Pesanan Sayang di Bulan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Ramadhan kareem semuanya~ ^_^
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh barakah, bulan yang semestinya dinanti-nantikan setiap hamba Allah yang beriman. :)



Salah satu 'highlight' sepanjang bulan Ramadhan adalah solat tarawikh. Alhamdulillah, diri ini diberi peluang untuk melalui awal Ramadhan di kampus tercinta ini. Sejuk mata dan redup hati memandang muslimin dan muslimat berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan fardhu Isya' dan juga ibadah sunnah ini.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” 
(Hadith sahih – riwayat Muslim)

SubhanAllah... kalau di hari biasa pun setiap langkah itu dikira, apatah lagi di bulan yang penuh barakah ini? :)

Alangkah indahnya jika sepanjang perjalanan kita ke masjid itu dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, berzikir, beristirghfar, berselawat... atau kalau kita berjalan bersama rakan-rakan, boleh juga kita kongsi ilmu dan tazkirah bersama.

Andai kita cepat mengah dan penat, bolehlah pasang mp3 al-Quran atau zikir dan selawat sepanjang perjalanan itu. ^_^

Elakkan dari berbual kosong, bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah/lagha, mengumpat, menyanyi lagu-lagu yang berunsur duniawi, dan perkara-perkara lain yang tidak mendekatkan hati-hati kita kepada Allah.

Bukankah kita hendak ke masjid untuk mengumpul pahala? Alangkah indahnya kalau kita mampu sediakan hati kita sebelum tiba ke masjid supaya kita akan rasa lebih tenang dan khusyu' ketika menghadapnya nanti, inshaAllah. :)

Allahua'laam.

Sekian tazkirah ringkas dari diri yang dhaif ini. Selamat beribadah~ ^_^
Assalaamu'alaikum wr.

No comments