari diri yang dhaif ini. Selamat beribadah~ ^_^
Assalaamu'alaikum wr.

Pimpinlah Saya Ke Syurga Juga

بسم الله الرحمن الرحيم

(Di meeting/group discussion. Terdapat muslim dan juga muslimah di dalam satu kumpulan.)

"Erm, awak lah duduk sebelah dia." (bisik pada sahabat muslimah)

"Kenapa saya pula?"
*Tunjuk pada tudung labuh yang dipakainya*

"Awak lah cakap dekat dia..."
"Saya malu lah.."
"Saya pun sama... dah lah pakai tudung labuh.. tak manis lah..."


...
Assalaamu'alaikum warahmatullah wabarakaatuh 

Kepada muslimah bertudung labuh yang dikasihi semua, pernahkah anda melakukan perkara di atas tadi? Saya mengaku, saya pernah juga... menolak sahabat muslimah untuk mengambil tempat duduk di sebelah lelaki, atau untuk ke hadapan untuk bertanyakan soalan pada lelaki, dan sebagainya. Kadang-kadang, ianya satu reaksi spontan. Sebab terfikir: aku bertudung labuh... aku mesti jaga imej muslimah.

Lupa pula yang sahabat tu juga seorang muslimah walaupun tidak bertudung labuh. Tudung labuh bukan tiket untuk ke syurga. Purdah bukan pass untuk exit dari neraka. Iman dan taqwa itu yang akan memainkan watak utama bila kita berhadapan dengan-Nya kelak. IMAN dan TAQWA.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di hadapan Allah adalah orang yang paling bertaqwa.” 
 (Al-Hujurat, 49:13)

Ya, saya punya hak sebagai muslimah untuk menjaga maruah dan harga diri- tetapi dia juga mempunyai hak yang sama. Sering saja kata-kata "saya sayang awak kerana Allah" dilafazkan, namun perbuatan subconscious/unconscious seperti ini tidak melambangkan cinta kerana Allah.




Rasa selfish bila pentingkan iman sendiri tanpa memikirkan iman orang lain. Benar, cinta pertama adalah untuk diri sendiri. Namun tidakkah kita ingin menyelamatkan iman sahabat kita juga? Dia juga mempunyai rasa malu seperti kita. Mungkin kita biasa lihat dia berinteraksi dengan lelaki- tapi mungkin sebab dia tidak tahu. Tambahan pula kita seakan mengatakan that it's ok for her to continue doing so dengan perbuatan kita tu. Andai kita benar-benar sayangkan dia, tentu kita akan memeliharanya sepertimana kita memelihara diri sendiri.

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri" 
(HR Bukhari dan Muslim)

Dia tetap punya hati dan iman. Dia juga berhak untuk dipelihara. Kalau kita sendiri sering menolaknya ke 'danger zone' ketika berinteraksi dengan lelaki, kelak bila kita lihat dia jadi lain, sila ingat untuk salahkan diri sendiri juga kerana tidak membantu mahupun membimbing. :)



Biasanya kita dengar orang kata "don't judge a book by its cover". Kita boleh juga tukar sikit kepada: "don't judge a Muslimah by the length of her hijab". Kerana kulit buku itu mungkin biasa-biasa, tapi mungkin ceritanya sangat hebat dan penuh pengajaran; buku yang cantik kulitnya pula mungkin biasa-biasa sahaja ceritanya.

Begitu juga mereka. Walaupun dia tidak bertudung labuh, adakah kita tahu isi hatinya? Tahukah kita tahap imannya? Dia juga mungkin sedang bermujahadah untuk mengawal pandangan, untuk menjaga batasan- kita pula menyuruhnya untuk ke hadapan.

