Tanpa Air, Layulah Bunga

بسم الله الرحمن الرحيم 

Tanpa air, layulah bunga.
Tanpa mentari, matilah ia.

Tanpa iman, matilah hati.
Tanpa taqwa, layulah diri.

Hati ibarat sekuntum bunga,
perlu disiram dan disinarkan cahaya.

Siramkan airmata tanda kesyukuran,
tanda ketaqwaan, tanda keredhaan.

Sinarkan cahaya dengan mengingat Tuhan,
Renungkan kalimahNya di dalam al-Quran.

Dia sentiasa sahaja menanti,
Masihkan ingin menyombong diri?

-----------------------------------------------------------

Terkadang kerana tidak sabarkan solusi untuk hati, kita cepat sahaja mengadu kepada hamba. Sedangkan Dia tak jauh dari kita. Tak perlu online, tak perlu call... Hanya perlu berwhudu' dan membentang sejadah sahaja- free of charge. :)

Tapi itulah kita... sering tak sabar.
Bila tertekan, kita cari dunia...
bila kemurungan, kita cari dunia...
bila keresahan, kita cari dunia...

Apalah yang mampu dunia berikan kepada kita? Sedangkan dunia sendiri adalah milik Dia?
Semuanya datang dari-Nya, maka kepada-Nyalah kita harus kembali.

Teringat kata-kata seorang sahabat:

"Allah sengaja uji kita sebab Dia nak kita bermanja dengan-Nya."

Tak sudikan kita bermanja dengan Tuhan yang mencipta kita?

Jangan pernah jemu mengadu padaNya, kerana Dia sentiasa menantikan rintihan kita. :)


Allahua'laam.
Semoga coretan ringkas ini mampu mendatangkan manfaat walaupun sedikit, inshaAllah.

Assalaamu'alaikum.