Mencari Tudung Labuh? :)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (al-Ahzab:59)

Gambar Hiasan
Sudah beberapa akhowat bertanya di mana saya membeli tudung-tudung saya. Untuk pengetahuan umum, tudung labuh ni ada 3 bentuk: bulat, bujur dan segi tiga. Biasanya, kalau kita ke kedai, kita akan dapati banyak yang menjual tudung labuh bentuk bulat.

Ada yang memang selesa dengan tudung potongan bulat ini kerana ia labuh di setiap bahagian. Tapi saya sendiri lebih selesa dengan potongan bujur di mana bahagian depan dan belakang lebih labuh dari bahagian tepi. Ini kerana saya rasa lebih mudah bergerak dan selesa dengan potongan bujur ini.


Dan tudung ini ada dijual di Butik Raudhah. Saya minat tudung-tudung di sini kerana bentuknya (bujur) dan kainnya yang selesa. ^_^ Selain tu, haa, lihatlah pilihan warna yang ada!


Cantik dan menarik, membuat hatiku tertarik. ^_^

Kalau jenis biasa (plain) seperti yang saya pakai di dalam gambar tadi, ia dijual dengan harga RM30. Hampir semua tudung saya dibeli dari Butik Raudhah ni. :)

Rakan-rakan UIA juga mungkin pernah nampak saya pakai tudung warna coklat. Kalau perasan (kalau tak perasan tak apa, ni saya nak perasankan.hehe), tudung coklat ni berbeza sedikit dari tudung-tudung yang lain kerana ia dibeli di kedai yang lain iaitu di kedai Ukhuwah Muslimah.


Kain tudung ni berbeza dari tudung dari Butik Raudhah. Agak tipis sedikit tapi tetap selesa. :) Potongannya bujur juga cuma bahagian depannya lebih bulat dari tudung Butik Raudhah tadi. Harganya cuma RM28 sahaja. Pilihan warnanya juga banyak dan menarik. :D

Kalau inginkan tudung labuh dengan harga yang lebih murah lagi, anda boleh juga cuba jahit sendiri. Tak susah sebenarnya. Guna tangan pun sudah memadai inshaAllah. :) Cara-caranya? InshaAllah mudah sahaja... anda boleh rujuk video di sini. ^_^ Ramai muslimah yang jahit tudung sendiri kerana lebih murah dan flexible. Kainnya boleh didapati di kebanyakkan kedai kain. Minta sahaja 'kain tudung' atau kain koshibo. :)

Harapnya post ini sedikit sebanyak dapat membantu akhowat di luar sana yang ingin mencari tudung labuh juga. Semoga niat untuk berhijrah ke tudung labuh ni disucikan dan semoga diberi kekuatan unutk terus istiqamah inshaAllah. :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Kita dah terbiasa

بسم الله الرحمن الرحيم



Kita dah terbiasa dengan kesenangan,
sebab tu kita takut hidup susah.

Kita dah terbiasa dengan gelak sakan,
sebab tu kita jarang berdiam sahaja.

Kita dah terbiasa dengan makanan barat,
sebab tu kita tak mampu meninggalkannya.

Kita dah terbiasa dengan 'tipu sunat',
sebab tu kita susah nak berkata benar.

Kita dah terbiasa dengan dedahan aurat,
sebab tu kita pelik bila ada yang menjaga.

Kita dah terbiasa dengan dosa,
sebab tu kita rasa tak apa-apa.

Kalau kita dah terbiasa dengan hidup bertuhan,
tentu mudah untuk kita tinggalkan dunia.

Allahua'lam.