"Andai kita cintakan dia, bimbinglah dia ke arah cinta dan redha-Nya. "

Biasanya kita akan kaitkan ayat di atas ini dengan bakal suami atau isteri. Tapi boleh juga sebenarnya untuk kaitkan dengan ukhuwwah fillah yang kita sering ucapkan. Bimbing dan pimpinlah tangannya sekarang di dunia supaya kita boleh sama-sama melangkah masuk ke syurga. Alangkah indahnya andai ukhuwwah kita kekal hingga ke akhirnya. Bayangkan, kalau di akhirat nanti, ternyata timbangan dosa kita lebih berat dan kita hampir-hampir dicampak ke neraka... Tiba-tiba sahabat kita tu datang lalu menghulurkan tangannya untuk tarik kita keluar dan terus membawa kita ke pintu syurga kerana kita telah membantunya semasa di dunia. Hand-in-hand towards Jannah... MashaAllah... suuwwwit gitu. ^_^v


Andai ada silap dan salah pada kata-kata, dalil dan kenyataan, harap betulkan... pimpinlah saya ke syurga juga, inshaAllah. :)
Allahua'laam.

Assalaamu'alaikum.

Dialog dengan Kucing

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sesuram malam nan dingin, begitu juga keadaan hati.
Lalu diriku mengambil keputusan untuk mengambil angin malam dengan harapan ia mampu menuip pergi perasaan yang melemaskan ini.

Alhamdulillah.
Tenang.
Mungkin keadaan bilik yang beraura exam ni yang membuat hati kelam dan sayu.
Mungkin juga sebab rindu keluarga di rumah.
Mungkin juga sebab...-

Eh, kucing.

"Hai kucing!" Diriku menyapa si comel. Muda lagi nampaknya... mungkin masih remaja.
Lantas diriku melabuhkan punggung di sebelah kucing.
Si kucing sedang sibuk membersihkan diri.
Hmm.. kucing ni berwhudu agaknya... nak solat isya', cetus hati.
Sengih sendiri.

Kucing, kucing... lamanya awak mandi... saya nak luahkan hati ni... diriku memujuk si kucing comel.
Bolayan.

Kucing...kucing...
Apa orang nak kata pun, kucing tetap kucing.
Orang nak benci, nak kata kucing jahat pun, kucing tetap kucing.
Orang nak kata kucing kotor dan hodoh pun, kucing tetap je comel.
Kucing tak pernah ambil kisah apa orang kata... 
Orang sayang ke, marah ke, suka ke, benci ke, takut ke, kucing tetap manja dan comel.
Dan yang penting, kucing tetap masuk syurga...

Hmm...
Begitu juga kita kan kucing?
Biarlah apa orang kata atau apa orang fikir tentang kita, yang penting, kita tetap teruskan kehidupan dengan mencintaiNya... teruskan perjuangan untuk mendapat keredhaanNya...
Kenapa harus risaukan pandangan manusia lebih dari pandangan Allah, kan?

Kucing masih sibuk membersihkan diri.
Senyum.

Terima kasih kucing. 
Belai sikit.
Selamat malam.




Allahua'laam.

Tanpa Air, Layulah Bunga

بسم الله الرحمن الرحيم 

Tanpa air, layulah bunga.
Tanpa mentari, matilah ia.

Tanpa iman, matilah hati.
Tanpa taqwa, layulah diri.

Hati ibarat sekuntum bunga,
perlu disiram dan disinarkan cahaya.

Siramkan airmata tanda kesyukuran,
tanda ketaqwaan, tanda keredhaan.

Sinarkan cahaya dengan mengingat Tuhan,
Renungkan kalimahNya di dalam al-Quran.

Dia sentiasa sahaja menanti,
Masihkan ingin menyombong diri?

-----------------------------------------------------------

Terkadang kerana tidak sabarkan solusi untuk hati, kita cepat sahaja mengadu kepada hamba. Sedangkan Dia tak jauh dari kita. Tak perlu online, tak perlu call... Hanya perlu berwhudu' dan membentang sejadah sahaja- free of charge. :)

Tapi itulah kita... sering tak sabar.
Bila tertekan, kita cari dunia...
bila kemurungan, kita cari dunia...
bila keresahan, kita cari dunia...

