Tentang Solat Part 2: Kesucian

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Saya kembali ^_^
Kali ini saya akan kongsi bulat-bulat points yang sempat ditulis di dalam buku nota yang berkaitan dengan kesucian dalam solat.
Semoga bermanfaat inshaAllah. :)


Gambar Hiasan


 Hadas

-Tayammum bukan hanya untuk menggantikan whudu', ia boleh juga dilakukan untuk istibaha solat (suci dari hadas besar).

- Kalau sengaja solat dalam keadaan hadas, solat kita tidak sah. Kalau tak sengaja inshaAllah sah. :)

- Kaum Adam dan Hawa haruslah duduk semasa membuang air kecik, dan jangan dilakukan sambil menghadap dinding (bimbang kalau terpercik pada diri tanpa kita sedari).

Najis

- Ada jenis najis yang dimaafkan, dan yang tidak dimaafkan dalam solat.

Contoh najis yang dimaafkan: darah yang tidak mengalir, atau bangkai yang tidak melekat pada badan dan pakaian (contohya: bangkai semut.).

Contoh najis yang tidak dimaafkan: bangkai yang melekat, dan darah yang mengalir.

- Bulu kucing dianggap najis. Andai ia basah dan melekat pada pakaian, ia harus dibersihkan ketika nak solat. (Saya pun baru tahu ni. Terkejut eden).

Pakaian

- Setiap yang kita pakai dikira sebagai pakaian. Sejadah tidak dikira sebagai pakaian sebab kita tak literally pakai/sarungkan sejadah. Jadi, kalau ada najis pada sejadah, solat kita masih sah.

- Walaupun aurat lelaki dari pusat hingga bawah lutut, tetapi adalah lebih beradab untuk berpakaian ketika solat. "Kenapa tak nak pakai baju? Nak tunjuk tough depan Allah?" << ayat ustaz tu.heee~

-----------------------------------------------------------------

InshaAllah part 3 akan menyusul dalam masa yang terdekat. Nantikan. :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Tentang Solat Part 1: Ibadah & Sebab-sebab Uzur dari Solat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

InshaAllah dalam siri "Tentang Solat" ini, saya akan kongsikan beberapa points yang sempat saya ambil semasa ke Talaqqi Express: Belajar Solat Cara Nabi oleh al-fadhil ustaz Mujahid.
Saya akan bahagikan kepada beberapa parts supaya ia lebih ringkas dan mudah untuk dibaca, inshaAllah. :)

Points ini telah diambil dari buku terjemahan dan ulasan kitab Matan Safinah An-Naja oleh sheikh Salim bin Sumair al-Hadrami. InshaAllah ulasan di dalam kitab itu lebih menyeluruh dan lengkap. Apa yang saya akan kongsikan hanyalah ringkasan berserta dengan contoh-contoh yang ustaz Mujahid telah berikan, inshaAllah.

Semoga bermanfaat, inshaAllah. :)

Gambar Hiasan

Ibadah

Syarat-syarat ibadah:

1. Dilakukan kerana Allah
2. Memberi manfaat.

Contoh: Ali memeluk tiang sepanjang hari. Katanya dia lakukan itu kerana Allah.
Adakah ia dikira sebagai satu ibadah?

Walaupun niatnya kerana Allah, namun ia tidak memberi manfaat.
Maka ia tidak dikira sebagai satu ibadah.

3. Tidak bercanggah dengan syari'at.

Contoh: Mencuri untuk memberi sedekah. 


Ia tidak dikira sebagai satu ibadah kerana walaupun ia bermanfaat, dilakukan kerana Allah, namun mencuri sendiri bercanggah dengan syari'at Islam. Maka ia bukan satu ibadah.

