Tanpa Air, Layulah Bunga

بسم الله الرحمن الرحيم 

Tanpa air, layulah bunga.
Tanpa mentari, matilah ia.

Tanpa iman, matilah hati.
Tanpa taqwa, layulah diri.

Hati ibarat sekuntum bunga,
perlu disiram dan disinarkan cahaya.

Siramkan airmata tanda kesyukuran,
tanda ketaqwaan, tanda keredhaan.

Sinarkan cahaya dengan mengingat Tuhan,
Renungkan kalimahNya di dalam al-Quran.

Dia sentiasa sahaja menanti,
Masihkan ingin menyombong diri?

-----------------------------------------------------------

Terkadang kerana tidak sabarkan solusi untuk hati, kita cepat sahaja mengadu kepada hamba. Sedangkan Dia tak jauh dari kita. Tak perlu online, tak perlu call... Hanya perlu berwhudu' dan membentang sejadah sahaja- free of charge. :)

Tapi itulah kita... sering tak sabar.
Bila tertekan, kita cari dunia...
bila kemurungan, kita cari dunia...
bila keresahan, kita cari dunia...

Apalah yang mampu dunia berikan kepada kita? Sedangkan dunia sendiri adalah milik Dia?
Semuanya datang dari-Nya, maka kepada-Nyalah kita harus kembali.

Teringat kata-kata seorang sahabat:

"Allah sengaja uji kita sebab Dia nak kita bermanja dengan-Nya."

Tak sudikan kita bermanja dengan Tuhan yang mencipta kita?

Jangan pernah jemu mengadu padaNya, kerana Dia sentiasa menantikan rintihan kita. :)


Allahua'laam.
Semoga coretan ringkas ini mampu mendatangkan manfaat walaupun sedikit, inshaAllah.

Assalaamu'alaikum.

5 comments

  1. assalamu^alaikum saudari, sy mmg kagum kata2 motivasi yg saudari hamburkan dlm blog ni..tp ada sedikit perkongsian yg sy nk share skit..pasal word "bermanja" tu, sy higly recommend kpd utk modify penggunaan perkataan tu kpd yg lebih appropriate..istilah "bermanja"ni amatlah x sesuai diisbatkan kpd Allah krna istilah tu sendiri merujuk kpd behavior sprti berjinak2kan, bermesra2an...sy khuatir bila saudari guna istilah ni, ia akan membuka ruang imaginasi yg boleh mngundang syirik dlm fikiran kita mengenai Allah..sy tau mngkin saudari x beranggapan sebegitu, tp perkataan ni mmg tiada makna lain da selain yg sy mnetioned td..kata Imam At-Thohawiyy : من وصف الله بمعنى من معاني البشر، فقد كفر "barasiapa yg menyifatkan Allah dgn sifat makhluk,maka ia telah kufur" ;)kalau saudari mahukan lebih pencerahan boleh refer pd sy nnti

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalaam wr.

    Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi menegur. Saya faham kata Imam itu. Tidak berniat langsung untuk jadikan ia seperti itu...

    Hmm, jadi, perkataan apa yang lebih sesuai untuk digunakan ya? :)

    ReplyDelete
  3. Assalamu^alaikum, terima kasih kerana saudari sudi berlapang dada... if possible, saudari cbe lar guna ibarah2 yg dah warik dlm al-Quran dan hadith contoh sperti 'menyayangi, kasihkan, merahmati, list of asma wa sifat'...cbe elakkan diri dari mnggunakan word2 yg mngandungi double meaning, tp ianya berat ke arah makna yg syirik sprti, pelukan, bermanja2, bercakap-cakap(selain dri context para anbiya'), dan jg perkataan2 yg menyandarkn Allah dgn sifat2 yg unik utk makhluk..adapun kalau perkataan yg da warik dlm Quran n Hadith sperti "Melihat/ Mendengar" itu perlulah fahami dgn makna yg bersesuain dgn Allah, yakni rabb yg 'Azim, contoh: Allah melihat bkn seperti makhluk melihat, Allah melihat x berhajat pd anggota, cahaya, warna sebagaimana makhluk melihat.. Allah berfirman dalam al-Quran "لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ" Mafhumnya: “Tiada suatupun yang sama seperti-Nya” ;)

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalaam wr.

    Baiklah inshaAllah. Jazaakallahu khairan atas teguran dan perkongsian ilmu. InshaAllah perubahan akan diusahakan di masa yang terdekat.

    Allahu yubaarik fik. :)

    ReplyDelete
  5. Akramakillah :)

    ReplyDelete