"Apa yang Menetap Dalam Hati dan Dinyatakan oleh Amal Perbuatan"


بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Terdiam.
Penat.

"Kenapa tak ada yang set up computer ni?"
Lebih kurang ayat pensyarah yang juga kelihatan penat.

Saya lambat masuk kelas.
Rupanya pensyarah pun terlambat.
Tak sedar computer belum on lagi. Biasanya pensyarah minta sesiapa yang sampai awal untuk sediakan computer demi menjimat masa.

Tuan pensyarah mula menegur.
Terdengar istilah "Fardhu 'Ain" dan "Fardhu Kifayah" disebutnya.
"Kalau ada orang meninggal, kita fikir: Oh, tak apa... dia tu ada. Dia akan uruskan jenazah tu...
Tapi kalau si fulan yang menguruskan jenazah pun tiba-tiba meninggal semasa mandikan jenazah tu, macam mana? Siapa yang uruskan jenazah si fulan tu pula
?"
Lebih kurang apa yang dapat ditangkap minda yang keletihan.

Kata-kata pensyarah yang seterusnya ibarat biskut Chipsmore...
Mula-mula ada, lepas tu hilang entah ke mana.
Tiba-tiba pensyarah mengajukan soalan:

"Kalau kita find out behaviour kita dengan orang yang tak beriman pun sama je, apa bezanya kita dengan mereka?"


Terfikir.
Apa bezanya kita dengan mereka yang tidak beriman?
Kita ada Quran dan ahadith sebagai panduan hidup.
Kita berada di jalan yang benar.
Kita punya rasulullah s.a.w sebagai uswatun hasanah, contoh terbaik untuk kita.
Tapi, kita tak ada beza dengan orang yang tidak beriman?
Pelik.

Kalau tiada beza, mesti ada yang tak kena.
Di mana silapnya?
Kebetulan terbaca hadith ini:


"Iman itu bukan dengan tamanni (banyak berangan) dan bukan pula dengan tahalli (banyak berbuat), iman adalah apa yang menetap dalam hati dan dinyatakan oleh amal perbuatan." 
(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu An-Najjar dan Ad-Dailami)



"Di hati dan dinyatakan oleh amal perbuatan".
Apa yang ada di dalam hati ini?
Apa yang sering diingatkan dan difikirkan?
Apakah perbuatan diri ini seiring dengan kepercayaan diri?

Sering sahaja berkata "Islam is the way of life", "Quran itu kalam Allah", dan "Rasulullah s.a.w itu uswatun hasanah...the best of mankind". Tapi sudahkah diri ini cuba sebaik mungkin untuk mengikut hidup gaya Islam yang sebenar?
Adakah diri ini berterusan cuba untuk memahami agama yang indah ini supaya boleh diamalkan dengan sebaiknya?
Atau diri ini sekadar buat apa yang sudah diajar di sekolah dahulu tanpa berusaha untuk terus mencari dan memahami ilmu Allah yang semestinya luas ini?

Untuk mengukur minda, kita lihat pada perbuatan atau behaviour.
Jadi, andai perbuatan kita berbeza dengan apa yang dituturkan, adakah ia bermakna hati kita belum benar-benar menerima Islam?

Diam seribu bahasa.

Fikir dan muhasabah.
Semoga Allah terus jaga.
Allahu a'laam.

Assalaamu'alaikum.

No comments