Apalah yang mampu dunia berikan kepada kita? Sedangkan dunia sendiri adalah milik Dia?
Semuanya datang dari-Nya, maka kepada-Nyalah kita harus kembali.

Teringat kata-kata seorang sahabat:

"Allah sengaja uji kita sebab Dia nak kita bermanja dengan-Nya."

Tak sudikan kita bermanja dengan Tuhan yang mencipta kita?

Jangan pernah jemu mengadu padaNya, kerana Dia sentiasa menantikan rintihan kita. :)


Allahua'laam.
Semoga coretan ringkas ini mampu mendatangkan manfaat walaupun sedikit, inshaAllah.

Assalaamu'alaikum.

Tenang Dalam Ketenangan

بسم الله الرحمن الرحيم



Di dalam kesibukkan dunia,
Seketika Dia memanggil kita.
Untuk sejenak bersama denganNya,
Untuk berkasih dan juga bermanja. 

Hati yang resah 'kan tenang semula, 
Hati yang sedih mampu gembira. 
Jiwa terasa segar semula, 
Begitu jua iman di dada. 

Tenang terasa di dalam ketenangan, 
Dunia dan isinya terus dilupakan. 
Kepada Pencipta nafas dihembuskan, 
Hanya Dia di dalam fikiran. 

Namun tenang itu akan sirna, 
Andai dunia kembali di minda, 
Andai nafsu bermaharajalela, 
Andai di hati, Tuhan tiada.

Pergerakan mula dipercepatkan, 
Risau di hati tentang pekerjaan, 
Resah terasa dek tugas-tugasan, 
Tiada yakin dengan rahmat Tuhan.

Bagaimana harus tenang di dunia, 
Atau ketika ditimpa musibah, 
Andai tiada tenang dirasa, 
Ketika kita berserah padaNya? 

Usah terlalu mengejar dunia, 
usah terlalu mengejar masa, 
sehingga mengorbankan masa kita 
untuk bersama yang Maha Esa.

Sama-samalah kita, inshaAllah.
Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Kmystrix Calligraphy

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

I'm just here to share a few editing from KMYSTRIX Calligraphy. 
Kmystrix Calligraphy is a small but growing (inshaAllah) business that a few friends and myself are involved in. We 'specialize' (if you may) in Arabic calligraphy. Mostly kufi type calligraphy. 

Other than offering graphic edits such as these (pictures attached below) we also provide 
and other stuff as well. ^_^

You can order these in A4 or A3 sizes, with or without frames. :) 
For more information, do visit our FB page HERE. :)




Assalaamu'alaikum.

First Week of New Semester

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


A week has passed since the start of semester and the campus is actually almost deserted. You can film a horror movie here, especially at night. heh. (dah, nanti sendiri takut pula.)

Most of the students are on holiday. It's CNY this Sunday and our holidays are up 'till Tuesday. So most of them had already gone back as early as Thursday evening. Even my roommates have gone home. Me? Well, let's just say it's more convenient for me to stay even though I'd love to be at home more than anything right now. :3

But spending time alone is not at all a bad thing. You would have time to reflect on yourself. But spending too much time alone is not a good thing either. It's like they say, no man is an island. In other words, we are not meant to be alone. We need social interaction. So I guess, both are important and should be balanced throughout our living days.

Unfortunately, I can't say I'm quite balanced right now due to the fact that I've been spending a LOT of time alone. I wonder when the others are coming back. It has only been 2 days... and I have 3 more days to survive. Hemo hemo :]  Oh Allah, please assist me. 

And the cafeteria seemed quite deserted as well. Most of the stalls are closed so there aren't as many food choices as usual. Oh well, you can't die by eating biscuits and jam for 3 days right?

