Dekat di Mata, Jauh di Hati

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Qursiah ni silap tulis tajuk ke?
Bukan sepatutnya "jauh di mata, dekat di hati"?

Ye betul, memang itu yang sepatutnya.
Tapi saya tak tersilap tulis tajuk; memang sengaja tulis tajuk tu. :D
Teringat satu babak dalam filem Kabhi Khushi Kabhi Gham, si emak berkata pada si ayah: kadang-kadang yang jauh di mata tu lebih kerap diingati, dan yang dekat pula dilupakan. Er, lebih kurang macam tu rasanya. ^_^v



Kini, saudara kita di Palestin sedang ditindas, dihukum dan dibunuh tanpa sebab dan tanpa belas kasihan... Kejam...teramat kejam. Sangat keterlaluan dan terlampau sangat kejamnya. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam menyumbangkan apa yang termampu untuk mereka... baik dari segi tenaga, harta, mahupun do'a, inshaAllah...

Antara gambar nonviolent yang sangat menyayat hati... lihatlah wajah adik tu... Allahu.. :(
Jadi, apa kaitannya dengan tajuk di atas?

Nak dijadikan cerita, kadang-kadang kita seolah tak hidup di alam nyata- hanya di alam siber. Rajin meng'share' gambar, poster, cerita, video, links, dan sebagainya demi membantu insan yang di dalam kesusahan di luar sana, tetapi yang di depan mata kita terlupa. Kita lebih peka dengan isu-isu online, berbanding isu-isu offline.

Kita tahu setiap update tentang insan lain yang hari tu didera, yang kelmarin dibakar, yang tempoh hari dibiar kebuluran... Tahukah kita apa khabar jiran kita? Apa khabar saudara-mara kita? Apa khabar ahli keluarga kita?

Kadang-kadang kita bersungguh membantu orang lain, sehingga tanpa kita sedari, kita sedikit terabaikan mereka yang dekat dengan kita. Yang jauh di hati, yang dekat tak diingati. Irghfirlanaa ya Rabb...


Isu ummat itu sangat penting, sehingga Rasulullah s.a.w pernah berpesan: "Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri". Namun, jangan pula sampai terlupakan mahupun terabaikan mereka yang di depan mata...inshaAllah.

Satu peringatan untuk diri ini yang selalu sangat terlupa dan leka, dan juga untuk sesiapa yang sudi membaca.
Semoga kita terus istiqamah dalam mencari keredhaanNya.
Selamat beribadah di bulan Ramadhan.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

No comments