Pimpinlah Saya Ke Syurga Juga

بسم الله الرحمن الرحيم

(Di meeting/group discussion. Terdapat muslim dan juga muslimah di dalam satu kumpulan.)

"Erm, awak lah duduk sebelah dia." (bisik pada sahabat muslimah)

"Kenapa saya pula?"
*Tunjuk pada tudung labuh yang dipakainya*

"Awak lah cakap dekat dia..."
"Saya malu lah.."
"Saya pun sama... dah lah pakai tudung labuh.. tak manis lah..."


...
Assalaamu'alaikum warahmatullah wabarakaatuh 

Kepada muslimah bertudung labuh yang dikasihi semua, pernahkah anda melakukan perkara di atas tadi? Saya mengaku, saya pernah juga... menolak sahabat muslimah untuk mengambil tempat duduk di sebelah lelaki, atau untuk ke hadapan untuk bertanyakan soalan pada lelaki, dan sebagainya. Kadang-kadang, ianya satu reaksi spontan. Sebab terfikir: aku bertudung labuh... aku mesti jaga imej muslimah.

Lupa pula yang sahabat tu juga seorang muslimah walaupun tidak bertudung labuh. Tudung labuh bukan tiket untuk ke syurga. Purdah bukan pass untuk exit dari neraka. Iman dan taqwa itu yang akan memainkan watak utama bila kita berhadapan dengan-Nya kelak. IMAN dan TAQWA.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di hadapan Allah adalah orang yang paling bertaqwa.” 
 (Al-Hujurat, 49:13)

Ya, saya punya hak sebagai muslimah untuk menjaga maruah dan harga diri- tetapi dia juga mempunyai hak yang sama. Sering saja kata-kata "saya sayang awak kerana Allah" dilafazkan, namun perbuatan subconscious/unconscious seperti ini tidak melambangkan cinta kerana Allah.




Rasa selfish bila pentingkan iman sendiri tanpa memikirkan iman orang lain. Benar, cinta pertama adalah untuk diri sendiri. Namun tidakkah kita ingin menyelamatkan iman sahabat kita juga? Dia juga mempunyai rasa malu seperti kita. Mungkin kita biasa lihat dia berinteraksi dengan lelaki- tapi mungkin sebab dia tidak tahu. Tambahan pula kita seakan mengatakan that it's ok for her to continue doing so dengan perbuatan kita tu. Andai kita benar-benar sayangkan dia, tentu kita akan memeliharanya sepertimana kita memelihara diri sendiri.

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri" 
(HR Bukhari dan Muslim)

Dia tetap punya hati dan iman. Dia juga berhak untuk dipelihara. Kalau kita sendiri sering menolaknya ke 'danger zone' ketika berinteraksi dengan lelaki, kelak bila kita lihat dia jadi lain, sila ingat untuk salahkan diri sendiri juga kerana tidak membantu mahupun membimbing. :)



Biasanya kita dengar orang kata "don't judge a book by its cover". Kita boleh juga tukar sikit kepada: "don't judge a Muslimah by the length of her hijab". Kerana kulit buku itu mungkin biasa-biasa, tapi mungkin ceritanya sangat hebat dan penuh pengajaran; buku yang cantik kulitnya pula mungkin biasa-biasa sahaja ceritanya.

Begitu juga mereka. Walaupun dia tidak bertudung labuh, adakah kita tahu isi hatinya? Tahukah kita tahap imannya? Dia juga mungkin sedang bermujahadah untuk mengawal pandangan, untuk menjaga batasan- kita pula menyuruhnya untuk ke hadapan.

"Andai kita cintakan dia, bimbinglah dia ke arah cinta dan redha-Nya. "

Biasanya kita akan kaitkan ayat di atas ini dengan bakal suami atau isteri. Tapi boleh juga sebenarnya untuk kaitkan dengan ukhuwwah fillah yang kita sering ucapkan. Bimbing dan pimpinlah tangannya sekarang di dunia supaya kita boleh sama-sama melangkah masuk ke syurga. Alangkah indahnya andai ukhuwwah kita kekal hingga ke akhirnya. Bayangkan, kalau di akhirat nanti, ternyata timbangan dosa kita lebih berat dan kita hampir-hampir dicampak ke neraka... Tiba-tiba sahabat kita tu datang lalu menghulurkan tangannya untuk tarik kita keluar dan terus membawa kita ke pintu syurga kerana kita telah membantunya semasa di dunia. Hand-in-hand towards Jannah... MashaAllah... suuwwwit gitu. ^_^v


Andai ada silap dan salah pada kata-kata, dalil dan kenyataan, harap betulkan... pimpinlah saya ke syurga juga, inshaAllah. :)
Allahua'laam.

Assalaamu'alaikum.

Dialog dengan Kucing

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sesuram malam nan dingin, begitu juga keadaan hati.
Lalu diriku mengambil keputusan untuk mengambil angin malam dengan harapan ia mampu menuip pergi perasaan yang melemaskan ini.

Alhamdulillah.
Tenang.
Mungkin keadaan bilik yang beraura exam ni yang membuat hati kelam dan sayu.
Mungkin juga sebab rindu keluarga di rumah.
Mungkin juga sebab...-

Eh, kucing.

"Hai kucing!" Diriku menyapa si comel. Muda lagi nampaknya... mungkin masih remaja.
Lantas diriku melabuhkan punggung di sebelah kucing.
Si kucing sedang sibuk membersihkan diri.
Hmm.. kucing ni berwhudu agaknya... nak solat isya', cetus hati.
Sengih sendiri.

Kucing, kucing... lamanya awak mandi... saya nak luahkan hati ni... diriku memujuk si kucing comel.
Bolayan.

Kucing...kucing...
Apa orang nak kata pun, kucing tetap kucing.
Orang nak benci, nak kata kucing jahat pun, kucing tetap kucing.
Orang nak kata kucing kotor dan hodoh pun, kucing tetap je comel.
Kucing tak pernah ambil kisah apa orang kata... 
Orang sayang ke, marah ke, suka ke, benci ke, takut ke, kucing tetap manja dan comel.
Dan yang penting, kucing tetap masuk syurga...

Hmm...
Begitu juga kita kan kucing?
Biarlah apa orang kata atau apa orang fikir tentang kita, yang penting, kita tetap teruskan kehidupan dengan mencintaiNya... teruskan perjuangan untuk mendapat keredhaanNya...
Kenapa harus risaukan pandangan manusia lebih dari pandangan Allah, kan?

Kucing masih sibuk membersihkan diri.
Senyum.

Terima kasih kucing. 
Belai sikit.
Selamat malam.




Allahua'laam.