Tentang Solat Part 4: Rukun Solat

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh



Kita bersambung dengan siri Tentang Solat, bab keempat; bab yang terakhir inshaAllah. :) (Boleh klik link berikut untuk lihat part2 yang sebelumnya: Part 1, Part 2, Part 3)
Ustaz telah meneruskan talaqqi dengan menyentuh serba sikit bab rukun solat.


---------------------------------------------------------------------------

RUKUN SOLAT

1) Niat

Niat dalam hati itu wajib ketika mengangkat takbiratul ihram.
Niat pada mulut hukumnya sunat. :)

2) Takbiratul Ihram

Cara takbir yang sunnah untuk wanita ialah asalkan tak angkat ketiak (rapat, beza dari lelaki).

3) Berdiri tegak (untuk yang mampu)

Islam tu memudahkan, dan bukan menyusahkan. 
Jadi kita pilih cara yang mudah untuk kita solat kalau tak mampu berdiri. 
Contoh: duduk, baring, atau menggunakan kelopak mata.

Maha Baiknya Allah... Dia tetap izinkan kita untuk bertemu denganNya di dalam solat dalam apa2 keadaan pun. SubhanAllah. :)

4) Baca surah al-Fatihah

5) Ruku'

6) Berhenti sekejap semasa ruku'

7) I'tidal

8) Berhenti sekejap semasa i'tidal

9) Sujud

Dalam madzhab Syafi'ee, bila kita sujud, mesti sekurang-kurangnya 1/3 (satu pertiga) dahi kita terkena pada tempat sujud. Jadi kalau masa sujud tu telekung terbang tertutup muka, kalau 1/3 dahi masih tak tertutup, inshaAllah kheir. ^_^

Untuk yang berpurdah, boleh solat tanpa membuka purdah sebab anggota yang wajib kena pada tempat sujud pada muka kita adalah dahi. Kecuali kalau anda memakai full niqab (atau ada yang panggil niqab ninja) yang tutup dahi tu. Maka hendaklah buka atau at least buka bahagian dahi tu. :)

10) Berhenti sekejap semasa sujud

11) Duduk antara 2 sujud

Kadar tempoh duduk antara dua sujud tak boleh lebih dari kadar baca tasyahhud. Kalau lebih, solat dikira batal.

12) Berhenti sekejap semasa duduk antara 2 sujud

13) Baca tasyahhud akhir (tahiyyat akhir)

14) Duduk semasa membaca tasyahhud akhir

15) Selawat ke atas nabi s.a.w

16) Beri salam

Wajib beri salam yang pertama sahaja. Hukum beri salam yang kedua adalah sunat. :)

17) Tertib

---------------------------------------------------------------------------

Sekian perkongsian saya tentang solat.
Semua yang telah ditulis dalam siri Tentang Solat diambil dari Talaqqi Express tempoh hari yang menggunakan buku "Safinah An-Najah" oleh Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime. Saya pun rujuk semula buku tu masa tulis post ni. ^_^

Semoga bermanfaat dan selamat beramal, inshaAllah :)
Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.