Tentang Solat Part 1: Ibadah & Sebab-sebab Uzur dari Solat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

InshaAllah dalam siri "Tentang Solat" ini, saya akan kongsikan beberapa points yang sempat saya ambil semasa ke Talaqqi Express: Belajar Solat Cara Nabi oleh al-fadhil ustaz Mujahid.
Saya akan bahagikan kepada beberapa parts supaya ia lebih ringkas dan mudah untuk dibaca, inshaAllah. :)

Points ini telah diambil dari buku terjemahan dan ulasan kitab Matan Safinah An-Naja oleh sheikh Salim bin Sumair al-Hadrami. InshaAllah ulasan di dalam kitab itu lebih menyeluruh dan lengkap. Apa yang saya akan kongsikan hanyalah ringkasan berserta dengan contoh-contoh yang ustaz Mujahid telah berikan, inshaAllah.

Semoga bermanfaat, inshaAllah. :)

Gambar Hiasan

Ibadah

Syarat-syarat ibadah:

1. Dilakukan kerana Allah
2. Memberi manfaat.

Contoh: Ali memeluk tiang sepanjang hari. Katanya dia lakukan itu kerana Allah.
Adakah ia dikira sebagai satu ibadah?

Walaupun niatnya kerana Allah, namun ia tidak memberi manfaat.
Maka ia tidak dikira sebagai satu ibadah.

3. Tidak bercanggah dengan syari'at.

Contoh: Mencuri untuk memberi sedekah. 


Ia tidak dikira sebagai satu ibadah kerana walaupun ia bermanfaat, dilakukan kerana Allah, namun mencuri sendiri bercanggah dengan syari'at Islam. Maka ia bukan satu ibadah.

Sebab-sebab Uzur dari Solat

1. Tertidur.
2. Terlupa.

Orang yang terlupa untuk solat tidak berdosa kerana mereka tidak sengaja.
Kalau kita sengaja buat diri terlupa, itu salah. Contoh yang ustaz beri, ialah minum semut. Orang dulu-dulu kata, kalau minum semut, kita jadi pelupa. Jadi kita pun letak semut banyak-banyak dalam air dan minum...terus terlupa.. Haa, itu salah; berdosa. (Ini contoh sahaja ye. Contoh je. ^_^)

Contoh yang lebih realistik: Kalau kita sengaja makan ubat tidur banyak-banyak sebab tahu bila bangun nanti kita akan lupa. Ini salah. Wajib ganti solat yang tertinggal tu (sebab sengaja buat diri jadi lupa.)

-----------------------------------------------------------------------------

InshaAllah Part 2 akan menyusul. Saya akan kongsikan points tentang kesucian/toharoh dalam solat, inshaAllah. :)

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum wr.

No comments