Maa Fi Qalbi Ghairullah?

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh



"Boo!"
Seorang sahabat menepuk bahu dari belakang.
Terkejut sekejap.
Terkejut dalam diam.
Lalu saya menoleh ke arahnya.

Dengan wajah tersipu, dia menerangkan, ada sebabnya kenapa dia berbuat sedemikian.
Katanya, kalau kita nak tahu apa/siapa yang sentiasa di hati dan fikiran kita, kita tengok nama apa/siapa yang kita sebut bila terkejut.

Selalunya kalau dikejutkan, orang akan sebut, "Oh mak!".
Tak kurang juga yang menyebut kata-kata kesat dan cacian. (kalau awak golongan ni, cubalah kurangkan/elakkan ye. Tak baik... Nak Allah sayang, kan? :)  )
Nampak jelas apa yang bermain di hati dan fikiran.

Katanya, dia kagum dengan mereka yang dengan pantas menyebut "Allah".
Allah di bibir, Allah di fikiran, dan Allah di hati.

Jadi, kelakuannya adalah untuk tahu apa/siapa yang terpahat di dalam hati dan fikiran.
"Experiment" yang menarik.
Mampu membuat kita muhasabah dan perbaiki diri dan hati.

Semoga hati-hati kita sentiasa disinari iman dan taqwa kepada Allah,
dan fikiran kita segar dengan zikrullah,
dan bibir kita basah dengan kalam suci Allah.

InshaAllah
Allahua'laam.

Assalaamu'alaikum.

No comments