Sayang Seribu Kali Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Di bumi nan luas yang telah Kau sediakan,
dengan pelbagai nikmat dan juga keindahan.
Diriku terpaku dengan keagunganMu,
diriku terpesona dengan keindahan ciptaanMu.

 Sayang seribu kali sayang,
sayangku pada duniaMu melebihi sayangku padaMu.
Mana mungkin aku lebih menyayangi ciptaan yang Maha Penyayang?
Perasaan sayang itu sendiri- dari mana ia datang?

 Tuhanku, aku terleka dengan duniaMu,
terlupa aku pada syurgaMu yang jauh lebih indah itu.
Tuhanku, bawalah hati ku jauh dari dunia,
pikatkanlah ia padaMu yang Esa.

Oh Tuhan, andai ku tersesat di taman permainan,
bimbinglah ku kembali sebelum aku dipermainkan.
Oh Tuhan, genggamlah hati ini untuk terus mentaati,
mekarkanlah cintaku padaMu yaa Ilahi.


InshaAllah.
Allahua'laam
Assalaamu'alaikum wa rahmatullah.

No comments