Sebab-sebab Uzur dari Solat

1. Tertidur.
2. Terlupa.

Orang yang terlupa untuk solat tidak berdosa kerana mereka tidak sengaja.
Kalau kita sengaja buat diri terlupa, itu salah. Contoh yang ustaz beri, ialah minum semut. Orang dulu-dulu kata, kalau minum semut, kita jadi pelupa. Jadi kita pun letak semut banyak-banyak dalam air dan minum...terus terlupa.. Haa, itu salah; berdosa. (Ini contoh sahaja ye. Contoh je. ^_^)

Contoh yang lebih realistik: Kalau kita sengaja makan ubat tidur banyak-banyak sebab tahu bila bangun nanti kita akan lupa. Ini salah. Wajib ganti solat yang tertinggal tu (sebab sengaja buat diri jadi lupa.)

-----------------------------------------------------------------------------

InshaAllah Part 2 akan menyusul. Saya akan kongsikan points tentang kesucian/toharoh dalam solat, inshaAllah. :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

"Apa yang Menetap Dalam Hati dan Dinyatakan oleh Amal Perbuatan"


بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Terdiam.
Penat.

"Kenapa tak ada yang set up computer ni?"
Lebih kurang ayat pensyarah yang juga kelihatan penat.

Saya lambat masuk kelas.
Rupanya pensyarah pun terlambat.
Tak sedar computer belum on lagi. Biasanya pensyarah minta sesiapa yang sampai awal untuk sediakan computer demi menjimat masa.

Tuan pensyarah mula menegur.
Terdengar istilah "Fardhu 'Ain" dan "Fardhu Kifayah" disebutnya.
"Kalau ada orang meninggal, kita fikir: Oh, tak apa... dia tu ada. Dia akan uruskan jenazah tu...
Tapi kalau si fulan yang menguruskan jenazah pun tiba-tiba meninggal semasa mandikan jenazah tu, macam mana? Siapa yang uruskan jenazah si fulan tu pula
?"
Lebih kurang apa yang dapat ditangkap minda yang keletihan.

Kata-kata pensyarah yang seterusnya ibarat biskut Chipsmore...
Mula-mula ada, lepas tu hilang entah ke mana.
Tiba-tiba pensyarah mengajukan soalan:

"Kalau kita find out behaviour kita dengan orang yang tak beriman pun sama je, apa bezanya kita dengan mereka?"


Terfikir.
Apa bezanya kita dengan mereka yang tidak beriman?
Kita ada Quran dan ahadith sebagai panduan hidup.
Kita berada di jalan yang benar.
Kita punya rasulullah s.a.w sebagai uswatun hasanah, contoh terbaik untuk kita.
Tapi, kita tak ada beza dengan orang yang tidak beriman?
Pelik.

Kalau tiada beza, mesti ada yang tak kena.
Di mana silapnya?
Kebetulan terbaca hadith ini:


"Iman itu bukan dengan tamanni (banyak berangan) dan bukan pula dengan tahalli (banyak berbuat), iman adalah apa yang menetap dalam hati dan dinyatakan oleh amal perbuatan." 
(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu An-Najjar dan Ad-Dailami)



"Di hati dan dinyatakan oleh amal perbuatan".
Apa yang ada di dalam hati ini?
Apa yang sering diingatkan dan difikirkan?
Apakah perbuatan diri ini seiring dengan kepercayaan diri?

Sering sahaja berkata "Islam is the way of life", "Quran itu kalam Allah", dan "Rasulullah s.a.w itu uswatun hasanah...the best of mankind". Tapi sudahkah diri ini cuba sebaik mungkin untuk mengikut hidup gaya Islam yang sebenar?
Adakah diri ini berterusan cuba untuk memahami agama yang indah ini supaya boleh diamalkan dengan sebaiknya?
Atau diri ini sekadar buat apa yang sudah diajar di sekolah dahulu tanpa berusaha untuk terus mencari dan memahami ilmu Allah yang semestinya luas ini?

Untuk mengukur minda, kita lihat pada perbuatan atau behaviour.
Jadi, andai perbuatan kita berbeza dengan apa yang dituturkan, adakah ia bermakna hati kita belum benar-benar menerima Islam?

Diam seribu bahasa.

Fikir dan muhasabah.
Semoga Allah terus jaga.
Allahu a'laam.

Assalaamu'alaikum.