Hehe, don't worry mak. I'll find proper food tomorrow, inshaAllah. :)

A healthy diet is important because this body our soul lives in is not ours. It belongs to Him. So if we keep gorging ourselves or starving ourselves from proper nutrition, doesn't that mean we are not taking good care of His property? He trusted us with this body. And as Muslims, we should not carry out the amanah so carelessly.



I'm rambling.



Well, it has been a while since I've made a personal post, yes?
So, there you go. :)
May Allah bless you.

Assalaamu'alaikum wr.

Mencari Tudung Labuh? :)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (al-Ahzab:59)

Gambar Hiasan
Sudah beberapa akhowat bertanya di mana saya membeli tudung-tudung saya. Untuk pengetahuan umum, tudung labuh ni ada 3 bentuk: bulat, bujur dan segi tiga. Biasanya, kalau kita ke kedai, kita akan dapati banyak yang menjual tudung labuh bentuk bulat.

Ada yang memang selesa dengan tudung potongan bulat ini kerana ia labuh di setiap bahagian. Tapi saya sendiri lebih selesa dengan potongan bujur di mana bahagian depan dan belakang lebih labuh dari bahagian tepi. Ini kerana saya rasa lebih mudah bergerak dan selesa dengan potongan bujur ini.


Dan tudung ini ada dijual di Butik Raudhah. Saya minat tudung-tudung di sini kerana bentuknya (bujur) dan kainnya yang selesa. ^_^ Selain tu, haa, lihatlah pilihan warna yang ada!


Cantik dan menarik, membuat hatiku tertarik. ^_^

Kalau jenis biasa (plain) seperti yang saya pakai di dalam gambar tadi, ia dijual dengan harga RM30. Hampir semua tudung saya dibeli dari Butik Raudhah ni. :)

Rakan-rakan UIA juga mungkin pernah nampak saya pakai tudung warna coklat. Kalau perasan (kalau tak perasan tak apa, ni saya nak perasankan.hehe), tudung coklat ni berbeza sedikit dari tudung-tudung yang lain kerana ia dibeli di kedai yang lain iaitu di kedai Ukhuwah Muslimah.


Kain tudung ni berbeza dari tudung dari Butik Raudhah. Agak tipis sedikit tapi tetap selesa. :) Potongannya bujur juga cuma bahagian depannya lebih bulat dari tudung Butik Raudhah tadi. Harganya cuma RM28 sahaja. Pilihan warnanya juga banyak dan menarik. :D

Kalau inginkan tudung labuh dengan harga yang lebih murah lagi, anda boleh juga cuba jahit sendiri. Tak susah sebenarnya. Guna tangan pun sudah memadai inshaAllah. :) Cara-caranya? InshaAllah mudah sahaja... anda boleh rujuk video di sini. ^_^ Ramai muslimah yang jahit tudung sendiri kerana lebih murah dan flexible. Kainnya boleh didapati di kebanyakkan kedai kain. Minta sahaja 'kain tudung' atau kain koshibo. :)

Harapnya post ini sedikit sebanyak dapat membantu akhowat di luar sana yang ingin mencari tudung labuh juga. Semoga niat untuk berhijrah ke tudung labuh ni disucikan dan semoga diberi kekuatan unutk terus istiqamah inshaAllah. :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Kita dah terbiasa

بسم الله الرحمن الرحيم



Kita dah terbiasa dengan kesenangan,
sebab tu kita takut hidup susah.

Kita dah terbiasa dengan gelak sakan,
sebab tu kita jarang berdiam sahaja.

Kita dah terbiasa dengan makanan barat,
sebab tu kita tak mampu meninggalkannya.

Kita dah terbiasa dengan 'tipu sunat',
sebab tu kita susah nak berkata benar.

Kita dah terbiasa dengan dedahan aurat,
sebab tu kita pelik bila ada yang menjaga.

Kita dah terbiasa dengan dosa,
sebab tu kita rasa tak apa-apa.

Kalau kita dah terbiasa dengan hidup bertuhan,
tentu mudah untuk kita tinggalkan dunia.

Allahua'lam.